Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Tanda Anda Sudah Mempunyai Hubungan Sulit Secara Emosi

cheating

Sumber: www.husband.com

Adakah anda tahu bahawa mempunyai hubungan sulit bukan sahaja secara fizikal tetapi boleh juga secara emosi? Terdapat 7 tanda anda mempunyai hubungan sulit secara emosi yang patut anda sedari.

Adakah anda tahu bahawa mempunyai hubungan sulit secara emosi merosakkan sama seperti mempunyai hubungan sulit secara fizikal ? Di dalam sesetengah kes, hubungan sulit secara emosi adalah lebih memusnahkan kerana apabila ia melibatkan emosi ia lebih rumit untuk diselesaikan.

Jadi ini adalah penting untuk kita tahu batas persahabatan sebelum ia terjadi sesuatu yang lebih rumit.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

1.Anda berkongsi masalah rumah tangga dengan orang lain

Didalam perkahwinan. pasanagn merupakan orang pertama yang sepatutnya anda berkongsi maslah, walaupun masalah hubungan kamu berdua. Jika anda memilih untuk meluahkan kepada orang lain, mungkin ini masanya untuk anda berfikir semula adakah anda sudah memulakan hubungan sulit secara emosi bersama orang lain.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

2.Anda terlalu memikirkan tentang seseorang lebih daripada pasangan anda

Jika anda kerap memikirkan seseorang lebih daripada pasangan anda, ini bermakna anda mempunyai suatu hubungan emosi dengan seseorang tersebut.

Seorang pakar psikologi Marie Land, berkongsi “Jika fikiran anda dipenuhi dengan bayangan rakan anda dan cuba membayangkan kehidupan bersamanya, percayalah anda telah memusnahkan hubungan utama anda bersama pasangan anda”

“Jika keadaan yang benar wujud, kecurangan emosi adalah terlalu biasa. Tidak salah untuk menikmati sedikit perhatian dari masa ke semasa. Namun jika anda terlalu kerap memikirkan orang lain semasa bersama pasangan anda, anda telah melampaui batas kecurangan emosi”

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

3. Anda mula menyimpan rahsia, menyembunyikan sesuatu atau cuba menipu

Jika anda sudah mula untuk menipu pasangan anda ketika bercakap tentang seseorang, atau and sangat berahsia dengan siapa anda berjumpa, ini bermaksud anda telah masuk ke zon bahaya.

Kecurangan bermula dengan sekecil-kecil perkara  dan kemudian ia akan membesar. Jika anda merasa anda cuba menyembunyikan sesuatu dari pasangan anda tenrag hubungan bersama rakan anda di luar, cuba tanya diri anda sekali lagi mengapa anda takut untuk pasangan anda tahu tentangnya. Anda berkemungkinan telah mempunyai hubungan sulit secara emosi pada saat ini.

 

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

4. Anda cuba membanding pasangan anda dengan orang lain

Ini adalah salah satu tanda penting yang menunjukkan anda mempunyai hubungan emosi bersama orang lain. Jika anda mula untuk membanding antara pasangan anda dengan rakan anda, dan anda merasa alangkah baiknya jika pasangan anda seperti rakan anda, anda harus perfikir semula tentang hubungan anda dengan pasangan anda dan berfikir jika anda sudah terjerumus di dalam hubungan emosi bersama orang lain.

“Mungkin anda seronok bercerita tentang kelakarnya rakan anda, tetapi anda harus ingat anda harus memberi pujian dan hargai apa sahaja yang pasangan anda telah lakukan untuk anda” tambah Marie Land.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

5. Anda memikirkan orang lain ketika bersama

Ini adalah salah satu tanda yang jelas anda sudah mempunyai hubungan sulit secara emosi dengan orang lain. Jelas sekali, jika anda berfantasi tentang orang lain berbanding pasangan anda ketika bersama, anda di dalam zon bahaya.

“Ini membuatkan anda berasa bosan ketika bersama” Marie Land berkata. “Cuba letakkan perkara ini seperti ini. Adakah anda mahu pasangan anda memikirkan orang lain ketika bersama anda?”

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

6. Anda tidak suka berada di rumah

Jika anda tidak suka berada di rumah, berkemungkinan anda cuba mengelak dari berjumpa pasangan anda.

Ini amat merbahaya kerana anda cuba untuk menghabiskan masa di luar rumah bersama orang lain dari pasangan anda sendiri.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

7.Pasangan anda mula bertanya tentang masalah perhubungan berdua

Jika pasangan anda sudah mula bertanya tentang sesuatu yang tidak kena di dalam perhubungan kamu berdua, ini bermaksud pasangan anda sudah mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena yang tidak anda sedari.

Ambil masa untuk cuba menila diri anda semula dan hubungan anda, dan tanya pada diri sendiri jika anda telah bersikap dingin kepada pasangan anda.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Artikel ini dipetik daripada The Asian Parent.