Semua ibubapa mesti la rasa anak-anak mereka pandai dan paling pandai antara semua orang kan? Tapi tahukah anda, ada cara nak menilai samada anak anda tu sangat bijak ataupun normal je. Normal ni tak bermakna kurang pandai tau. Normal ni macam nanti dia besar dia jadi doktor ke, arkitek ke, gitu la. Kalau budak terlebih pandai mungkin nanti besar dia jadi perdana menteri, eh? Sebelum baca dengan lebih lanjut, silalah jangan nak marah anak tu kalau dia lambat sikit ye. Ada budak boleh bercakap awal, ada budak boleh berjalan awal, masing-masing punya pencapaian semua lain. Ingat pesan ni. Jangan nak membandingkan anak-anak tu pulak ye.
Tanda-tanda anak anda seorang yang bijak pandai
1. Pencapaian melebihi bayi lain
Maksudnya, kalau anak orang lain pandai berjalan umur 14 bulan, tapi anak anda boleh berjalan masa umur 10 bulan. Tu maknanya anak anda terlebih pandai. Tak pun, anak anda baru je umur 10 bulan, tapi dah boleh bercakap, siap buat ayat penuh. Mungkin anak anda ada darah mutan, hehe tak la, tu maknanya dia terlebih pandai.
2. Mempunyai fokus yang tinggi
Bayi memang mempunyai sikap yang cepat hilang fokus, paling kurang pun mereka akan fokus selama 15 minit je bila buat sesuatu, lepas tu beralih ke benda lain pulak. Benda biasa la tu.
Tapi, kalau anda perasan yang anak anda terlebih fokus, contohnya bila dia main sesuatu lebih dari 15 minit, maknanya anak anda sangat bijak. Satu lagi kalau anda bacakan buku untuk dia dan dia fokus tanpa merengek, siap tunjuk page mana yang dia suka, peratus untuk mengatakan anak anda terlebih pandai, amatlah tinggi.
3. Suka menyelesaikan masalah
Biasanya bayi normal akan cepat putus asa kalau kita halang dia dari buat sesuatu. Contohnya, kalau kita letak makanan yang dia suka dalam plastik lepas tu kita sorokkan ke apa, bayi yang pandai ni akan cari jalan macam mana nak dapatkan makanan tu tanpa putus asa. Kalau kita sorokkan mainan kegemaran dia lepas tu dia buat tak tau je, jangan risau, itu memang normal. Jangan la marah dia pulak. Bayi anda hanyalah menjadi seorang yang normal.
4. Suka bermain seorang diri
Kita semua tahu yang budak-budak kecil ni suka bermain ramai-ramai dan tak suka ditinggal bersendirian. Walaubagaimanapun, kalau anak kecil anda suka bermain seorang diri, ataupun lebih gemar berkawan dengan kanak-kanak yang lebih tua dari umurnya, mungkin anak anda seorang yang “genius”.
5. Suka bertanya soalan
Kalau anak anda tanya soalan yang gempak-gempak dan berilmiah sampai anda pun kena Google kalau nak tahu jawapan, memang sah lah anak anda tu telebih pandai. Biasa budak-budak akan tanya soalan yang biasa je, contoh, “ibu, tu apa?” anda pun boleh jawab. Kalau dia tanya “ibu, kenapa langit warna biru?”, hah sudah, Nak jawab apa la kan? Haha. Kena la guna khidmat Encik Google.
6. Berat melebihi 3.5kg semasa lahir
Pelik tapi benar kan? Kajian menunjukkan bahawa bayi yang mempunyai berat melebihi 3.5kg semasa lahir akan menjadi extra pandai, berbanding bayi yang lahir dengan berat 2.5kg ke bawah.
Tapi ini hanyalah kajian baru, belum sahih lagi. Para ibu perlulah pastikan yang anak-anak anda membesar dengan cukup khasiat dan zat, susukan mereka secukupnya untuk membantu perkembangan otak. Pokok pangkalnya bukan sebab lahir berat ke tak, yang penting cara kita corakkan dan besarkan anak kita tu yang penting.
Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!