Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kebimbangan Berpisah

Kebimbangan Berpisah

Adakah semua bayi mengalami kebimbangan perpisahan?

Ya, mengikut darjah. Kebimbangan berpisah adalah peringkat normal kepada perkembangan emosi yang bermula ketika bayi faham bahawa benda dan manusia masih ada walaupun tidak kelihatan – konsep yang dipanggil keabadian objek.

Pada peringkat tertentu, kebanyakan bayi atau kanak-kanak menunjukkan kebimbangan dan marah akan prospek – atau realiti – berpisah dengan ibu bapa. Jika anda fikir kebimbangan berpisah dalam istilah evolusi, ia masuk akal: Bayi tanpa perlindungan akan marah jika diambil dari orang yang melindungi dan menjaganya. 

Dalam kata lain, sikap bayi tentang perpisahan adalah biasa. Negara barat cenderung autonomi dari peringkat awal. Tetapi budaya lain, bayi jarang dipisahkan dari ibu pada tahun pertamanya.

Tidak terlepas juga pada permulaan peringkat perkembangan, ia agak mengganggu kedua ibu bapa. Yang baiknya ialah kebimbangan berpisah akan hilang – anda boleh menguruskannya. Pada masa itu, cuba menghargai kemanisan mengetahui bahawa anda nombor satu dihatinya.

Bilakan ia biasa terjadi?

Bayi menunjukkan kebimbangan berpisah pada awal 6 atau 7 bulan, tetapi untuk kebanyakan bayi ia memuncak antara 10 ke 18 bulan dan berkurang pada 2 tahun ke atas.

Paling biasa, kebimbangan berpisah terjadi apabila anda meninggalkan anak anda untuk ke kerja atau membuat tugasan.

Bayi anda juga mengalami kebimbangan berpisah ketika malam, letakkan tempat tidurnya dengan selamat disebelah bilik anda. Kebimbangan berpisah biasanya berkurang ketika usia bayi meningkat 24 bulan.

Bagaimana boleh saya bantu bayi melaluinya?

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu bayi anda melaluinya:

Hantar kepada penjaga yang biasa dengannya. Jika anda perlu meninggalkan bayi – ke kerja, contohnya – cuba tinggalkannya dengan orang yang sudah dikenalinya, seperti ayah, nenek, atau makciknya. Bayi mungkin masih lagi menolak, tetapi dia lebih senang menyesuaikan diri dengan dengan ketiadaan anda apabila dikelilingi orang yang dikenalinya.

Kenalkan dahulu bayi kepada pengasuh barunya. Jika anda perlu tinggalkan anak anda dengan seseorang yang tidak dikenalinya, temani dia berkenalan dengan penjaga barunya.

Jadikan rutin. Buat sesuatu yang comel setiap kali anda meninggalkannnya. Rutin itu meningkatkan kepercayaan anak anda dan kebolehan dirinya sepanjang perpisahan.

Bagaimana persediaan bayi untuk berpisah?

Apapun perubahan, beri bayi anda peluang untuk beransur-ansur membiasakan diri. Samada meninggalkan dia dengan ahli keluarga atau membayar pengasuh, cuba cadangan ini:

Latihan di rumah: Lebih mudah untuk anda dan bayi dengan menghilangkan diri anda seperti dia yang memulakan perpisahan. Biarkan dia merangkak dari biliknya ke bilik yang lain (pastikan anda mengawasinya), dan tunggu beberapa minit sebelum anda mendapatkannya.

Anda juga boleh memberitahunya anda ingin meninggalkan bilik, kemana anda pergi, dan akan kembali. Dengan itu, anak anda akan belajar segalanya baik apabila anda pergi seminit dua – anda akan tetap kembali.

Berikan dia masa untuk menyesuaikan diri: Ambil pegasuh baru untuk main bersama bayi anda beberapa kali sebelum meninggalkan mereka untuk kali pertama. Pada kali pertama, minta pengasuh untuk sampai 30 minit lebih awal sebelum anda pergi, supaya dia dan bayi boleh bekerjasama.

Buat pendekatan yang sama jika ingin meninggalkan bayi di rumah kawan atau saudara – datang awal untuk bayi anda kenal dan selesa dengan penjaga barunya.

Jangan lupa ucapan perpisahan: Cium dan peluk bayi sebelum anda pergi. Beritahunya kemana anda pergi dan bila anda akan balik, tetapi jangan melambat-lambatkan perpisahan. Bergesalah untuk keluar dari pintu belakang. Bayi anda hanya akan marah jika dia fikir anda hilang secara tiba-tiba.

Berlagak biasa. Bayi anda sudah laras dengan perasaan anda, tunjukkan kemesraan dan semangat kepada pengasuh. Cuba jangan menangis atau marah jika bayi anda menangis – tidak pada pandangannya. Anda berdua akan melepasinya. Pengasuh mungkin akan memberitahu anda bahawa bayi anda sudah berhenti menangis sebelum anda mulakan perjalanan.

Jangan patah balik. Berulang dari tempat kerja ke rumah atau pusat asuhan untuk melihat keadaan bayi hanya akan menyusahkan anda, bayi dan pengasuh.

Cubaan pertama kali. Hadkan tenghari atau malam pertama tidak lebih daripada satu jam. Selama anda dan bayi menyesuaikan diri dengan persekitaran asuhan, lebihkan masa perjalanan anda.

Bagaimana untuk bertahan dengan pautan anak saya?

kebimbangan berpisah juga sukar untuk ibu bapa, terutamanya jika bayi mengaruk ketika ditinggalkan atau memilih ibu atau bapanya. Anda mungkin rasa sedih dan risau jika meninggalkan bayi dengan orang lain. Jika bayi anda inginkan perhatian sepanjang masa, anda mungkin berasa penat, lelah, atau marah.

Biasa untuk mempunyai perasaan ini. Terus ingatkan diri bahawa kebimbangan berpisah adalah normal dan sementara.anak anda sedang belajar untuk mempercayai dan memperkembang kemahiran pentingnya ketika sedang berdikari. Walaupun anda mungkin rasa berputus asa, ingat bahawa kebimbangan berpisah adalah tanda pelengkap kesihatannya.

Bagaimana mengatasi kebimbangan berpisah waktu malam?

Benar bayi anda takut untuk berpisah pada waktu malam, jadikan waktu sebelum tidur terpelihara dan tenang (dan seronok) seboleh mungkin.

Luangkan lebih masa bersama bayi sebelum waktu tidur dengan membaca, merapati, dan bernyanyi bersama.

Jika bayi menangis selepas diletakkan diatas katil, pergi kepadanya – untuk memastikan dia baik. Jangan layan karenahnya supaya dia kembali mengantuk. Akhirnya, dia akan tidur dengan sendiri.

Bagaimana jika tiada yang berkesan?

Bayi mempunyai personaliti yang berbeza, segelintir akan mengalami kebimbangan berpisah yang lebih teruk. Jika anak anda tidak boleh diselesakan dengan kaedah mudah, masanya untuk menilai kembali.

Melawat pengasuh dan pusat asuhan. Pengasuh atau pusatnya mungkin tidak sesuai untuk bayi anda jika dia terus bimbang dan menangis jika ditinggalkan.

Tinggakan bayi dengan seseorang yang dikenalinya selama 15 minit. Kemudian bekerja selama satu jam. Bayi anda akan faham jika anda pergi and akan kembali, tanpa membantah.

Menilai kembali strategi selamat tinggal. Adakah anda keluar tanpa dilihat? Anda resah dan gelisah? Adakah anda menyelinap pergi sambil melambai dan menangis sehingga bayi bayi anda tidak kelihatan?

Cuba menjadi lebih kasual. Perkataan mudah “jumpa lagi, si comel” diikuti dengan pelukan dan ciuman boleh membuat bayi yang bimbang menjadi kagum. Kelakuan anda menunjukkan bahawa perpisahan bukanlah sesuatu yang besar dan anda akan kembali lagi.