10 cara berhubung dengan bayi anda
Meluangkan masa bersama
Ambil peluang untuk berinteraksi dan bermain bersama anak anda. Ini adalah masanya apabila anak anda ingin berinteraksi bersama anda, berinteraksi dengan persekitaran, dan bermain.
Malangnya, kebanyakan penjaga menggunakan masa yang tenang sebagai peluang untuk mandi atau telefon, kehilangan masa yang sesuai untuk membuat aktiviti bersama.
Menyanyi untuk bayi anda
Mendengar suara anda dapat membantu bayi anda membina kepercayaan dan hubungan baik dengan anda, jadi bernyanyilah!
Menari dengan muzik kegemaran anda
Buai bayi anda dengan menari dengannya mengikut rentak kesukaan anda.
Tiru percakapan bayi anda
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Setiap kali apabila anda berhubung dengan bayi anda, anda mengembangkan derianya. Dengan meniru cara komunikasinya, anda seolah-olah memberitahu bahawa anda memahaminya.
Gelak ketawa dan bermain
Lebih baik jika anda berperangai seperti kanak-kanak. Meniup belon, bermain peek-a-boo, menari, menyanyi, menyusun kotak plastik!
Tenangkan bayi anda dengan sentuhan
Sentuhan adalah deria pertama, dan deria penting. Hamper separuh abad kajian mendapati bahawa sentuhan dapat meningkatkan kesihatan, membantu bayi dalam perhubungan dan kepercayaan.
Membuat eye contact
Melihat dan menyentuh muka anda dan melihat mata anda adalah penting buat bayi, dan ia membantu untuk membina hubungan yang berkekalan.
Bercakap dan membaca
Jangan risau tentang risiko bercakap dengan bayi anda – bayi sangat sukakan suara anda, tone, emosi, dan kelajuan percakapan anda memberi impak lebih dari maknanya.
Mendengar suara anda dengan kerap adalah sebahagian cara untuknya belajar bercakap.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Pegang atau dukung bayi anda
Dukung bayi anda menggunakan beg atau alatannya yang lain supaya bayi anda boleh mendengar degupan jantung anda, rasai kemesraan anda dan menyentuh kulit anda.
Berikan bayi anda mandian yang mendamaikan
Setiap kali memegang, menyuap atau memandikan bayi anda, anda meningkatkan derianya.
Artikel ini dipetik dari BabyCentre