Biasanya ibubapa Asia akan memukul anak-anak mereka kalau mereka nakal. Bukan pukul sebab nak dera, sebab nak mengajar. Benda biasa dekat Asia kalau bab mengajar anak memang akan pukul, walaupun hanya jentik telinga. Tapi, kenapa kita tak boleh nak praktik kan ajar anak tanpa menggunakan pukulan macam orang Barat?
Bukan nak membandingkan tetapi pernah tak kita fikir macam mana cara mereka ajar anak tanpa menggunakan sebarang pukulan? Nak tahu macam mana?
4 cara mengajar anak tanpa memukul mereka
1) Sisihkan mereka sekejap.
Bukan nak buli tapi dengan cara ni, anak-anak akan sedar yang mereka ada buat salah. Tapi sebelum cuba cara ni, pastikan mereka mendapat kasih sayang yang secukupnya. Dengan cara ini, bila kita pulaukan mereka sekejap, mereka akan rasa sedih dan takkan ulangi kesalahan lagi. Tapi ingat, jangan pulaukan sebab nak saje buli. Mesti bersebab.
2) Ambik balik apa yang dah diberi.
Bukan buruk siku. Contohnya kalau kita bagi fon ke anak-anak, bila dia buat salah, ambik balik fon tu. Atau jangan bagi mereka tengok tv untuk beberapa hari. Dengan cara ini, mereka akan sedar yang lepas ni kalau mereka buat salah lagi, benda yang sama akan jadi. Sebagai mak, kita boleh cakap “Mama takkan bagi awak tengok tv untuk 2 hari sampai awak siapkan kerja rumah tu dulu!”. Percayalah, anak-anak akan buat kerja rumah sepantas kilat.
3) Bagi hadiah kalau mereka buat baik.
Benda biasa dengar kan? Kalau buat baik akan dapat habuan. Contoh kalau anak-anak boleh kawal kemarahan dan tak gaduh dengan adik beradik untuk beberapa hari, bawak mereka keluar makan atau berikan mereka hadiah. Makan KFC ke contohnya. Boleh je cakap “mama nak bagi hadiah la kalau awak boleh tak bergaduh 2 hari dengan adik.” Hadiah ape jangan bagitahu lagi, mesti anak-anak usaha taknak gaduh dan jadi baik sebab nak hadiah. Kadang-kadang hadiah/habuan tu perlu untuk membentuk mereka menjadi lebih baik.
4) Kan MAMA dan cakap.
Ye, bunyi macam kejam. Tapi kadang-kadang kita sebagai mak boleh biarkan mereka terima dan belajar dari kesilapan. Simple. Contohnya bila mereka taknak bawak bekal pergi sekolah sedangkan kita dah sediakan, esoknya mesti mereka nak bawak. Sebab? Sebab lapar dalam kelas. Tak perlu paksa suruh bawak makanan. Nanti dia faham sendiri kenapa mak suruh bawak bekal.
Senangkan? Tak perlu pukul. Ajar dengan cara macam ni. Memang susah nak elakkan dari pukul mereka sebab nakal kan? Tapi cubalah cara ni. Mesti anak-anak akan makin rapat dengan kita. Tak rugi mencuba tau.
Nak tahu lebih banyak info tentang keibubapaan? Sila Klik di sini!
Nak dapatkan barang bayi best dan murah? Sila Klik disini!
Credit: Amy Morin, psychotherapist dan pensyarah di Northeastern University, Boston.