Ibu, Bayi & Kanak Kanak

5 Kepentingan dalam Permainan yang Bermakna

perkembangan anak-anak

gambar daripada zara.com

“Salah satu daripada kenangan yang saya ingat pada zaman saya kanak-kanak ialah apabila saya menjalar seperti ular di celahan rumput bersama adik beradik saya”.

Apabila anda mengimbas kembali kenangan pada zaman kanak-kanak anda, apakah perkara yang telah membuatkan anda gembira. Orang dewasa kini cenderung mengimbas kembali permainan pada  zaman kanak-kanak mereka dengan nostalgia  dan seringkali menyebutnya sebagai ” good old days.” Kenangan yang menyeronokkan dan bermakna memberikan pengalaman untuk membantu mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga secara emosional berlanjutan sehingga anak-anak tersebut membesar. Adakah anak-anak kita mendapat keseronokan, pengalaman yang bermakna dan ikatan silaturrahim sesama keluarga di dalam hidup mereka?

Terdapat lima unsur penting supaya permainan ini menjadi lebih bermakna dalam mencipta kenangan:

1. Kanak-kanak membuat keputusan sendiri

Apabila kanak-kanak memilih untuk bermain bersendirian, mereka telah mendapat pengalaman kebebasan dalam membuat sesuatu keputusan. Mereka juga didedahkan dengan hubungan antara pilihan dan kesan atau keputusan daripada pemilihan tersebut. Jenis permainan atau bahan-bahan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka dapat membantu mereka untuk membuat keputusan yang bermakna. Bahan terbuka boleh digunakan dalam pelbagai cara supaya kanak-kanak tersebut boleh membuat keputusan mereka sendiri. Sebagai contohnya, kanak tersebut boleh bayangkan blok untuk menjadi kereta bomba atau beberapa benda yang lain. Mainan trak api dengan kata lain ia dinamakan kereta bomba. Kepingan  foam, batang kayu yang kecil, ribbon yang terbuang, dan bahan-bahan yang boleh digunakan semula adalah semua bahan terbuka yang merangsangkan minda kanak-kanak untuk berfikiran kreatif dan mereka sungguh gembira sekali apabila mereka telah menggunakan bahan terbuka tersebut untuk menghasilkan sesuatu yang tidak pernah dibuat.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

2. Kanak-kanak bermotivasi secara intrisik

Desakan untuk bermain adalah keinginan semulajadi untuk memahami dunia. Ia adalah sekuat keinginan anak kecil anda untuk makan atau tidur. Motivasi secara intrisik ini membolehkan kanak tersebut untuk mengawal perasaan dan keinginan sendiri untuk terus bermain kerana kanak-kanak tersebut mendapati bahawa pentingnya bermain bersama kawan daripada memenuhi kehendak dan kemahuannya sendiri dan pada masa itulah kanak-kanak belajar untuk mengawal diri sendiri. Mengawal diri sendiri telah terbukti membawa kepada kejayaan pada tahun-tahun yang berikutnya terutamanya dalam era maklumat pada hari ini, di mana gangguan adalah sebahagian daripada kehidupan harian.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

3. Kanak-kanak menjadi terkesan pada seketika waktu.

Dalam permainan yang sebenar kanak-kanak yang terlibat sepenuhnya, telah kehilangan kesedaran terhadap persekitaran mereka, masa dan ruang. Dalam suasana bebas risiko ini di mana realiti tidak dihiraukan, kanak-kanak mempunyai keselamatan yang terjaga dan keselamatan mereka perlu dibuat eksperimen, mencuba idea-idea baru, dan menyiasat peraturan alam sengketa. Walaupun mereka terleka dengan mainan mereka, kanak-kanak tersebut boleh lagi mengenal yang mana satu realiti dan yang mana satu fantasi, ianya merupakan sesuatu yang ibu bapa tertanya-tanyakan.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

4. Permainan adalah aksi spontan, tidak mempunyai skrip.

Bermain ini selalunya adalah sesuatu perkara yang tidak dijangkakan. Kadang-kadang ia dirancang tetapi anak kecil tersebut membuat perubahan mengikut gerak hati mereka kadang-kadang mereka akan  berubah fikiran  atau mainan tersebut tidak berfungsi. Perasaan ingin tahu kepada perkara yang tidak diketahui memberikan kanak-kanak peluang untuk belajar kemahiran hidup yang penting contohnya seperti dalam mempelbagaikan benda dalam minda mereka dan dalam membuat sesuatu keputusan.

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

5. Permainan yang menyeronokkan.

Selalunya dalam suatu permainan, kanak-kanak mempunyai tindak balas dengan emosi. Tanpa emosi, maka pengalaman itu hanyalah sekadar aktiviti. Keseronokan adalah keputusan secara langsung apabila terdapat penglibatan yang sepenuhnya dalam sesebuah permainan. Ianya sungguh menyeronokkan! Lima perkara penting dalam garis panduan permainan memberikan kepada anak anda pengalaman. Bukankah itu apa yang diinginkan oleh ibu bapa supaya diterapkan ke dalam ingatan anak mereka iaitu pengalaman yang menyeronokkan?

Dapatkan barangan bayi dan kanak-kanak di motherhood.com.my

 Kredit artikel kepada families.naeyc.org