Ibu, Bayi & Kanak Kanak

6 Cara Waktu Permainan Anak Anda Boleh Membentuk Pembelajarannya!

Belajar sambil bermain

Pada usia dua ke empat tahun, anak pra-sekolah anda sedang menyerap segala informasi yang didapati seperti sebuah span. Setiap saat merupakan peluang untuk mereka belajar, dan masa bermain mereka termasuk juga! Mengapa tidak menggunakannya? Belajar sambil bermain dapat menolong merepa menyerap informasi sekeliling mereka, berfikir dengan kreatif, dan juga mengeluarkan potensi diri mereka. Sebagai contoh, sebuah artikel di The Straits Times menyatakan bahawa memberi tugas kepada anak kecil seperti menyusun blok dalam kategori size, bentuk dan tekstur… atau juga menghasilkan sesuatu yang baru, sebaliknya ia akan membolehkan kanak-kanak tersebut berfikir dengan kreatif.

Highlighted

kanak-kanak bermain
chdf.org.au image

Akiviti jenis apakah yang boleh kanank-kanak sertai semasa waktu bermain?

Sebagai ibu-bapa, kita selalunya menggangap aktiviti bermain anak kita sebagai aktivit di dalam dan di luar rumah. Tetapi tahukah anda terdapat lebih daripada dua jenis aktiviti? Aktivit yang telah disenaraikan dibawah  terdapat peranan ia tersendiri yang dapat meningkatkan kemahiran sendiri kanak-kanak – dari segi kognitif, fizikal, emotional, tingkah laku, dan kemahiran sosial.

wordpress.com image

klik disini untuk dapatkan barangan bayi yang murah

Menurut sumber Queensland (Australia) Department of Education and Training, berikut merupakan ciri-ciri bermain yang berlainan:

Dramatik: Aktiviti ini merupakan permainan jenis mimik yang selalunya di perhatikan oleh kanak-kanak setiap hari seperti memasak, melancong dan pelbagai lagi. Permainan jenis ini sebenarnya dapat membantu kanak-kanak untuk meneroka peranan yang berbeza daripada orang lain dalam keluarga atau masyarakat, serta mengukuhkan kemahiran sosial mereka.

Penerokaan: Di sini, kanak-kanak meneroka dan memanipulasikan bahan yang berbeza dan objek tertentu dan cara penggunaannya. Sebagai contoh, kanak-kanak boleh menggunakan pisau plastik dan melihat bagaimana ia berfungsi dengan memotong doh, atau menggunakan kanta pembesar untuk memahami bahawa ia menjadikan objek yang mereka cari kelihatan lebih besar.

Manipulatif: Teka-teki, tanah liat, dan blok mainan termasuk di kategori bermain secara manipulatif. Permainan jenis ini dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor mereka, termasuk koordinasi mata-tangan dan keseimbangan.

Fizikal: Berlari, melompat, menari, memanjat- jika permainan anak anda memerlukan mereka bergerak, ini merupakan permainan fizikal. Permainan jenis ini adalah cara yang terbaik untuk lakukan, dan adalah penting untuk pembangunan fizikal anak anda dan kesihatan secara keseluruhan.

Permainan dengan peraturan: Sama ada ia adalah permainan tradisional di luar rumah, permainan papan, permainan kad, atau permainan komputer, permainan dengan struktur akan membolehkan anak anda untuk memahami konsep adil, logik, dan perintah.

Fantasi: Juga berdasarkan konsep berpura-pura, permainan ini melibatkan lebih daripada imaginasi. Menonton kartun interaktif, sebagai contoh, membolehkan anak-anak untuk mencipta senario sekitar watak khayalan, sekali gus meningkatkan kreativiti dan imaginasi mereka.

klik disini untuk mencari barangan bayi

CBeebies, sebagai contoh, merupakan rancangan untuk kanak-kanak pra-sekolah yang berumur enam tahun dan kebawah,untuk keberkesanan yang maksimum dan mesti mulasikan otak kanak-kanak sewaktu mereka bermain! Iannya bebas dari sebarang iklan, selamat, penuh dengan unsur pendidikan dan interaktif. Rancangan kegemaran seperti Hey Duggee, Go Jetters dan Sarah and Duck pastinya akan membuat anak kecil anda terhibur sepanjang masa semasa mereka turut belajar dan mengikuti karakter-karakter tersebut dalam pengembaraan- pada masa yang sama mereka turut berseronok, senang dan belajar benda yang berfaedah kerana ia merupakan pendekatan yang efektif untuk para pelajar pra-sekolah. Anak anda boleh menontoni program pendidikan dan banyak lagi di CBeebies, boleh didapati di StarHub (Siaran 303) di Singapura dan di HyppTV (siaran 553) di Malaysia.

 

Sumber hiburan untuk ibu bapa

Hiburan tidak terhenti di situ sahaja. Pembelajaran akan lebih efektif ketika anak-anak lebih peka, dan apakah cara yang lebih baik untuk mempromosikan untuk belajar dengan karakter kesukaan mereka? Ikuti pengalaman yang mengasyikkan ke peringkat seterusnya dan terokai laman web CBeebies ‘untuk mengetahui lebih banyak aktiviti interaktif untuk anak anda. Anak kecil anda akan dapat bermain dan belajar tentang dunia di sekeliling mereka melalui aktiviti-aktiviti menarik, satu langkah kecil pada satu masa. Antara aktivitinya termasuk:

  • Mewarna
  • Permainan
  • Sumber interaktif untuk ibu bapa dan kanak-kanak!

Jangan silap sangka yang aktiviti yang ditawarkan hanya untuk kanak-kanak! Ibu bapa juga akan menjumpai pelbagai sumber dan artikel yang berguna untuk dikongsi dan dipelajari bersama.

klik disini untuk dapatkan barangan bayi yang murah

Artikle ini dipetik dari asian parent.com