- Ikatan silaturrahim- apabila anda menyanyi kepada anak anda, mereka akan menghafal suara anda dan suara anda akan menjadi suara yang paling penting buat mereka. Bayi anda dapat merasakan bahawa dirinya disayangi.
- Perubahan-bayi akan berasa selamat apabila kehidupan mereka diramalkan. Nyanyian lagu untuk membangunkan mereka, tidur dan perubahan rutin yang lain dan aktiviti yang membantu mereka untuk ketahui apakah yang akan berlaku seterusnya.
- Bahasa- bahasa itu sendiri dijelaskan sebagai muzik dan apabila anda menyanyi atau bercakap, bayi anda akan mempelajari perkataan, bahasa dan komunikasi.
Melalui nyanyian, bayi akan belajar untuk memahami bahasa. - Perkataan yang baru- anda telah memperkenalkan kosa kata yang baru apabila anda menyanyi sambil mendukung bayi anda.
- Sajak dan irama- Muzik adalah sebahagian daripada bahasa kita ianya termasuk irama dan sajak. Dalam masa yang sama, mereka akan mengenali apakah itu sajak dan irama.
- Bermain- Nyanyian adalah salah satu daripada kaedah permainan dan “sing-play” adalah cara yang menyeronokkan dalam berinteraksi dengan bayi.
- Keseronokan buat keluarga- Nyanyian adalah cara yang baik dalam melibatkan adik-beradik yang lebih tua untuk menyambut kelahiran bayi yang baru ke rumah. Menyanyi dan bermain bersama bayi membina ikatan antara adik-beradik.
- Memasukkan sekali nama di dalam nyanyian- Apabila seseorang menyanyi dengan memasukkan nama bayi dan cuba untuk menggantikan nama bayi anda tersebut dengan perkataan lain dalam lagu supaya apabila dia mendengar namanya dinyanyikan berulang-ulang kali, bayi tersebut akan menghafalnya.
- Kemahiran mendengar- aktiviti yang memerlukan kemahiran mendengar ialah membaca dan menyanyi.
- Perasaan kasih sayang- cara-cara yang dijelaskan di atas adalah dengan menggunakan nyanyian anda untuk mengungkapkan perasaan kasih sayang.Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.myArtikel ditulis oleh Cathy Fink and Marcy Marxer di families.naeyc.org