Ibu, Bayi & Kanak Kanak

5 Tanda Yang Menunjukkan Anda Dah Bersedia untuk Ada Anak

To read the English version of this article, click HERE.

Haaaa, dah bersedia ke nak ada anak tu? Kadang-kadang dah lama kahwin pun tapi takde anak lagi bukan sebab apa, sebab “family planning” je kan? Ada juga yang kahwin awal ni cakap nak “enjoy” dulu. It’s Okay. Hehe.

Nak jadi ibubapa ni kena bersedia sepenuhnya. Mental, Fizikal, Emosi, semua. Jadi untuk persediaan, saya nak share 5 tanda yang menunjukkan jika anda dah bersedia nak ada anak.

Nak tahu apa 5 tanda-tanda tu?

1. Tak geli dengan sebarang cecair. Yikes.

Yela, nanti nak ada baby mesti la anak tu membuang je sampai kadang bocor pampers tu kan? Ada orang akan geli dengan benda ni semua. Tapi, kalau awak semua tak geli, siap basuh “poop” anak buah awak, anak jiran awak, anak siapa2 je lah, tandanya awak dah bersedia!

Highlighted

credit: parents magazine

2. Tak boleh tengok anak orang. Rasa nak kemam. Lol

Benda ni paling ketara la kan, kalau asyik geram je tengok anak orang yang comel-comel, itu tandanya awak dah bersedia nak ada bayi sendiri. Kalau tengok baby je macam “alaaaaaa comelnya baby tu sayang” cakap dekat isteri ke suami ke, boleh dah tu ya. hehe

credit: baby grunting

3. Awak rasa awak bagus! Heh?

Jangan salah faham. Bila awak rasa yang ada orang lain jaga anak macam tak betul je, dan awak rasa awak boleh jaga anak lagi bagus, tu tandanya awak dah bersedia. Biar la orang nak cakap apa pun, yang pasti kita tahu yang kita boleh buat “so much better”, kan?

4. Bersifat Terbuka, Bukan asyik nak gaduh je!

Bila awak dengar orang bagi pendapat atau komen perangai awak atau komen je la apa-apa pasal awak, awak tak melenting. Terima, dan kalau tak puas hati, awak bincang.

5. Tak kisah untuk berkongsi. Terutamanya makanan.

Benda  ni nampak simple je kan? Tapi penting. Bersedia la untuk anak awak ambil makanan dekat tangan awak, dan makan. haha. Ready?!

credit: Our Next Adventure: Family Travel Blog

Kalau awak ada semua ciri-ciri dekat atas ni, apa tunggu lagi? 😛

credit: pinterest.com

Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!