Ibu, Bayi & Kanak Kanak

25 Fakta Menarik Tentang Bayi

Feeding

Feeding. Adorable baby child eating with a spoon in high chair. Baby's first solid food

25 Fakta Menarik Tentang Bayi

Jika kami memberitahu anda bahawa bayi tahu apa yang mereka lakukan, anda mungkin akan ketawa di depan skrin sekarang. Tetapi, ianya benar! Kecomelan mereka bukan hanya satu perkara yang boleh dilakukannya. Dia juga mempunyai skill dan kualiti yang hebat, selain menghembus air liurnya dan memasukkan barangan didalam mulutnya. Ya, bayi mungkin nampakkan diri mereka perlukan penjagaan dari anda. Tetapi tidak ramai yang tahu ianya hanya lakonan sahaja. Ianya kedengaran hebat bukan? Jadi, baca artikel di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

25 Fakta Menarik Tentang Bayi

1.Tiada temperung lutut:

Highlighted


Bayi dilahirkan dengan tiada tempurung lutut. Ya, anda membaca dengan betul. Bayi mempunyai struktur yang tiada tempurung lutut. Tulang tersebut akan dibentuk apabila mereka mencapai umur 6 bulan. Dan itulah sebabnya kebanyakan bayi merangkak menggunakan lengannya. Secara fakta, bayi boleh merangkak selepas mereka dilahirkan. Ianya bukan gurauan! Institut Karolinska di Sweden menjumpai bahawa apabila bayi di dakapan ibunya untuk menyusu, dia boleh mencari dada ibunya selepas satu jam. Itu hebat.

2. Bayi Kelahiran Mei adalah paling berat:

Kebanyakannya menyangka bahawa Januari adalah bayi yang paling berat kerana pemakanan pada waktu cuti, namun ianya palsu. Kajian menunjukkan bahawa bayi pada bulan mei adalah paling berat. Berat mereka selalunya mencecah 200 gram dari mana-mana bayi kelahiran lain. Bayi yang paling berat adalah lelaki yang mencecah 22 pound dan 8 auns. Dia dilahirkan di Itali pada 1955.

3. Bayi  yang baru lahir tidak menangis:

Bayi akan menjerit apabila mereka mahukan sesuatu, dan bukanlah menangis. Airmata tidak boleh dihasilkan selama 3 minggu. Kelanjar airmata tidak terhasil secukupnya. Mereka menghasilkan kelembapan secukupnya untuk mengekalkan mata yang sihat, tetapi mereka tidak boleh mengeluarkan tangisan untuk beberapa minggu. Sesetengah kanak-kanak tidak mengeluarkan airmata sehingga 4 atau 5 bulan. Ia adalah kes yang jarang berlaku.

 4. Bayi mempunyai 300 tulang:

Tidak seperti orang dewasa, bayi dilahirkan dengan 300 tulang, mungkin 50% lebih. Tulang tersebut bersambung semasa pembesaran dan menjadikannya 206 tulang. Sebagai contoh, tengkorak bayi mempunyai beberapa tulang yang bersambung semasa kelahiran untuk membantu bayi tersebut keluar. Bayi juga mempunyai bahagian lembut di kepala yang dipanggil fontanelle. Sebelum tengkorak membesar sepenuhnya, ia adalah bahagian sensitif.

5. Tanda Lahir Tidak Terkecuali:

Tanda lahir bukanlah satu perkara yang tidak normal. Ianya adalah normal, dan sekitar 80% bayi dilahirkan dengan tanda lahir. Ia terjadi dengan pelbagai bentuk, warna dan saiz, tetapi biasanya ia seperti tompokan dan kesan gigitan. Dan tahukah anda mengapa tanda lahir boleh terjadi? Tanda lahir terjadi apabila salur darah menjadi besama semasa bersalin. Sesetengah tanda lahir tidak berlaku sehingga beberapa hari atau minggu selepas kelahiran. Dan tanda lahir “dome” akan hilang selepas beberapa tahun.

6. Bayi boleh mendengar, melihat seperti dewasa:

Bayi boleh mendengar seperti orang dewasa. Dia terkejut tentang apa sahaja, bukan kerana ianya perlahan atau kuat tetapi ia persekitaran baru. Dia boleh mengenal suara ibunya hanya dari satu perkataan. Ia mengaktifkan bahagian otak dengan proses bahasa. Fakta hebat adalah bayi boleh mengenal suara ibunya semasa kelahiran. Apabila bayi dilahirkan, kedengarannya bukan sehebat 100% bergantung pada telinganya yang penuh dengan cecair, dimana ia membolehkan pendengaran. Bunyi yang boleh mereka dengari hanyalah suara ibu mereka.

Pada peringkat ini mereka juga mempunyai deria bau yang kuat. Tetapi penglihatannya tidak setajam dewasa. Penglihatan bayi terhad pada jarak yang dekat. Mereka hanya boleh melihat objek dan manusia dengan jelas apabila mereka berada sejarak 8 hingga 12 inci. Ini kerana otaknya tidak boleh memproses maklumat dengan jelas pada peringkat ini. Otaknya mula memproses pada kadar 8 hingga 15 inci. Otak mereka mempunyai 100 bilion neiron, dimana mereka boleh mengesan segalanya. Ia mengambil beberapa minggu untuk bayi mengenal ibu dan selainnya secara visual.

7. Keguguran rambut:

Bayi anda mungkin mempunyai rambut yang tebal dan hitam sekarang tetapi ia tidak menjamin ia akan kekal lama. Ramnut bayi gugur pada minggu petama dan tumbuh semula pada tahun berikutnya. Rambut juga boleh bertukar lurus kepada kerinting dalam beberapa bulan.

8. Bayi mempunyai banyak refleks:

Bayi mempunyai 70 refleks, yang primatif dan seiring evolusi. Jika anda membantu anak anda untuk berdiri, kakinya akan berkerja untuk melangkah. Dia tidak boleh berjalan, tetapi dilahirkan dengan pengetahuan untuk berjalan. Dan anda akan melihat anak anda melompat? Itu adalah Moro bayi atau releks kejutan. Ia adalah respon semulajadi untuk membuat bising atau jatuh. Ia membuat bayi anda lebih kuat, membina otot lututnya dan lengan untuk posisi original.

Bayi menggunakan deria sentuhan untuk mengetahui apa yang disekeliling mereka, dengan receptor yang sensitif pada sekitar mulutnya. Bahagian mulut  adalah sensitif, dan kerana itu mereka menggunakan mulut untuk mengetahuinya.

9. Bayi Mengantuk Setiap Masa:

Bayi mengantuk setiap masa. Semasa tahun pertama, dia akan terjaga untuk 3 minit setiap jam setiap hari. Otak bayi boleh boleh digunakan sehingga 60% penggunaan glukos, yang menjelaskan mengapa bayi perlukan tidur yang banyak.

10. Masa Tersenyum

Bayi akan membuat senyuman pertama apabila mereka mencecah sebulan. Anda boleh cuba menunjukkan mereka dengan suara dan lagak yang lucu untuk melihat reaksi mereka. Jika anda tidak pasti tentang senyuman mereka, anda boleh ulang jika diperlukan.

11. Bayi Anda Tahu Tentang Muzik Kegemaran Anda:

Menurut kajian dari Helsinki Universiti, bayi boleh mengenal muzik yang didengarinya sejak dari dalam perut untuk bulan ke 4 selepas lahir. Kenyataanya, lagu yang selalu anda dengari semasa kehamilan akan menenangkannya.

12.: Bayi Anda Mempenngaruhi Kadar Jantung Anda:

Universiti Israeli mendapati apabila seorang ibu dan bayinya bertentang mata, kadar jantung mereka adalah baik dalam beberapa saat. Degupan jantung bayi sekitar 180 kali seminit pada waktu lahirnya. Ia jatuh hingga 140 degupan pada beberapa jam. Ia jatuh pula pada 115 degupan seminit apabila mereka berusia setahun. Semasa dewasa, degupan jantungnya akan menjadi 70 hingga 80 seminit.

13. Bayi Mahu Meletakkan Apa Sahaja Di Mulutnya:

Kita tahu tentang fakta ini. Bayi mahu letakkan apa sahaja di mulutnya. Dia mungkin kuat untuk mengunyah kunci atau ekor anjing, tetapi ia tidak bermakna dia mahukannya. Kajian French mencadangkan bayi yang dilahirkan untuk memiliki keinginan untuk meletakkan apa sahaja di mulutnya.

14. Bayi Mempunyai 10000 Deria Rasa:

Bayi mempunyai 3 kali lebih banyak deria rasa dari manusia. Deria ini ditunjukkan oleh bayi pada trisemester ketiga, bukan hanya pada lidah, tetapi pada bahagian belakang, atas dan tepi mulut. Hal ini kerana ia dicadangkan untuk ibu hamil untuk mencuba pelbagai makanan untuk trisemester ketiga. Deria ini hilang apabila bayi mula membesar.

15. Bayi Ketawa 300 Kali Sehari:

Bayi ketawa 300 kali sehari manakala orang dewasa hanya ketawa 60 kali sahaja. Ia hanya berlaku apabila bayi belajar untuk ketawa. Ia adalah pengingatan bahawa bayi mempunyai masa yang seronok berbanding dewasa.

16. Bayi Menangis Disebabkan Loghat Anda:

Ya, bayi akan menangis dengan loghat anda. Pengkaji dari Universiti Wurzburg mendapati bahawa bayi akan memilih percakapan ibunya pada akhir bulan ke 3 kehamilan. Mereka akan mereflekskan ciri-ciri percakapan ibunya melalui tangisan selepas lahir. Jadi anda boleh mengetahui perbezaan bayi dari German, French dan Inggeris hanya melalui tangisan dan agahan mereka.

16. Bayi Mempunyai Misai Semasa Dalam Kandungan:

Apabila bayi disekitar 4 bulan, dia akan menumbuhkan misai yang akan tersebar pada seluruh badan. Ia dikenali sebagai lanugo. Ia gugur sebelum bersalin dan dimakan oleh mereka. Rambut tersebut akan menjadi sebahagian dari buangan pertamanya.

17. Bayi Perempuan Mempunyai Haid:

Apabila bayi masih di dalam kandungan, mereka menyerap hormon ibunya. Selepas dilahirkan, mereka mempunyai estrogen dalam badan. Jadi, bayi perempuan akan mengalami mini haid. Kadangkala darah akan keluar melalui putingnya. Ia menakutkan tetapi ia benar.

18. Bayi menelan dan bernafas pada masa yang sama:

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Jika anda perasan bagaimana bayi anda menggigit botol tanpa henti? Hal ini kerana mereka boleh menelan dan bernafas pada waktu yang sama sehingga 7 bulan. Tetapi kemampuan unik ini boleh menyebabkan hidung berair. Tidak hairanlah bayi akan meragam aoabila mereka demam.

Bayi juga menarik nafas lebih lama dari dewasa. Kadar penafasannya juga laju. Kadar penafasan bayi ialah 40 seminit manakala dewasa pula antara 15 dan 20.

19. Berinteraksi:

Walaupun bayi tidak boleh bercakap, mereka boleh berkomunikasi secara fizikal dengan melambai, menepuk, dan menunjuk. Kajian juga menunjukkan lebih banyak perbuatan fizikal, bayi berinteraksi, mereka boleh berkomunikasi dengan lebih baik pada masa depan.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

20. Bayi anda dilahirkan dengan tahap kesedaran diri:

Bayi dilahirkan dengan kesedaran diri yang membenarkan mereka membezakan badan mereka dan yang lain. Anda boleh hendak mengetahui jika bayi anda perasan tentang dirinya buat tanda merah pada dahinya dan berdiri di depan cermin. Jika bayi tersebut memegang cermin, mungkin dia tidak perasankannya, dan jika dia meraba dahinya untuk membuang tanda tersebut, jadi dia perasan.

21. Bayi lebih sukakan suara wanita:

 

Bayi lebih sukakan suara wanita berbanding lelaki dan sukakan nyanyian yang bernada tinggi. Jika anda perasan kebanyakan orang menggunakan nada tinggi untuk bercakap dengan bayi. Anda akan mendapat respon yang baik dari bayi jika anda menggunakan nada yang tinggi.

22. Warna mata boleh berubah:

Semua bayi dilahirkan dengan mata yang berwarna biru. Ini kerana warna tersebut datang dari iris dan bahagian tisu. Pigment dan melanin tidak dibina pada saat kelahiran, ini sebabnya kebanyakan bayi, tidak kira genetik, berwarna biru. Warna sebenar bayi akan muncul selepas 6 bulan. Tetapi jika kedua ibubapanya mempunyai mata yang berwarna biru, bayi tersebut akan memilikinya.

23. Badan bayi:

Bayi tidak dilahirkan dengan badan yang propotional. Kepalanya adalah setengahd ari ketinggiannya dan otaknya adalah 10% dari berat badannya. Badannya yang lain akan membesar sendiri.

24. Bayi akan serupa dengan kedua ibubapa:

Pada awal 90 an, kajian mencadangkan bahawa bayi kelihatan mirip ayahnya. Tetapi kajian terkini mendapati bayi lebih mirip pada kedua ibubapa. Ia adalah salah satu fakta yang mengejutkan.

25. Bayi akan membesar pada 12 bulan:

Di antara kelahiran dan akhir tahun kedua, bayi sudah berada pada saiz mempunyai 4 kali lebih besar. Pada 6 bulan, bayi akan menggandakan beratnya. Tetapi kadar tersebut menurun mengikut masa. Jika bayi tersebut mengikut kadar tersebut, berat badan bayi akan lebih dan seribu paun pada umur 5 tahun.

Artikel ini dipetik dari 25TrulyAmazingFacts