Ibu, Bayi & Kanak Kanak

6 Pesanan Doktor Jika Anak Anda Demam

kanak-kanak-demam

credit: todaysparent.com

Kanak-kanak dan bayi sering dijangkiti demam. Memang tak pelik kalau anak-anak anda asyik demam kerana antibodi mereka tak lah kuat macam antibodi orang dewasa. Lebih-lebih lagi kalau anak-anak anda bersekolah. Demam biasa berjangkit dengan kawan-kawan dekat sekolah. Ada yang demam dan batuk, demam dan selsema, itu la sebab yang utama anak-anak boleh jadi demam. Tahu kan?

Highlighted


Sebagai ibubapa, mestilah risau kan kalau anak demam. Kalau suhu sampai mencecah 39c lagi la risau. Macam-macam boleh jadi kalau suhu anak dan cecah tinggi macam tu. Silap haribulan anak anda boleh jadi sawan. 

Ada sesetengah demam yang sekejap je, bagi ubat 2-3 kali, dah surut. Tapi ada juga demam yang teruk, contohnya kalau demam tu disebabkan jangkitan kuman pada otak, kanak-kanak itu boleh menghadapi risiko kerosak otak (meningtis), kalau jangkitan tu serius.

Begitu juga jika demam tersebut disebabkan oleh jangkitan kuman di bahagian paru-paru (pneumonia), kanak-kanak tersebut mungkin mengalami masalah pernafasan. Bahaya kan?

Jadi sebagai ibu bapa, anda perlu tahu apa perlu dibuat jika anak-anak anda dijangkiti demam. Memang la kena bawa jumpa doktor, tapi ada juga cara lain untuk meredakan suhu anak anda. Nak tahu tak?

credit: Tenor

6 pesanan doktor jika anak anda demam

  1. Ubat kena bagi setiap enam jam kepada anak anda. Ini untuk pastikan suhu anak anda tak naik secara mendadak dan untuk elakkan dari diserang sawan.
  2. Pakaikan pakaian tebal untuk anak anda adalah sangat dilarang. Kalau pakai baju tebal, makin panas la badan dia. Suhu mesti la makin naik kan? Macam mana anak nak sembuh? Tak perlu selimut tebal-tebal, ya?
  3. Masakkan anak anda bubur. Bubur dapat menambahkan tenaga anak anda. Bubur kosong pun boleh.
  4. Pastikan mereka minum banyak air atau susu. Fungsinya sama je macam makan bubur, untuk tambahkan tenaga.
  5. Bawa anak anda beriadah pada waktu petang. Ini kerana, jika anak anda berpeluh sedikit, ia dapat menurunkan suhu badan. Rajin-rajinkan diri ok?
  6. Ubat boleh diberi dengan sudu atau picagari. Tidak menjadi masalah, jika ibu bapa ingin mencampurkan ubat ke dalam susu. Tapi agak berbahaya cara ni sebab, anak anda mungkin taknak minum susu sebab ada rasa ubat.

p/s: Jika anak anda susah sangat nak makan ubat, sedikit paksaan mungkin perlu. ini untuk kebaikan anak anda juga. Kalau susah sangat nak makan ubat, anda boleh memasukkan ubat melalui dubur. Tapi ingat, minta nasihat doktor dulu, ya?

Apa-apa pun, anda perlu berjumpa doktor dulu jika anak anda diserang demam panas. Ini adalah inisiatif lain sahaja.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!