Ibu, Bayi & Kanak Kanak

29 Tips Untuk Menjadi Ibubapa Yang Baik

percutian bersama keluarga

fly hia.com image

 

Menjadi ibubapa salah satu pengalaman yang mencabar. Tugas ibubapa bukanlah mudah. Pada satu ketika anda mungkin berasa gagal sebagai ibubapa. Tetapi kesusahan ini adalah sebahagian dari menjadi ibubapa. Ia boleh mengajar anda untuk menjadi ibubapa yang baik.

Hubungan yang sihat diantara anda dan anak anda adalah penting untuk memutuskan masa depan anak anda. Jika anak anda berkongsi hubungan yang bagus dengan ibubapanya, mereka telah meletak kepercayaan dan kepatuhannya kepada anda. Sebaliknya, jika mereka mempunyai hubungan yang buruk dengan ibubapanya, mereka akan mengabaikan keputusan ibubapanya dan tidak mematuhi mereka.

 29 Tips Menjadi Ibubapa Yang Baik:

Subjek keibubapaan dikaji dengan teliti. Tiada peraturan buat ibubapa atau criteria penting untuk menjadi ibubapa yang baik. Ia juga tidak membahayakan untuk belajar sepanjang perjalan hidup.

Cuba 29 tips untuk situasi yang mencabar yang perlu anda hadapi:

1.Bersyukur

Anda perlu sentiasa bersyukur kerana mempunyai anak. ia menyedihkan apabila mengetahui bahawa masih ramai di antara kita yang masih tidak berpeluang untuk mempunyai anak. mereka mungkin akan berbuat apa sahaja untuk menjadi ibubapa. Jadi bergembiralah kerana Tuhan memilih anda untuk hadiah yang tidak terhingga ini. Bersyukur dan buatkan anak anda untuk rasainya juga. Jangan pernah menyesal untuk mempunyai anak atau membuat mereka merasa begitu.

2. Jangan Membanding

Ia adalah satu kesalahan untuk membuat perbandingan antara anak anda dengan sesiapa sahaja. Walaupun dengan kawan mereka, adik beradik, sepupu atau rakan sebaya. Anda perlu memahami bahawa mereka adalah unik dan istimewa. Mereka boleh mengimpikan apa sahaja dan anda perlu mematuhi dan menghormatinya. Jika mereka berasa dilayan tidak adil dengan perbandingan ini, mereka akan hilang keyakinan diri. Penting untuk anda menerima mereka seadanya dan biarkan mereka mencapai apa yang mereka mahukan.

 klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

3. Jangan menghukum Secara Keras:

Anak anda tidak akan lari dari membuat kesalahan. Ia bukan bermaksud anda selalu membiarkan kesalahannya. Tetapi menghukum adalah satu idea yang tidak adil. Anda tidak patut untuk menghukum anak anda dari segi fizikal. Selain anda akan kehilangan hormat dari mereka, memukul mereka akan membuat mereka lebih kejam. Mereka akan mula memukul orang lain atau menjadi agresif. Sentiasa menerima pendapat orang lain untuk memberi pengajaran pada mereka, jangan memberi penderaan fizikal.

4. Fahamkan Mereka Dengan Kefahaman Semulajadi:

Sejauh mana anda memarahi, mengugut atau menghukum anak anda kerana kesalahan mereka, mereka tidak akan memahami pengajarannya. Cara terbaik adalah dengan kefahaman yang lebih semulajadi. Jika anak anda tidak mengemas biliknya, selain memarahi atau memukulnya, hokum mereka dengan cara yang neutral. Jika dia masih melakukannya, mereka akan kehilangan barangnya, yang membuat hidupnya susah. Mereka akan sedar tentang pentingnya kebersihan bilik. Walaupun ia mengambil masa tetapi cara ini lebih efektif.

5. Jadilah Ibubapa Yang Sepatutnya:

Ada yang mengatakan anda perlu menjadi kawan kepada anak anda. Tetapi ia tidak akan menghalang anda untuk menjadi ibubapa. Sebagai ibubapa anda tidak patut mengabaikan kesalahan mereka atau terlepas pandang kepada keputusan mereka. Seperti ibubapa yang lain, anda patut membimbing mereka tentang apa yang salah dan apa yang betul. Jangan takut untuk memberi arahan pada anak anda, mereka mungkin akan berasa marah. Ia lebih baik untuk tangani kemarahan mereka berbanding anak yang tersalah jalan. Jika situasi berlarutan, anda patut lebih tegas.

6. Tahu Tentang Umurnya:

Penting untuk anda menukar cara keibubapaan anda apabila mereka meningkat dewasa. Salah untuk melayan mereka yang sudah deawa sebagai kanak-kanak. Jika anda meneruskannya apabila dia sudah dewasa, ia akan menyukarkan anda. Dengan peningkatan umur, setiap dari mereka mahukan kebebasa. Sebagai ibubapa jangan terlepas pandang tentang keperluan ini dan beri mereka ruang yang sepatutnya. Walaupun ia susah untuk ibubapa mengubah cara merea, tetapi cara keibubapaan perlu ditukar.

7. Jangan Terlalu Bergantung Pada Pandangan Lain:

Setelah anda menjadi ibubapa, ramai yang akan memberi nasihat dan cadangan. Tetapi ia bukan bermaksud anda perlu mengikutnya. Cara yang terbaik adalah fahami bahawa setiap keluarga mempunyai kisahnya tersendiri dan situasi yang berbeza. Apa yang berhasil pada anak anda tidak mungkin berhasil pada keluarga lain. Anda hanya mendengar apa yang diperkatakan tetapi hanya mengikutnya jika cadangan atau nasihat itu masuk akal. Anda lebih tahu tentang anak anak dan anda adalah orang yang layak untuk mengkritik apa yang betul dan salah untuk mereka.

8. Tindakan Anda:

Kebanyakan ibubapa hanya bermulut manis pada anak mereka, namun tidak mengotakan kehendak mereka. Ia merupakan kesalahan besar yang dilakukan oleh ibubapa. Anak anda tidak akan mengikut arahan anda tetapi akan mengikut perbuatan anda. Jadi berhati-hati dengan perbuatan anda didepan mereka. Mereka boleh mengikutnya dengan  mudah. Walaupun ia jarang dilakukan, tetapi mereka akan ingat dan meniru perbuatan anda. Fikir sebelum lakukannya.

  klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 9. Jangan manjakan anak anda:

Kualiti yang diperlukan dalam sesebuah keluarga adalah kasih sayang. Tetapi ia ada hadnya, sebelum ia berlarutan. Ia  kerap terjadi dan akan menjadi diluar kawalan ibubapa. Ia perlu untuk ibubapa menunjukkan kasih sayang dan perhatian tetapi dalam masa yang sama adalah dengan mengajar mereka dengan betul. Tidak sepatutnya untuk ibubapa memanjakan anak mereka  secara berlebihan.

10. Buatkan mereka berasa selamat :

Anak anda perlu berasa selamat dibawah penjagaan ibubapanya. Jangan timbulkan suasana dingin dirumah. Anak-anak anda amat takutkan pergaduhan atau pertengkaran. Anak anda bukan hanya belajar mengikuti perbuatan yang sama, bahkan keselamatan mereka juga terancam. Sementara itu, pastikan anda mengajar mereka menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik. Kesimpulannya, anak sepatutnya menjamin keselamatan mereka.

11. Pendengar setia:

Hal ini adalah penting untuk menjadi ibubapa yang baik. Selalu berbual dengan anak anda. Dengar dan fahami tentang ketakutan mereka  dan selalu menenangkan mereka. Menjadi  ibubapa anda perlu menunjukkan sifat prihatin tentang apa yang dilakukan dan diperkatan oleh mereka. Jika anda menunjukkannya,  mereka akan lebih selesa berceritakan tentang masalah mereka dengan anda. Jika anda mahu mereka mendengar, anda perlu mendengar dahulu.

12. Luangkan Masa

Ia adalah masalah yang serius apabila ibubapa yang bekerja meninggalkan anak mereka dengan pengasuh. Sukar untuk mencari waktu untuk diluangkan bersama mereka. Walaupun anda sibuk dengan kerja anda, anda patut mencari masa untuk diluangkan bersama mereka. Tiada alternatif lain. Berbual mengenai masa seharian mereka, keluar atau melakukan aktiviti bersama. Usahakan sesuatu untuk menjadi sebahagian daripada hidup anak anda. Anda tidak akan tahu apabila mereka sudah dewasa dan anda akan menyesalinya.

13.Jelaskan Sebelum Memutuskan sesuatu:

Ibubapa selalu merasakan bahawa keputusan mereka tentang peraturan dan sebagainya adalah betul. Tetapi mereka terlupa bahawa anak mereka juga mempunyai hak untuk meminta penjelasan dari anda. Anda tidak peatut membuat sesuatu tanpa menjelaskan pada mereka terlebih dahulu. Penjelasan yang baik boleh membantu mereka mengikutnya secara rela. Meminta pandangan mereka supaya mereka tidak akan membantah dikemudian hari.

 14. Nikmati Masa Bersama:

Perkara biasa buat ibubapa yang menginginkan anak mereka kembali berada di zaman kanak-kanak. Tetapi ia lebih baik jika anda nikmati saat-saat sekarang dan menerimanya. Nikmati saat ini, kerana ia tidak akan berulang lagi. Biarkan anak anda bersifat sepertimana mereka tonjolkan. Tidak patut jika mereka berperangai  seperti kebudak-budakan apabila dewasa. Tenang, jangan gopoh.

15. Berhenti Meraih Penghormatan:

Hormat adalah sesuatu yang datang tanpa diberitahu dan perlu dipaksa. Disebalik meminta mereka menghormati anda, jadikan diri anda berbaloi untuk penghormatan tersebut. Apabila mereka masih muda, andalah idolanya. Apabila mereka dewasa, mereka akan membandingkan anda. Sebagai ibubapa anda perlu menunjukkan contoh yang baik.

16. Bantu Mereka Mendalami Sifatnya:

Bantu mereka dalam mencari identitinya sendiri. Terlebih prihatin, anda akan membantutkan pembesaran dalam membangunkan personalitinya. Biarkan mereka membuat kesalahan untuk belajar dari kesilapan tersebut. Jangan membuat keputusan bagi pihak mereka, biarkan mereka dengan keputusannya sendiri. Selepas pada itu, mereka akan belajar untuk berdikari. Anda perlu menyokong mereka walaupun kesilapan yang bakal berlaku.

17. Menjadi Seseorang Yang Penting:

Apabila mereka masih kecil, anda tahu segala tentang mereka. Tetapi apabila mereka sudah membesar, anda akan diabaikan. Jangan biarkan perkara ini terjadi. Ia bukan bermaksud untuk anda mencampuri urusan mereka, tetapi sentiasa terlibat dengannya. Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab, anda perlu berjumpa dengan gurunya selalu, mengenali siapa rakannya, memahami kesukaannya, kegusarannya dan lain-lain. Anda patut cuba menjadi seseorang yang penting dalam hidup mereka. Batasan diantara memberi kebebasan ataupun mengongkong, tetapi sebagai ibubapa anda patut mengimbanginya.

18. Percaya Dengan Perasaan Anda:

Gerak hati ibubapa tidak pernah salah, terutamanya gerak hati seorang ibu. Ianya tiada batasan diantara seorang ibu dan anaknya. Percaya pada hati anda dan ambil tindakan yang betul. Kebanyakan ibubapa mempelajari kesalahan mereka dengan menyesali perbuatan tersebut di kemudian hari. Sebaliknya, jika anda menyedari sesuatu tentang anak anda, anda betul. Jadi, anda patut mengambil langkah seterusnya tanpa menunggu sebarang klu. Pada masa itu, jangan takut dengan kemarahannya. Percaya atau tidak, gerak hati anda selalu bercakap dengan anda, bergantung pada anda untuk mendengarnya.

19. Bersedia Hadapi Sebarang Kemungkinan:

Semua ibubapa mahukan yang terbaik buat anaknya. Tetapi adakalanya, makna mereka tidak seiring. Ibubapa selalu menjadikan anak mereka sebagai batu loncatan untuk impian mereka. Tetapi hal ini juga boleh mendatangkan sangkaan yang tidak terlintas dari fikiran anda. Biarkan anak anda memilih jalan hidupnya sendiri. Sebagai ibubapa anda hanya perlu membimbing mereka. Apabila dia menghadapi saat-saat sukar, dia akan lebih bersedia. Selagi mereka jelas dan yakin dengan jalan hidupnya, anda tidak perlu risaukannya.

20. Konsisten:

Fleksibel adalah  perkara yang berlainan dengan konsisten namun ianya tidaklah bertentangan. Jika anda membuat peraturan untuk disiplin dan mengubah mereka mengikut keperluan anda, maka anda di antara fleksibel dan konsisten, tetapi ia juga tidak konsisten. Tidak konsisten pada percakapan anda, idea dan perbuatan anda boleh memberi maksud yang salah dan mengelirukan mereka. Anda sepatutnya tetap pendirian. Apabila anda mula mengabaikan mereka, mereka akan berasa bahawa mereka tidak membawa kepentingan dan membuatkan anda dan peraturan anda sewenangnya. Jika anda mengubah peraturan ia adalah fleksibiliti yang diterima untuk keperluan tertentu.

21. Hikmah sesuatu perkara:

Sesetengah ibubapa mengambil tanggungjawab keibubapaan sebagai sesuatu yang serius. Tetapi semakin serius anda mengambil perkara tersebut, kesusahan akan datang. Walaupun ia merupakan satu tip keibubapaan yang efektif, kadangkala ia amat penting untuk mengambil mudah dan biarkan ia berlaku dengan sendiri. Cuba untuk mencari hikmah dan aspek yang ceria dalam sesuatu perkara kerana ia akan menjadi bosan kerana terlalu serius. Anda tidak patut memarahi mereka diatas kesalahan mereka. Tetapi sikap positif dan fikiran yang tenang boleh memudahkan semua perkara.

22.Memuji mereka di khalayak menegur secara privasi :

Memukul atau memarahi anak anda di khlayak ramai mungkin menjadi perkara buruk buat mereka. Jangan lakukannya, ia akan merosakkan keyakinan mereka. Di samping itu,  ibu atau bapa perlu lebih bersikap tenang apabila memarahi mereka dan jangan terlalu serius. Anak anda sangat sensitif terhadap sesetengah isu dan boleh memberi kesan pada emosinya. Sebaliknya, jika anda memuji kerjanya, buatlah di khalayak. Ia akan menjadi perasaan yang baik buat mereka jika anda memujinya di depan kawannya, atau rakan sekelasnya. Ikuti langkah ini dan anda akan meraih penghormatan dan kepercayaan dari anak anda.

 23. Bantu Anak Anda Dalam Skill Sosial:

Apabila ibubapa gagal menerapkan skill sosial dan adab pada anak mereka, mereka akan membesar dengan kekurangan adab dan social. Tanggungjawab asas anda sepatutnya buatkan skill sosial anak anda boleh diterima. Apabila dia meningkat dewasa, tingkah laku dan adab yang baik sudah diterapkan padanya. Apabila mereka membesar dengan kekurangan adab kesalahan ini akan ditunding pada ibubapa. Untuk mengelakkan masalah ini, ajarkan mereka etika yang baik dan bantu mereka untuk meningkatkan sosialnya.

24. Jagaan Khusus Buat Remaja:

Remaja – frasa yang sukar untuk dijaga dalam keibubapaan. Mengurus anak remaja adalah kes istimewa dan penjagaan khusus sangat diperlukan. Zaman remaja dianggap sebagai zaman yang sensitif dan didikan keibubapaan semasa frasa ini menentukan masa depan anak anda. Terlalu cuai atau terlalu bersikap ‘protective’ adalah sangat membahayakan. Cara terbaik untuk menjadi ibubapa yang baik untuk remaja ini adalah dengan membiarkannya hidup berdikari dan bebas, tetapi anda perlu memerhatikan tingkah lakunya.

25. Tahap Kesabaran Yang Tinggi:

Kualiti ini perlu dimiliki oleh setiap ibubapa. Tiada ganti atau alternatif lain untuk sikap ini. Anda patut kekal tenang hadapi keadaan yang sukar dan tangani kemarahan anda untuk menjadi ibubapa yang baik. Anda akan menghadapi pelbagai ujian pada setiap peringkat, tetapi jika anda mampu tanganinya, keadaan akan lebih baik. Apabila anda dilanda masalah ini secara tiba-tiba, tanganinya secara baik.

26. Kekal Tenang:

Jika anda berasa tertekan dan panic terhadap beberapa isu, ia juga akan memberi kesan pada anak anda juga. Apa jenis tekanan adalah tidak baik untuk anda dan juga anak anda. Keadaan yang lebih tenang dirumah membantu anak anda untuk mempunyai emosi yang lebih seimbang.

27. Jadikan Contoh:

Jadi contoh untuk anak anda. Jika anda mahukan anak anda lebih disiplin, anda patut mendisiplinkan diri anda dahulu. Latih sebelum melatih. Apabila anda menghormati rakan anda, anak anda juga akan belajar untuk menghormati orang lain. Jika anda berkelakuan baik dengan rakan, jiran, saudara dan ibubapa anda anak anda juga akan mengikutinya.

28. Komunikasi Secara Terbuka:

Penting untuk anda berkomunikasi secara terbuka bersama anak anda. Walaupun dia masih bayi, bercakap dengannya membantu mengukuhkan hubungan anda berdua. Ia juga membantu meningkatkan tahap percakapannya.

Apabila anak anda membesar, komunikasi ini membantu anda mengetahui dan memahaminya. Selain bergantung pada gadget untuk mengetahui keberadaan anak anda, ia lebih baik untuk mempunyai dialog bersama anak anda. Situasi ini membantu anak anda lebih yakin, dan berdikari.

29. Percayakan  Anak Anda:

Sebagai ibubapa, anda mahu membantu anak anda. Tetapi anda perlu tahu kesan negative jika mereka selalu bergantung pada anda. Ia akan membantukan pembesaran emosi dan mentalnya.

Ia merupakan idea yang baik untuk membiarkan anak anda berdikari sendiri. Walaupun jika dia gagal melakukannya, dia boleh belajar dari kegagalan tersebut. Tugas anda hanya perlu membimbingnya. Anda boleh membetulkan kesilapannya.

Senarai ini adalah tips untuk keibubapaan. Cuba lakukannya dan berubah untuk menjadi ibubapa yang lebih baik!

Artikel ini dipetik dari MomJunction