Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kenapa Anda Tidak Boleh Mengabaikan Penghadaman Anak Anda

Milk-in-baby-bottle-kenapa

Kenapa Anda Tidak Boleh Mengabaikan Penghadaman Anak Anda

Semangkuk buah yang dipotong? Periksa. Seteguk susu? Periksa. Lobak, bayam dan bubur ayam? Periksa. Ibu bapa perlu bangga ketika menyediakan makanan bernutrisi untuk anak-anaknya, dan mereka sepatutnya. Nutrisi membawa kepada kesihatan yang baik. Tetapi ada wira tersembunyi disebaliknya – pencernaan.

Tanpa sistem pencernaan, nutrien mungkin tidak berkesan. Kenapa? Mari lihat apa yang terjadi kepada makanan enak yang ditelan oleh si kecil.

Sebaik sahaja gigitan pertama bermula, pencernaan berjalan. Mulut ialah perhentian pertamanya; kunyahan dan air liur menghancurkan makanan kepada bentuk yang boleh diterima badan. Makanan teruskan perjalanannya ke tiub yang dinamakan esofagus dan ke dalam perut, ‘mencampur’ dan ‘mengisar’ makanan kepada cecair atau pes. Kemudian makanan ini tiba di usus kecil, tempat nutrien diserap ke dalam badan. Akhir sekali, buangan lebihan meneruskan perjalanan ke usus besar dan berubah kepada stool, yang kemudiannya dikosongkan menjadi najis.

Dalam kata lain, bukan hanya makanan bernutrisi yang bekerja – ia memerlukan beberapa organ lain bekerja untuk menukarkan ia kepada nutrient penting yang boleh diserap untuk perkembangan holistik.

Adakan anda inginkan kadar perkembangan yang sihat untuk si kecil anda? Pertahanan badan yang kuat menentang selesema dan virus lain? Selalunya sukar untuk mengekalkan sistem pencernaan anak anda dalam keadaan yang tip-top.

Sementara ibu bapa tidak mempunyai pandangan x-ray untuk untuk meneliti pencernaan anak, ada tanda luaran. Kanak-kanak dengan penghadaman yang sihat mempunyai selera yang baik. Mereka menunjukkan tabiat makan dan minum yang baik, dan juga pergerakan usus. Mereka mencapai jarak fizikal dan psikologi mengikut usianya. Mereka juga tidak menunjukkan ketidakhadaman, cirit-birit, muntah, sembelit, kembung perut atau meragam.

Sebaliknya, si kecil dengan penghadaman yang tidak sihat cenderung merasa jengkel dan kurang minat bermain. Mereka menolak makanan, yang membawa kepada kekurangan zat. Mereka mungkin menangis sepanjang hari kerana ketidakselesaan perut; dan berupaya menghalang pembelajaran dan interaksi sosial mereka.

Friso Gold melindungi nutrien untuk penghadaman

Friso Gold telah meningkatkan teknologi proses LocNutri untuk melindungi nutrien hampir kepada bentuk asalnya, supaya boleh diserap ke dalam sistem pencernaan.

Bagaimana LocNutri berbeza daripada kaedah pemprosesan susu yang lain? Kebanyakan makanan biasanya diproses dengan kepanasan yang tinggi. Dalam pemprosesan susu formula, ia merosakkan atau menghancurkan struktur asal nutrien. Nutrien yang rosak tidak mudah diserap oleh badan, dan mungkin menjadi punca ketidakhadaman dan masalah perut.

Walaubagaimanapun LocNutri, memproses susu formula dengan kepanasan sederhana, bermakna perlindungan nutrien lebih mesra untuk penghadaman, dan akan memainkan peranan utama untuk perkembangan anak, termasuk membina otot, kulit dan tulang.

Dengan sistem penghadaman yang sihat, kanak-kanak akan lebih bersedia dan bersemangat untuk meneruskan pengembaraan tahunan bersama ibu dan bapa.

Untuk maklumat lanjut tentang susu formula untuk kanak-kanak Friso Gold yang ditingkatkan dengan teknologi LocNutri, pergi ke www.frisogold.com.my.