Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Makanan Terbaik Untuk Bayi Anda

Makanan Terbaik Bayi

Terdapat banyak makanan bayi yang sihat di luar sana, tapi ini adalah 10 makanan yang disarankan oleh doktor dan pakar nutrisi. Dari buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin kepada daging dan kekacang yang penuh dengan protein. Makanan ini padat dengan nutrien penting, dengan harga berpatutan, senang untuk disediakan, dan sedap.

Dapatkan pendapat pakar kanak-kanak dahulu sebelum memberi bayi anda makanan pejal, untuk memastikan makanan yang sesuai untuk diberi terlebih dahulu. Kemudian, beri satu makanan pada satu masa, dan tunggu sekurang-kurangnya tiga hari untuk perhatikan jika terdapat reaksi alahan.

Avocado

Avocado sangat terkenal sebagai makanan pertama bayi. Avocado juga sangat kaya dengan lemak sihat yang membantu untuk merangsang perkembangan otak. Bukan itu sahaja, komposisi lemak yang ada dalam avocado adalah lebih kurang sama dengan yang ada dalam susu ibu.

Idea penyediaan: Baby guacamole atau lenyek avocado dengan garfu

Pisang

Dikenali sebagai sumber potasium, buah ini juga mengandungi vitamin B6 dan C, kalsium, dan zat besi.

Idea penyediaan: Puree campuran pisang dan mangga. Atau, untuk smoothie pertama si manja anda, campurkan puree pisang dan buah pic dengan yogurt susu.

Blueberries

Blueberries sangat dipenuhi dengan anti-oksidan. Warna biru yang pekat dan cantik dari buah ini datang daripada flavonoid, yang ada dalam hampir seluruh buah dan sayuran yang baik untuk mata, otak, dan saluran kencing si manja anda.

Idea sarapan pagi untuk bayi anda

Brokoli

Brokoli mengandungi serat, folate, dan kalsium yang dikatakan boleh menghindari kanser. Rasa brokoli yang kuat ini dapat membantu mengembangkan deria rasa bayi anda dan akan membuat bayi anda lebih suka kepada sayuran!

Idea penyediaan: Rebus sehingga lembut, potong kepada saiz yang sesuai untuk bayi anda, kemudian sejukkan. Sesetengah bayi lebih suka tekstur dan rasa brokoli sejuk.

Lentil

Kacang dan kekacang lain padat dengan pelbagai protein dan serat. Tidak seperti kacang, lentil boleh direneh lembut dan sangat sesuai untuk bayi anda. Lentil juga adalah salah satu makanan sihat yang boleh didapati dengan harga yang murah.

Serving ideas: Idea penyediaan: Masak carrot yang dipotong dadu, dengan lentil. Untuk si manja yang lebih besar, gandakan makanan yang kaya nutrien dengan menyediakan lentil dan bayam yang direbus.

Daging

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. American Academy of Pediatrics menyarankan daging sebagai makanan pertama kerana daging adalah sumber protein, zinc, dan zat besi, terutama sekali daging merah dan daging ayam. Tambahan lagi, bayi menyerap lebih banyak zat besi daripada daging berbanding bijiran kaya zat besi.

Prun

Buah yang lembut, manis, dan padat dengan fiber ini dikenali sebagai buah prun. Peralihan kepada makanan pejal boleh menyebabkan sembelit, disebabkan ianya perubahan besar kepada sistem bayi. Tambahkan puree prun dalam diet bayi anda untuk membantu penghadaman si kecil anda.

Serving ideas: Sediakan puree prun begitu sahaja, atau campurkan dengan makanan lain seperti oatmeal, bijirin, dan applesauce untuk manisan natural.

Ubi Keledek

Salah satu makanan pertama yang paling popular untuk bayi adalah ubi keledek. Bukan sahaja kerana rasanya yang sedap dan manis, malah teksturnya sekali. Ubi yang berwarna ini dipenuhi dengan beta-carotene, vitamin C, dan mineral, termasuklah zat besi dan magnesium.

Serving ideas: Idea penyediaan: Boleh disediakan begitu sahaja atau dicampur dengan ayam yang di-puree.

Labu / Winter Squash

Terdapat pelbagai jenis labu – ada yang berwarna oren atau kuning yang juga dikenali sebagai butternut, atau acorn. Semua jenis labu ini mempunyai banyak kebaikan, dimana salah satunya adalah padat dengan beta-carotene yang juga bagus untuk mata. Tidak lupa juga vitamin C.

Yogurt

Yogurt berkrim kaya dengan vitamin D, yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Bayi anda boleh mula memakan yogurt seawal umur 4 ke 6 bulan, sebelum mereka sesuai untuk minum susu lembu.

Jadikan yogurt tanpa sugar tambahan sebagai pilihan anda. Cari jenama yang mempunyai paling banyak kultur hidup, yang membantu mengawal bakteria baik dalam saluran penghadaman si kecil anda. Pastikan anda memilih whole-milk yogurt – bayi perlukan kalori daripada lemak.

Idea penyediaan: Yogurt boleh disediakan dengan pelbagai cara, puree buah, applesauce, dan avocado yang dilenyek.