Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Panduan Untuk Menjaga Bayi Anda

baby

“Teruja” adalah satu perkataan yang menggambarkan perasaan anda apabila pertama kali membawa bayi anda kerumah. Sangkaan tentang “Saya belum bersedia!” kepada “Bagaimana pihak hospital mempercayai kami dengan bayi ini?” mungkin terlintas di fikiran anda sebagaimana anda cuba untuk melengkapkan segala keperluan bayi anda. Jangan mengalah. Terdapat beberapa panduan untuk anda yang baru bergelar ibubapa daripada mereka yang sudah berpengalaman.

Panduan Ringkas Buat Anda

Selepas beberapa jam selepas kelahiran, suami saya mula untuk menukarkan lampin bayi untuk pertama kalinya. Saya hanya melihat. Satu cecair kuning keluar deras dan banyak, menganggu emosi bayi tersebut. Dia mula menjerit. Suami saya terkejut. Jeritan itu semakain kuat dan jururawat bergegas masuk.

Saya khuatir bahawa saya melakukan satu perkara yang salah,” Jelas suami saya.

“Dia baik-baik sahaja, dia hanya terikut-ikut dengan emosi anda,” Jelas jururawat tersebut.

Semasa kami mula bertenang, kami terpukau dengan keadaan bayi yang semakin tenang juga. Bayi menangis kerana mereka lapar, letih, tidak selesa atau dalam kesakitan. Berkenaan dengan factor tersebut, keadaan yang tenang mampu membantu emosi bayi.

—Jessica Jones

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Menenangkan Bayi yang Cerewet

Apabila bayi pertama saya lahir, semuanya seakan sempurna — selama tiga minggu. Tiba-tiba, bayi saya mula menjerit tanpa henti.

Tangani bayi yang cerewet adakalanya mencabar, terutamanya kepada mereka yang baru bergelar ibu. 3 teknik ini membantu saya menenangkan bayi saya yang menangis:

Pergerakan.Ramai diantaranya yang sukakan pergerakan. Anak saya sangat gemarkan peregerakan menghayun, memandu kereta atau dilantu secara perlahan semasa saya dan suami berada di bilik.

Keselesaan.Saya selalu memberikan mandian yang suam kepadanya untuk menenangkannya atau letakkan botol yang berisi air suam (bukan panas) dia atas perutnya untuk mengurangkan kesakitannya.

Keakraban.Pada waktu siang, saya meletakkan bayi saya didakapan dengan memakai alat semasa mengemas rumah. Dan pada waktu malam, kami akan membendungnya.

 —Julie Campbell

Panduan untuk Minggu-minggu pertama

  1. Merancang jadual. Mengetahui bahawa kelahiran baruini terikat dengan jadual, saya merancang jadual mengikut aktiviti yang dilakukannya. Menggunakan plan harian, saya mencatat waktu tidurnya, makan dan waktu jaganya. Dengan cara ini, saya boleh mengetahui dan meimbangkan jadualnya — mula mengesan satu corak selepas 2 minggu.
  2. Menenangkan adik beradik lain. Sejak menguruskan bayi kecil boleh memadatkan masa saya, saya tidak mahu anak-anak yang lain merasakan mereka dipinggirkan. Semasa menyusu, anak kecil saya akan berkumpul untuk membaca buku di sofa bersama semasa saya menyusukan si kecil..
  3. Meletakkannya di katil. Untuk membantu bayi saya selesa selepas menyusu, saya meletakan pad yang suam di katilnya, selepas itu buangkan pad tersebut dari katilnya dan tutup sebelum membaringkan bayi.

—Marcia Hornok

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Personality Bayi Anda Yang Suka Mengerekot

Terdapat beberapa bayi yang dilahirkan untuk mengerekot. Selainnya, seperti anak saya, lebih resistan. Tetapi semua bayi memerlukan sentuhan fizikal untuk meningkatkan hubungan dengan ibubapanya. Jika anak anda lebih suka untuk memeluk, cuba beberapa ujian ini untuk mengetahui personalitinya:

Posisi. Posisi mengerekot yang anak saya lakukan adalah posisi perut ke perut. Bayi tersebut hanya akan memeluk jika dia berada di pangkuan anda dengan kepalanya di lutut anda dan kakinya melunjur kearah anda.

Masa. Sesetengah bayi suka posisi pelukan selepas makan. Selainnya adalah sebelum tidur. Anak saya suka memeluk ayahnya sebelum tidur kerana suami saya sangat pandai menguruskan waktu tidurnya. Ketahui masa bayi anda kerap untuk mengerekot dan berpelukan.

Pergerakan. Kedua-dua anak saya lebih memilih lantunan yang perlahan dari lantunan yang kuat. Bayi lain adalah sebaliknya. Uji sehingga anda menjumpai apa yang terbaik untuk bayi anda.

Jika bayi anda masih tidak mahuuntuk didekati, cuba method alternative dari sentuhan fizikal, seperti menggosok belakang atau mengurutnya perlahan.

—Alice Zvacek

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bilik untuk dibasahi

Bersama dengan si kecil, masa mandi akan menjadi rumit untuk mereka yang terlibat. Si kecil akan mengubah bantuan kita dari “Cepat sebelum ibu marah” kepada “Dia takkan gembira dan sekarang masa untuk keluar!” Kita menukarkan tub bayi dan meletakkannya di mat pada tub yang besar atau sinki yang besar. Dia boleh bermain sesuka hati, mencapai mainannya, dan menukarkan masa mandi kepada masa bermain.

Tub yang kecil mungkin pilihan terbaik buat bayi, tetapi apabila dia boleh duduk dengan sendiri, dia mungkin tidak mahukannya lagi. Membenarkan anak kita untuk bermain di sekelilingnya mengubah waktu mandi yang teruk kepada baik.

—Jennifer Nanninga

Kulit Sensitif

Kulit bayi sangatlah sensitive. Kebanyakan bayi mempunyai kulit kering selepas kelahiran, dan ibu bapa mungkin akan mengambil langkah dengan meletakkan losen atau minyak padanya. Ini akan menimbulkan kesan alergik. Saya belajar untuk menunggu selama beberapa minggu sebelum menggunakan losen. Kemudian saya mencuba pada bahagian kecil untuk melihat sebarang alergik.

—Susan Baity

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bersedia Untuk Keluar

Salah satu cabaran hebat mempunyai bayi kecil adalah masa untuk bersiap untuk keluar ke sesuatu tempat. Penyelesaian mudah yang saya gunakan adalah mengeset jam loceng untuk 30 minit sebelum keluar. Apabila jam berbunyi, itulah masanya untuk menyusu dan menyiapkan bayi dan barang-barang untuk dibawa bersama.

—Sara Walther

Artikel ini dipetik dari BabiesToddlers