Ibu, Bayi & Kanak Kanak

5 Teknik Keibubapaan yang berkesan dari Dr. Sheikh Muszaphar

keibubapaan-dr-sheikh-muszaphar

credit: RamenPedasDotCom

Siapa tak kenal dengan Dr. Sheikh Muszaphar kan? Angkasawan pertama Negara ini selalu je kongsi tips keibubapaan melalui Instagram peribadi beliau. Salah satunya adalah tips bagaimana untuk menjadi ibubapa yang baik dan pelbagai tips untuk merangsang minda anak-anak. Tak terkejutlah kalau anak-anak beliau dapat membaca dari seawal usia 3 tahun!

Jadi para ibubapa di luar sana pun mestilah nak tahu juga kan macam mana Dr. Sheikh Muszaphar ni berjaya ajar anak-anak beliau, di sini saya kongsikan 5 Teknik Keibubapaan daripada beliau.

Berikut adalah 5 Teknik Keibubapaan dari Dr. Sheikh Muszaphar:

1. Aktiviti flashcard untuk merangsang minda bayi baru lahir

Untuk bayi, Dr. Sheikh Muszaphar pesan supaya ibubapa bermula dengan flashcard hitam putih.
Tunjukkan flashcards ini secara cepat kerana tahap fokus bayi adalah singkat. Lakukan aktiviti ini dalam bilik yang sunyi dan terang, dan suara anda perlu kuat. Kalau ibu ayah mahu anak anda sebijak anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina, maka anda bolehlah mencuba aktiviti ini di rumah, 5 kali sehari sekurang-kurangnya selama 1 minggu.

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang diajar dengan kad imbasan akan membantu perkembangan deria penglihatan dan pendengaran dengan lebih cepat. Ia juga merangsang perkembangan otak anak anda dan membuka kunci potensi tersembunyi dalam diri anak-anak.

Tips gunakan kad imbasan kepada bayi:

  • Gambar/perkataan/nombor hendaklah besar dan jelas
  • Penyampaian hendaklah ringkas.

Anda boleh dapatkan flashcard Motherhood di sini! Tak rugi mencuba benda baru, untuk anak-anak anda juga kan.

2. Mengutamakan bonding antara anak dan bapa

Bapa biasanya susah nak dapatkan bonding time dengan anak-anak sebab asyik sibuk berkerja, jadi Dr Sheikh Muszaphar sarankan bapa untuk membuat pelbagai aktiviti dengan anak-anak supaya anak akan rapat dengan bapa, bukan dengan ibu je. Dr. Sheikh Muszaphar selalu melakukan aktiviti flashcard, memandikan anak-anak, bermain dengan anak-anak, serta menidurkan anak-anak beliau.

3. Mengajar bayi meniarap seawal usia 2 minggu

Menurut beliau, bayi yang baru lahir perlu mendapatkan tummy time sebanyak mungkin. Ia membantu menguatkan bahagian belakang dan tengkuk mereka. Jika bayi anda menjerit semasa meniarap, lagi bagus. Ia membantu menguatkan paru-paru si kecil. Tindakan reflex Babinski adalah sejenis stimulasi yang dapat menggalakkan anak kecil untuk pandai berjalan awal.

4. Dedahkan anak kecil kepada pelbagai bidang ilmu.

Dr. Sheikh Muszaphar menerangkan otak kanak-kanak berkembang sehingga 90% semasa 6 tahun pertama dalam hidup mereka.

Otak anak kecil ni macam span, ia dapat menyerap pelbagai informasi yang diberikan dengan pantas.

5. Bagi kebebasan anak-anak bermain

Beri kebebasan anak-anak untuk bermain, bagi je anak main hujan kalau mereka teringin tapi kena mandikan lepas tu takut demam, bagi anak main dekat luar jumpa kawan-kawan, jangan halang mereka. Dengan cara ini, anak-anak akan rasa dihargai dan akan menunjukkan prestasi yang lebih bagus dalam pembelajaran.

Menarik dan praktikal bukan gaya keibubapaan pasangan doktor berjaya, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina ini?

Ibu ayah sekalian, mari kita cuba amalkan teknik mereka kerana sudah pasti, kita juga akan dapat melihat perubahan positif pada anak kita, sama seperti apa yang berlaku kepada anak-anak pasangan romantis ini!

Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!