20 permainan peningkatan-perkembangan yang menarik, lucu untuk anda dan bayi
Sedikit nota untuk menghiburkan-bayi yang baru: Pengulangan adalah penting. Kebanyakan permainan tidak akan berkesan pada kali pertama anda bermain. Tahap perhatian anak anda berbeza, bergantung kepada umurnya, ragamnya, dan hatinya. Kadangkala dia akan menyukai satu permainan selama 20 minit, akan tetapi anda perlu mengubah permainan tersebut setiap lima minit. Anda tahu bayi menyukai gelagat anda ketika dia berpaling terhadap anda, senyum, atau ketawa. Tetapi jika dia menggeliat pergi dari anda, berpaling muka, atau menangis, masa untuk mengubah aktiviti.
Bukan semua bayi akan memahami setiap permainan. Anda tidak perlu takut, tetapi perlu jika anda bimbang tentang kemungkinan kelewatan perkembangan, jumpa doktor bayi anda.
Lahir hingga ke 3 bulan
Kepada pemerhati luar, bayi yang baru lahir kelihatan seperti bola kotoran protoplasma. Bayi anda hanya akan baring, kecuali ketika dia menangis. Bagaimana anda boleh berinteraksi dan berseronok dengannya?
Peluang terbaik anda melakukan ini adalah untuk meransang deria bayi anda: sentuhan, penglihatan (ingat, bayi anda masih rabun jauh), bau, dan pendengaran. (Tinggalkan deria rasa dahulu.) Pada akhir tiga tahun pertamanya, bayi anda mungkin menjangkau dan cuba mencapai benda dan akan tertarik dengan bunyi, bau dan corak.
Nota: bayi yang baru lahir mengambil beberapa saat untuk membalas kepada anda atau mungkin tidak membalas langsung. Sabar – anda perlu terus mencuba atau tunggu seketika untuk dia masuk ke tahap peka dan tanggap.
Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!
5 permainan yang baik untuk bayi
Menari, Revolusi Tarian
Menjelang tengahari ketika bayi saya marah, tiada apa yang berkesan selain menari dengannya. Saya pasangkan musik – dia lebih suka irama tenang daripada Stevie Wonder dan James Brown – samada meletakkan dia ke dalam buaian atau mendukungnya.
Pada awalnya dia sukakan ayunan yang lembut. Kemudian dia suka saya ayunkan dia ke udara atau lambung dia ke atas dan bawah sedikit kasar. (Pastikan lehernya disokong dan jangan goncang bayi anda.) Ketika tangan anda berasa letih, letakkan bayi anda ke bawah dan teruskan menari.
Pererakan yang melebih-lebih seperti tangan jazz atau menggoyangkan punggung adalah paling kelakar kepada bayi. Tutup langsir supaya jiran tidak melihat.
Mari Melihat Barang
Kebiasaan waktu bermain dimulakan dengan menunjukkan bayi anda barang. Apa sahaja objek yang tidak beracun, memberi kejutan elektrik, atau ia mungkin mencederakannya. Bayi suka pemukul telur, sudu, pengadun dawai, sudip, buku dan majalah bergambar, botol syampu atau perapi (jangan biarkan dia bermain tanpa pengawasan!), album rekod, kain baju berwarna-warni, buahan dan sayuran, dan sebagainya.
Sorokkan sedikit barang di sebelah dan duduk bersama bayi anda. Apabila sampai masanya, gayakan sesuatu seperti ahli magis. “Lihat, Kyle, loceng basikal ayah.” Pegang objek itu sejengkal darinya dan tenung. Hei, sekarang anda faham, loceng basikal itu menarik juga. Tahniah! Anda berfikir seperti bayi!
Oh, jangan mengharap bayi untuk faham buku pada umurnya. Anda tahu mereka seronok apabila duduk diam dan memerhati ketika anda membawa buku kegemarannya.
Bayi tidak akan duduk diam sepanjang penceritaan, dan ketika umur mereka meningkat beberapa bulan, mereka akan merampas buku dari anda dan menutupnya. ini adalah kemajuan. Bayi suka melihat buku dan berdakapan dengan anda, tetapi kebiasaannya tidak kisah dengan jalan ceritanya.
Perjalanan ke dalam Almari Ibu
Anda tidak menghabiskan sepanjang hidup mengumpul pakaian yang terang, licin, lembut secara sia-sia. Bongkar almari dan tunjukkan bayi anda baju sejuk berbulu, seluar daripada kapas yang lembut, skirt anda yang gemerlap. Lalukan kain yang lembut dan halus ke muka, tangan, dan kakinya. Letakkan kain beralun ke lantai dan bayi anda diatasnya.
Dalam beberapa bulan, bayi anda akan mahu menyentuh apa sahaja yang bermanik, bersulam, atau berwarna. Tetapi sekarang, dia berpuas hati hanya pandangan kagum.
Hey! Apa Diatas Kepala Saya?
Anda akan teruja dengan keseronokan yang anda boleh dapat menggunakan barang yang paling mudah di rumah. Ini tiga cara untuk memulakan:
Ikat atau lekatkan reben, fabric, atau pita yang menarik ke sudu kayu dan ayunkan di depan muka bayi anda.
Ambil selendang yang beralun dan lemparkan ke udara, biarkan ia jatuh ke atas kepala bayi anda.
Ikat alat mainan dengan benang elastik (seperti yang digunakan untuk permainan kucing) dan lantunkan ia ke atas dan bawah di depan bayi anda, sambil berkata “Boing! Boing!” setiap kali ia turun.
Ingat, jangan biarkan bayi anda sendirian dengan benang atau reben kerana ia mungkin melingkari lehernya atau dimasukkan ke dalam mulutnya.
Bersama Diva
Suara anda mungkin teruk – tetapi anak anda tidak tahu! Kini masanya untuk bernyanyi dengan ketinggian ke 10, lepaskan suara opera dalam diri anda.
Bayi anda sudah tentu suka dengan nyanyian anda, perlu juga anda tahu lagu klasik. “Seekor Labah-Labah” adalah satu-satunya lagu yang membuat bayi saya berhenti menangis apabila dia merengek. Kebanyakan kanak-kanak suka lagu bersama gerakan – “Roda Pada Bas,” “Baris Baris Baris Bot Anda,” “Kepala, Bahu, Lutut dan Kaki,” dan “Patty-Cake,” adalah contoh. (Jika anda lupa perkataan lagu kegemaran, cari di internet.)
Anda mungkin rasa lucu pada awalnya, tetapi sebaik sahaja anak anda menikmatinya, anda juga akan. Cuba selitkan nama bayi anda ke dalam lagu: “Mac Ethan yang tua ada ladang,” Kate adalah matahari saya, satu-satunya matahari saya,” dan sebagainya. Cuba lagu dengan bunyi yang lucu atau bunyi haiwan, seperti “Witch Doctor” atau “How Much Is That Doggie in the Window?”
Cuba menyanyi dengan nada menderam yang rendah kemudian suara mencicit yang tinggi, untuk melihat reaksinya. Cuba bernyanyi sambil berbisik di telinganya, atau gunakan boneka (atau sapu tangan atau stoking untuk dijadikan boneka). Biasakan menyanyi, kerana ia agak penting untuk hari anda.
Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!
4 hingga ke 6 bulan
Pada peringkat umur ini, bayi anda lebih fizikal, belajar untuk berguling dan duduk. Dia sekarang mampu pegang, mengendali, dan mengulum objek, dia akan habiskan harinya yang sibuk dengannya (anda perlu mengawasinya dengan lebih)
Permainan lebih kepada fizikal sekarang. Bayi anda mungkin suka tunggangan lutut atau digeletek. Dia juga lebih memberi tindak balas, membuat bunyian dan bertentang mata.
Menghidu Rak Rempah
Di dapur, cuba hidangkan makan malam bersama jika bayi anda mula merengek. Bawa dia ke rak rempah dan biar dia menghidu harum kayu manis. Gosokkan sedikit di tangan dan letakkan di hidung bayi anda. (Jangan sampai masuk ke mata atau mulutnya.)
Jika dia suka, cuba yang lain: Vanilla, pudina, jintan putih, bunga cengkih, buah pala, dan herba dan rempah yang mempunyai bau menarik yang bayi mungkin suka. Wangian lain dirumah, juga: losyen mencukur ayah, krim tangan ibu. Hidu semua yang wangi – jangan sampai bayi anda makannya!
Buih, Buih Dimana-mana
Ada sesuatu yang menarik tentang buih, dan disini bayi anda mampu melihat jauh dan fokus. Tiup buih ketika dia merengek menunggu bas dan lihat ia berkesan. Tiup buih di taman untuk menarik perhatian kanak-kanak lain yang bermain berdekatan sambil hiburkan bayi. Tiup buih di dalam tab mandi atau di anjung ketika lewat tengahari dan bayi berkelakuan aneh. Buih sangat murah, mudah dibawa, dan sentiasa membuat bayi terpesona.
Saya Akan Tangkap Awak!
Sekarang bayi anda sudah cukup umur untuk ada keinginan. Taida bayi yang taidak suka anda datang kepadanya dengan gaya seperti mengancam untuk peluk, cium, atau geletek. Ini yang anda boleh katakan: Hei, si comel! Saya nampak awak duduk disana! Itu membuat awak dekat dengan bibir saya dan saya akan datang mencium awak! Saya akan beri satu ciuman, sayang! Saya datang! Saya datang! Saya… dapat awak!” berikan bayi anda ciuman.
Di rumah kita mengacah untuk memakan bayi dan warnai tindakan dengan memamah kakinya. Enak! Apabila umur bayi meningkat anda boleh mengubah permainan ini dengan mengejarnya keliling rumah – ini berkesan untuk membuat anak anda ke luar pintu jika anda tergesa-gesa.
Budak Kecil Ni
Sentuh jari kaki bayi anda secara bergilir, bermula dengan ibu jari. Kata, “Budak kecil ni pergi pasar, budak kecil ni duduk rumah, budak kecil ni ada daging bakar, budak kecil ni tiada apa. Dan budak kecil ni berwee-wee-wee sepanjang jalan.”
Sambil anda kata bahagian akhir, larikan jari anda ke perut bayi. Permainan ini berguna ketika memakaikan stokin dan kasut atau menarik perhatiannya ketika menukar lampin. Boleh juga bermain di tab mandi dan pancut air botol ke jari kakinya.
Masa Perut
Penting untuk bayi meluangkan masa untuk perutnya, walaupun dia menolak dengan lantang.
Duduk bersama bayi anda. Tenung matanya sambil meniarap. Baringkan bayi anda diatas tuala dan perlahan-lahan menggoleknya. Cuba kata, “Oops-a-daisy, Oops-a-daisy” sambil menggoleknya.
Terbang, Sayang, Terbang!
Sekarang bayi anda mampu mendongak, masanya untuk mengangkat dia ke udara. Anda boleh menjadikannya kapal roket, terbangkan dia dan buat bunyi roket. Boleh jadikan dia elevator, menaik dari tingkat ke tingkat sebelum menjunam ke bawah (suami saya suka melagakan hidung dengan bayi dan berkata “Ding!” ketika ini). Berpura-pura bayi anda membuat liputan trafik helikopter.
Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!
7 hingga ke 9 bulan
Bayi anda sudah mahir duduk dan akan merangkak. Galakkan pencapaian fizikal ini dengan raikan setiap langkah dengan tepukan dan sorakan: “Yay, awak duduk! Hebat sayang!”
Kebolehan mengalihkan objek dari tangan ke tangan yang lain dan pura-pura mencatut genggaman meningkatkan kawalan tangan bayi. (bermakna anda terpaksa membawa bekas bijirin berbentuk O tahun yang mendatang).
Bayi anda juga mula faham apabila objek beralih dari pandangan, ia tidak hilang dari muka bumi. Penemuan ini membuat permainan sorok-sorok menjadi kegemaran.
Sentuh, Pegang, Hempas
Jika bayi memegang objek, dia akan hempas ke atas meja. Jika dua objek, dia akan hempas kedua-duanya, pegangnya kepada cahaya, kerdip, hempas mereka satu-satu, pukul ke meja serentak, lihat jika objek berbunyi lain apabila dipukul menggunakan tangan kanan.
Bantu dia dengan memberi objek yang membuat bunyi menarik: bekas berlubang, sudu besi, loceng.
Perhatikan juga sentuhan sensasi: bayi akan terpesona dengan kad ucapan yang timbul atau lapisan kotak barang kemas ibu yang bersadur. Bayi bermain dengan helaian spaghetti yang telah dimasak sangat mempesona.
Saya Boleh Mengawal Dunia
Bayi sangat suka sebab dan akibat pada umur ini, seperti: saya buat ini, bercahaya. Saya buat itu, cahaya terpadam. Tunjukkan bayi anda cara mengawal suis lampu, kepala paip, loceng pintu, dan apa sahaja yang mencabarnya – tetapi agak sukar untuk anda ketika dia minta didukung untuk bermain lagi dengan lampu.
Mungkin, anda mahu memberikannya telefon mainan atau alat kawalan untuk memuaskan hatinya, atau jack-dalam-kotak untuk kejutan yang mencabar. Isi objek yang selamat ke dalam laci cabinet yang rendah dan biarkan dia mengendali persekitarannya dengan menggeledahnya. Pastikan tiada bucu yang tajam atau bahaya lain (alamari dengan laci tarik boleh membuat anak terjatuh) kemudian biarkan bayi anda bermain.
Halangan Langkah
Jika bayi merangkak, berlari, atau berjalan, dia mungkin suka cabaran untuk mengalihkan benda. (Ini bagus untuk meningkatkan kecekapan motornya.) Bantal, ibu bapa yang kepenatan, dan cucian menjadi penghalang yang bagus. Tetapi tidak kucing yang sedang tidur.
Kepelbagaian Peek-a-boo
Ini klasik: pegang tuala menutupi muka dan bertanya, “Dimana Sam? Itu dia Sam!” berulang kali. Anda boleh mengubah permainan ini dengan seribu cara. Sorok dibelakang pintu dan biarkan bayi anda menolaknya untuk melihat anda. Sorok dibelakang kerusi dan keluar dari atas kemudian tepi. Pergi ke penjuru dengan seseorang dan bergilir-gilir lompat sambil jerit “Boo!”
Pilih topi dan keluar dari belakang bangku dengan topi yang berlainan. Pasti tergelak jika anda letakkan topi diatas kepala dan menutupi mata, biarkan anak anda buka, dan berkata”Oh!” sambil terkejut setiap kali dia melakukannya. (Anda pasti tidak dapat memakai topi tanpa diganggu).
Bergolek
Bayi teruja dengan pergerakan bola. Dia akan ketawa besar jika anda menyulap atau melambung bola ke udara dan biarkan ia jatuh ke lantai sambil anda membuat bunyi lucu: “Whoops!” Golekkan bola lembut kearah bayi dan lihat dia mengambil dan menggulingkan semula kepada anda. Satu hari dia akan boleh menyepak dan melambung bola atau jatuhkan ke dalam bekas besar. Sekarang hanya lantun dan golek.
Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!
10 hingga ke 12 bulan
Secara amnya, bayi anda sudah hampir-bertatih. Permainan yang melatih kemahiran motor kasarnya seperti berdiri, menarik, dan memanjat adalah penting untuknya sekarang. Bayi anda juga membuat kemahiran motor halusnya bekerja dengan bermain-main dengan tag baju anda atau helaian buku – mungkin juga payudara atau baju dalam anda jika masih menyusu badan.
Menyusun dan Menyusun Semula
Bayi anda menyedari kaitan antara objek di dunia. Dia suka melonggok dan menyusun objek, dan mengisi ruang kosong di dalamnya.
Beri bayi anda kotak yang mudah dibuka (seperti kotak kasut) dan tunjukkan dia cara mengisi barang dan mengeluarkan barang. Di rumah, permainan ini bertukar menjadi “Keluarkan semua dari beg ibu dan lemparkan ke ruang tamu,” sebab saya tidak lagi membawa pen atau syiling.
Cara lain bermain permainan ini: ambil cawan-cawan (cawan penyukat yang boleh dilonggok – ooh, dua permainan sekaligus!) dan tunjukkan bayi anda cara menuang air, pasir atau tepung jagung dari bekas ke bekas yang lebih besar.
Pelayaran Tanpa Henti
Apabila bayi anda mampu berdiri, cuba galakkan dia berjalan dengan meletakkan permainan kegemarannya di hujung bangku atau atas meja kopi. Cuba umpan bayi anda dengan barang anda, seperti telefon atau cermin mata, jarakkan ia dan berjalan menggunakan lutut ke arahnya. Bayi anda akan meniru perbuatan tersebut.
Galakkan bayi menolak objek keliling rumah. Tolak permainan atau kotak kosong yang besar sangat berkesan. Elakkan kerusi lipat, yang mungkin terlipat sendiri.
Tiru Ni
Bayi pada umur ini suka meniru. Galakkan aksi ini dengan membuat bunyi yang mengarut kemudian anggukkan kepala kepada bayi supaya dia meniru. Dia mungkin tiru atau membuat bunyinya sendiri, yang anda bole ikut. Boleh juga membuat bunyi yang lain.
Boleh juga bermain dengan mimik muka atau pergerakan – anak-anak gemar angkat tangan membentuk V dan melambai-lambai. Apabila kita melambai kembali ekspresi mukanya seperti melihat magik.
Seronoknya Mandi
Bayi anda tidak lagi suka duduk didalam tab dan dimandikan. Bayi dewasa ingin berdiri, menyimbah, menarik rambut anda, menepuk langsir mandi, dan sebagainya. (Nota: Jangan tinggalkan bayi anda mandi bersendiri walaupun seminit.)
Tambahkan keseronokan dengan menambah permainan ke dalam tab. Pelbagai barang rumah boleh diisi, disalur, dituang kedalam dan timbul. Susun cawan plastik, bekas yogurt,corong, dan botol picit, bawa ia untuk mandi dengan permainan plastic bayi anda.
Cucuk lubang pada tutup botol untuk membuat bekas menyiram pokok. Biarkan bayi anda rasa sensasi air menitik padanya dan tunjukkan dia cara menghentikannya dengan menutup menggunakan tangan. Gunakan permainan buatan sendiri untuk mandikan itik getahnya.
Selesai mandi, keringkan permainan didalam penapis plastic atau beg berjaring di tepi tab. Semoga bayi anda bersih, gembira, dan bersedia untuk tidur. Seronokkan?
Artikel ini diambil daripada babycenter.com .