Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Cara untuk Memantapkan Skill Keibubapaan

anak perempuan

10430517 - silhouettes of happy parents are running for a pram

 

10 Cara untuk Memantapkan Skill Keibubapaan

Adakah anda berasa bersalah selepas memarahi anak anda? kerap berasa menyesal kerana tidak dapat menjadi ibubapa yang baik? Jadi anda tidak keseorangan.

Skill keibubapaan yang bagus memerlukan masa. Untuk menjadi ibubapa yang bagus anda haruslah sentiasa belajar. Keibubapaan bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari di sekolah. Dan tidak ada seorang pun yang menjadi bagus pada hari pertama. Jadi ambil langkah ini untuk menjadi ibubapa yang baik dan fahami cara yang dicadangkan untuk meningkatkan skill anda.

10 Cara untuk Memantapkan Skill Keibubapaan

1. Jadi pendengar yang baik:

Amat penting untuk memahami anak anda dan untuk itu, pentingnya untuk menjadi pendengar yang baik. Kebanyakan ibubapa selalunya hanya menjelaskan apa yang tidak boleh dan boleh untuk mereka tanpa mmberi mereka peluang untuk mereka memberitahu apa yang dipendam. Pastikan anda memberi sepenuh perhatian pada mereka dan berkomunikasi dengan mereka.

2. Tunjukkan kasih sayang:

Semua ibubapa pasti menyayangi anak mereka, tetapi ia penting untuk menunjukkan kasih sayang tersebut. Kanak-kanak atau sesiapapun tidak mampu membaca fikiran orang lain. Tunjukkan kasih sayang anda pada mereka setiap hari. Anak-anak anda pasti berasa selamat dan bahagia.

3. Luangkan masa berkualiti bersama mereka:

Luangkan masa dan luangkan masa berkualiti adalah berbeza. Sebagai ibubapa anda boleh mencuba membuatkan masa anda bersama mereka lebih interaktif, seperti bermain permainan, bercerita atau berborak. Ia akan menguatkan lagi hubungan antara kalian.

4. Tegas, adil, mesra:

Penting untuk membuat peraturan dirumah. Peraturan tersebut mestilah adil dan tidak terlalu kejam. Komunikasi penting bagi perlasanaan ini, tiada ugutan dan penderaan. Anak anda harus menghormati anda dan bukan takutkan anda.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

5.Tegas tanpa melangkaui batas:

Jangan membuat peraturan hanya untuk mereka. Penting untuk mengukuhkan batasan diantara kalian dan untuk bersaama mereka. Jika anda terlalu mengikut peraturan, ia akan membuatkan anak anda tidak akan  mematuhinya lagi.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 6. Jadikan sebagai contoh:

Ibubapa adalah idola bagi anak-anak. anda perlu membuat sepertimana anda apa yang diberitahu dan disuruh. Mereka akan lebih terikut dengan perbuatan anda. Jadilah contoh terbaik buat mereka.

7. gunakan penghargaan, bukan kecaman:

Pentingnya ibubapa yang positif. Cuba beritahu mereka apa yang perlu dilakukan. Puji mereka untuk menunjukkan penghargaan. Perbuatan yang baik dibalas baik.

8. Bersifat terbuka dalam belajar:

Cari maklumat tentang ibubapa yang baik dan memahami dan belajar tentang mereka. Anda boleh mencari buku, layari internet atau belajar dari rakan anda. Pembelajaran ada dimana-mana sahaja.

9. letakkan anda di tempat mereka:

Sebelum mengkritik perangai mereka, ia penting untuk memahami dari sudut lain. Ingat bagaimana anda sewaktu kecil. Berikan mereka peluang untuk menjelaskannya. Ia mudah untuk menghukum berbanding memaafkan serta memahami.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

10. Sabar:

Ingat bahawa Rome tidak bina dalam masa sehari. Jangan terlalu menyangka bahawa anak anda akan berubah dalam masa sehari atau menyangka bahawa anda sudah menjadi ibu bapa yang baik. Ia perlukan masa dan perubahan akan datang seiring dengannya. Sabar.

Kami berharap panduan ini akan membantu anda. Satu hari jika anak anda berjaya, anda boleh berbangga kerana telah menjalankan tanggungjawab anda. Selamat mencuba!

Artikel ini dipetik dari enhanceparentingskills