Anak kecil anda berkelakuan buruk
Nathaniel Lampros, Sandy, Utah yang berumur 2 tahun sangat teruja dengan permainan pedang dan suka bertarung dengan kakak-nya, Kenayde yang berumur 4 tahun. Akan tetapi terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan iaitu dia memukul kakaknya di bahagian kepala sehingga menyebabkan kakaknya menangis. Ibu-nya Angela telah datang ke tempat kejadian dengan tergesa-gesa untuk melihat apa yang telah berlaku. Dia telah menyuruh anak-nya Nathaniel untuk meminta maaf dengan memeluk kakak-nya dan membuat kakak-nya gembira kembali. Jika Nathaniel menentang, Angela akan meletakkan dia ke dalam bilik supaya dia mengimbas kembali akan kesalahannya.
“Saya sungguh risau apabila Nathaniel tidak akan terlepas dari sifat kasarnya sekarang dan terbawa-bawa semasa dia sudah dewasa nanti dan ada masanya apabila saya sudah tidak tahan dengan sikapnya itu maka saya menangis untuk meluahkan segala yang terpendam” Lampros mengimbas kembali kisah dahulu yang sekarang dia merupakan ibu kepada empat orang anak. “Akan tetapi saya sangat menginginkan anak saya, Nathaniel supaya bermain dengan baik, jadi saya telah berusaha sedaya upaya untuk mengajarnya cara yang betul untuk bermain”.
Mendisiplinkan anak yang berkesan adalah salah satu benda yang paling sukar dan paling mengecewakan yang sememangnya tidak akan ada pengakhiran kepada ujian kesabaran antara ibu terhadap anaknya. Kerana jika anak anda yang berumur 2 tahun tidak dapat bermain bersama adiknya maka beliau akan membuat perangai pelik dan proses yang baru akan bermula.
Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!
Apakah yang dimaksudkan dengan mendisiplinkan anak kecil anda? Sebahagian orang menyamakan ia dengan memukul dan memberikan hukuman. Akan tetapi itu bukan yang dimaksudkan oleh kami. Dari pandangan ibu bapa yang pakar dalam penjagaan kanak-kanak disiplin ialah menetapkan peraturan untuk mengelakkan kanak-kanak daripada berkelakuan ganas (memukul dan mengigit), bertindak bahaya (berlari menuju ke jalan), dan berkelakuan tidak baik (membuang makanan). Ia juga berkenaan dengan akibat apabila seseorang melanggar peraturan atau digelar mejadi seorang bos yang baik yang dijelaskan oleh Linda Pearson, seorang pakar dalam bidang kounseling keluarga dan ibu bapa. Terdapat tujuh cara-cara yang dapat membantu untuk menghadkan dan menghentikan tingkah laku yang tidak baik:
1. Memilih lawan
Pearson ialah seorang penulis buku yang bertajuk ‘The Discipline Miracle (AMACOM)’ telah menjelaskan bahawa “Jika anda sering berkata ‘tidak’ kepada anak-anak anda, kemungkinan selepas ini mereka tidak akan menghiraukan ‘tidak’ anda dan mereka tidak memahami apa yang anda inginkan. “Tambahan lagi anda tidak boleh mengatakan ‘tidak’ sepanjang masa”. Anda harus menentukan apa yang penting bagi anda, menghadkan perkara sewajarnya dan mengikuti dengan appropriate consequences. Kemudian ringankan kepada perkara-perkara yang menjengkelkan atau sebaliknya anda akan tergolong dalam golongan yang tidak kisah. Sudah menjadi kebiasaan apabila anak anda memakai warna ungu setiap hari dan tidak ada warna lain yang boleh digantikan dengannya. Anna Lucca dari Washington, D.C., membenarkan anaknya Isabel yang berumur dua tahun setengah menyelerakkan ruang tidurnya sebelum dia tidur keletihan. “Saya lihat buku-buku dan baju-baju bersepah di atas lantai apabila Isabel bangun tidur, jadi saya terfikir dia mesti bangun dari katilnya untuk bermain semula. Jadi saya berkata kepadanya untuk tidak membuat sepah tetapi dia tidak mendengar arahan saya. Daripada saya melarangnya daripada berbuat demikian, lebih baik saya menyuruhnya untuk membersihkan barang-barang permainannya itu. Lucca juga kerap memuji anaknya kerana anaknya sering megucapkan perkataan tolong dan berkongsi permainan dengan adiknya yang berumur lima bulan. “Saya mengharapkan tenaga positif akan memberikan dorongan kepada Isabel menunjukan kelakuan yang baik dan megurangkan sifat buruknya”. berkata Lucca.
Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!
2. Mengetahui punca anak anda berkelakuan demikian
Sebahagian tingkah laku yang salah boleh dielakkan selagi anda dapat menjangka apa yang pencetusnya dan anda perlu mewujudkan satu pelan permainan terlebih dahulu sebelum bermain, contohnya menghapuskan godaan yang nyata. (terang,tepat,nyata)Strategi ini berhasil kepada Jean Nelson di Pasadena, California selepas anak lelakinya yang berumur 2 tahun dengan gembiranya mengambil tisu toilet menuju ke ruang dewan, ketawa walaupun tisu itu bergolek di belakang beliau. “Pada pertama dan kedua kali Luke berbuat demikian, saya hanya berkata ‘tidak’ kepadanya tetapi apabila beliau berbuat demikian pada kali ketiga, saya terus mengambil tisu tandas itu dan meletakkannya di tempat yang tinggi dimana Luke tidak boleh mencapainya”, berkata Nelson. “Bagi kanak-kanak, bermain dengan tisu tandas adalah sesuatu perkara yang menyeronokkan. Jalan penyelesaian yang terbaik ialah menjauhkan sesuatu itu dari pandangan mereka daripada berlawan dengan mereka. Jika anak anda yang berumur 18 bulan ingin mengambil tin dari rak di kedai runcit, anda hendaklah membawa sekali barang permainannya bersama apabila anda membeli belah. Jika anak anda yang berumur 2 tahun tidak mahu berkongsi permainan haiwannya dengan kawannya hilangkan dari kawasan permainan sebelum rakannya tiba. Jika anak anda berumur 3 tahun yang suka melukis pada dinding, sorokkan krayon tersebut di tempat yang tidak boleh dicapai dan jangan membenarkan beliau melukis tanpa pengawasan. Kanak-kanak selalunya bertindak agresif apabila mereka lapar, penat atau bengang apabila mereka dikurung di rumah berkata Harvey Karp, MD, seorang pembuat DVD dan buku yang bertajuk The Happiest Toddler on the Block (Bantam). Pastikan anak anda makan makanan yang sihat, mendapat rehat yang secukupnya (sekurang-kurangnya 10 jam pada waktu malam, tambahan satu atau dua jam tidur petang) dan bermain di luar untuk mengeluarkan tenaga walaupun pada musim sejuk.
Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!
3. Menjadi tekal
“Antara lingkungan umur 2 dan 3 tahun, kanak-kanak bekerja keras untuk memahami perangai mereka yang memberi kesan kepada orang lain,” berkata Claire Lerner, LCSW, pengarah kepada sumber keibubapaan dengan Zero to Three menggalakkan kebajikan dalam pembangunan dari segi kesihatan di seluruh negara kepada bayi dan kanak-kanak. “Apabila reaksi anda kerap berubah terhadap sesuatu situasi dan pada satu hari anda membenarkan anak anda membaling bola dalam rumah dan seterusnya anda tidak memberikan arahan. Anda telah membuat anak anda keliru dengan isyarat yang bercampur baur.”
Tidak ada jadual yang merekod berapa banyak kejadian dan celaan yang diberi sebelum anak anda berhenti dengan perangainya itu. Akan tetapi, jika anda selalu memberi maklum balas, beliau mungkin akan mengambil pengajaran selepas terjadi 3 atau 4 kali. Ketekalan adalah kunci kepada Orly Isaacson di Bethesda, Maryland, apabila anaknya melalui frasa mengigit. Setiap kali Sasha mengigit jari ibunya, suara ibunya serta-merta ditukar dengan tone yang kuat walaupun selalunya suara ibunya pada nada yang rendah. ‘Tidakk, Sasha! Jangan gigit! Ibu sakit! dan ibunya menarik perhatian anaknya itu dengan memberikannya permainan. Pada umur 2 tahun, selalunya kanak-kanak belajar cara-cara dalam membuatkan ibubapa tertipu dengan wajah kecomelan mereka itu. Jangan biarkan taktik anak anda berjaya untuk menipu anda walaupun mereka comel (atau pandai) sekalipun.
Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!
4. Kurangkan perasaan terasa
Sungguh susah sekali untuk mengekalkan rasa tenang dalam diri anda apabila anak anda yang berumur 18 bulan menarik ekor anjing atau anak anda yang berumur 3 tahun yang menolak untuk memberus gigi pada kali yang keberapa sehingga tidak boleh dikira. Apabila anda menjerit dalam kemarahan, maka apa yang anda ingin sampaikan hilang dan situasi akan meningkat dengan cepat. “Apabila kanak-kanak dipenuhi dengan ibubapa punya perasaan negatif, beliau akan melihat perasaan dan tidak akan menghiraukan apa yang anda cakap,” dijelaskan oleh William Coleman, MD, yang merupakan pakar kanak-kanak di University of North Carolina Medical School di Chapel Hill. Malah, kemarahan hanya akan meningkatkan nilai hiburan untuk anak anda, jadi bertahan lah daripada perasaan ingin marah. Tarik nafas sedalam-dalamnya, dalam kiraan tiga dan turun bersama di peringkat anak anda.
Jadilah seorang yang cepat dalam tindakan dan teguh, serius dan tegas dalam menyampaikan sesuatu teguran.
Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!
5. Jadikan ia ringkas dan senang
Jika anda bergelar sebagai ibu pada pertama kalinya, anda cenderung untuk berbincang dengan anak anda apabila dia melanggar peraturan, menawarkan penjelasan yang terperinci mengenai kesalahannya dan memberi ancaman bahawa dia akan kehilangan barang yang diminatinya itu jika dia tidak berhenti berkelakuan yang tidak senonoh. Tetapi Dr. Coleman memberi amaran sebagai strategi dalam mendisiplinkan anak-anak, banyak bercakap tidak memberikan kesan kerana ianya menjadi terlalu emosi. Manakala anak anda yang berumur 18 bulan tidak mempunyai keupayaan kognitif untuk memahami ayat kompleks, 2 atau berusia 3 tahun dengan kemahiran bahasa yang lebih maju dan masih lagi tidak mempunyai tahap tumpuan untuk menyerap apa yang anda katakan. Sebaliknya, bercakaplah dengan perkataan yang ringkas dan mengulanginya berkali-kali dan gabungkan suara yang lantang anda dan ekspresi muka, nasihat ini diberikan oleh Dr. Coleman. Sebagai contohnya, apabila anak anda yang berumur 18 bulan memukul lengan anda, anda harus berkata sedemikian, “Jakel, kamu tidak boleh memukul ibu! Ibu sakit! Tidak boleh pukul, tidak boleh pukul.” Kanak-kanak yang berumur 2 tahun dapat memahaminya lebih “Evan, jangan melompat di atas sofa,! Jangan melompat. Melompat berbahaya, kamu boleh jatuh. Jangan melompat! dan kanak-kanak yang berumur 3 tahun boleh menafsirkan sebab dan kesan, jadi terangkan kepada mereka apa yang akan berlaku jika mereka berbuat demikian. “Ashley, gigi kamu perlu digosok. Kamu boleh memberusnya atau ibu yang akan memberusnya untuk kamu. Kamu pilihlah. Semakin lama ia mengambil masa, semakin kurang masa untuk membaca Dr. Seuss”.
Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!
6. Berikan masa time-out
Jika teguran berulang, berlaku pelencongan dan kehilangan hak yang istimewa tidak boleh mengubati anak anda yang bersikap bersalah dalam tingkah laku, maka letakkan dia di suatu tempat supaya dia mengimbas kembali apa kesalahan yang telah dilakukannya. “Ini adalah satu alat disiplin yang cemerlang sekali dalam mendidik anak anda,” dijelaskan oleh Dr. Karp. Sebelum bagi mereka time-out, wajah anda perlulah bertukar kepada serius dan memberi amaran dengan suara yang tegas (“Ibu kira sampai tiga, kalau kamu tidak berhenti melakukan itu, kamu akan diberikan time-out satu,dua,tiga!”). Jika beliau tidak mahu mendengar, maka bawa beliau ke tempat yang sunyi dan selamat untuk time-out dan set masa. Apabila masa tamat, suruh anak anda untuk meminta maaf dan berikan beliau sebuah pelukan untuk menunjukkan bahawa anda tidak memarahinya. “Nathaniel benci apabila beliau mendapat time-out kerana beliau telah memukul kakaknya dengan pedang plastik, tetapi saya mengetahui akibat dan tersekat dengannya,” berkata Angela Lampros. “Selepas beberapa minggu berlalu, beliau telah mempelajari akan kesalahanya itu.” Ianya betul sekali bahawa kanak-kanak tidak suka berjauhan daripada ibubapanya dan barang permainannya.
Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!
7. Kekal positif
Tidak kira bagaimana kecewa anda rasa tentang salah laku anak anda, jangan melepaskan kemarahan anda di hadapannya. “Jika orang mendengar bos mereka berkata “saya tidak tahu apa nak dibuat lagi dengan pekerja saya, mereka menguasai syarikat ini dan saya rasa seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa kerja pun” maka pekerjanya akan berasa hilang hormat terhadap bos mereka dan seterusnya mereka akan jadi semakin berkuasa,” berkata Pearson. “Ianya merupakan benda yang sama sahaja apabila anak-anak mendengar keluhan hati ibubapa mereka berkata mengenai mereka dalam keadaan yang tidak ada harapan atau cara yang negatif. Mereka tidak akan mengharapkan anda lagi sebagai bos dan mereka akan mengulangi perbuatan mereka itu lagi. Ianya sudah menjadi kebiasaan apabila anda terfikir sedemikian dari masa ke semasa. Jika anda sudah mencapai tahap itu, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada orang yang lebih mahir seperti saudara mara, doktor atau kawan yang boleh dipercayai.
Klik di sini untuk beli- belah barangan bayi anda!
Kesemua kandungan di sini, termasuklah nasihat daripada doktor dan profesional kesihatan yang lain, boleh dianggap sebagai pendapat sahaja.Rujuklah pakar jika anda menghadapi masalah seperti ini.
Artikel di ambil daripada www.smartbeez.com