Ibu, Bayi & Kanak Kanak

5 Cara Efektif Untuk Tangani Skill Keibubapaan Yang Buruk

ibu bapa dan anak anak

 

Apakah Keibubapaan Yang Buruk?

Jenis keibubapaan ini biasanya merujuk pada kesalahan yang dilakukan oleh kebanyakan ibubapa, secara sedar atau tidak semasa membesarkan anak mereka. Kesalahan ini akan membahayakan kehidupan anak-anak untuk masa akan datang. Ramai ibubapa tidak sedar tentang ini dan berterusan melakukannya. Mereka sibuk dengan tanggungjawab masing-masing untuk mengambil sedikit masa yang diperlukan untuk mempelajari sifat keibubapaan yang baik. Sesetengahnya keibubapaan yang terlalu banyak kerja dan yang paling teruk, mereka langsung tidak mempedulikannya.

Sebagai ibubapa, anda patut memahami tugas anda untuk mencurah kasih sayang dan penghargaan terhadap anak-anak anda. Tugas anda bergantung pada penglibatan dan pengorbanan. Sebagai ibubapa yang baik, tugas anda bukanlah menyediakan segalanya buat anak anda untuk berasa gembira, tetapi untuk mengajar mereka tentang kesopanan dan disiplin agar mereka lebih matang dan bertanggungjawab.

Kesan

Rujukan telah menunjukkan keibubapaan yang tidak berkesan akan memberi masalah perilaku pada anak-anak.

  • Kanak-kanak pada peringkat awal akan terseksa dari keibubapaan yang buruk, akan terdedah untuk melakukan jenayah dan akademik yang merosot.
  • Keibubapaan yang buruk boleh mempengaruh tingkah laku anak-anak.
  • Ibubapa yang kurang dari skill mengawal kemarahan dan konflik akan gagal untuk tangani anak mereka. Ia akan memberi kesan pada mereka untuk mengawal kemarahan, kekecewaan.
  • Disamping itu, ibubapa yang mengkritik anak mereka secara terbuka, gagal untuk membina atmosfera yang baik untuk mental anak-anak mereka.
  • Keibubapaan yang tidak berkesan akan membawa kepada kemerosotan pada pelajaran anak-anak.

Bagaimana untuk mengawal kesalahan keibubapaan?

Cara berkesan untuk menangani skill ibubapa yang buruk:

1. Jangan menengkin anak anda:

Ia adalah sifat semulajadi jika anda hilang kesabaran dan meninggikan suara. Tetapi ibubapa, yang menengking pada setiap saat untuk mengajar anak-anak tentang disiplin, sebenarnya menunjukan skill ibubapa yang buruk. Jadi, elakkan respon negatif, berhenti menengking mereka. Sebaliknya buat mereka memahami kepentingan adab dan disiplin dengan cara yang baik.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

2. Libatkan Diri:

Ia adalah skill keibubapaan yang buruk, jika anda tidak pernah terlibat dengan kehidupan anak-anak anda. Cuba untuk membina hubungan dengan mereka. Ia akan membantu mengukuhkan ikatan diantara ibubapa dan anak-anak. Semakin banyak anda berkongsi kasih sayng dengan merka, semakin banyak cubaan mereka untuk menonjolkan diri mereka pada anda.

3. Jangan Lupa Saat-saat anda Sewaktu Remaja:

Sebagai orang dewasa, kita mempunyai tanggungjawab sendiri. Kita akan berdepan dengan tekanan, kerja dan tanggungjawab dirumah. Tetapi anda tidak patut untuk melupakan anak-anak yang mempunyai perkara untuk dirisaukan. Beramahlah, berkasih sayang dan bersikap adil pada mereka.

4. Membenarkan mereka untuk membuat pilihan:

Jika anda ingin menjadi ibubapa yang baik, anda perlu membenarkan mereka membuat pilihan mereka sendiri. Anda cuma perlu menasihati mereka. Anak anda boleh belajar dari kesilapannya. Jika anda sentiasa tidak berpihak pada mereka, mereka tidak dapat membuat keputusannya sendiri.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

5. Elakkan anak anda dari kancah yang tidak baik:

Disebabkan kurangnya pengetahuan remaja selalunya akan terdedah dengan kesalahan seperti dadah, alkohol, seksualiti dan sebagainya. Sikap ini akan membahayakan kehidupan mereka dan menghalang mereka dari Berjaya. Sebagai ibubapa, ia adalah tanggungjawab anda untuk membimbing mereka, supaya mereka dijalan yang betul.

Diingatkan, keibubapaan yang buruk adalah tidak statik. Ia boleh ditangani dengan kasih sayang, dan bimbingan yang betul. Anda boleh mendapat kaunseling jika anda memerlukan penjelasan yang lebih tentang bagaimana anda tangani anak anda. Kami berharap perbincangan ini membantu anda membina hubungan yang erat bersama anak anda.

Artikel ini dipetik dari BadParenting