Ibu, Bayi & Kanak Kanak

8 Manfaat Luar Biasa Air Kelapa Semasa Hamil

Sumber: www.dekhnews.com

Adakah anda tahu bahawa air kelapa mempunyai banyak manfaat? Ketahui bagaimana air kelapa dapat memberi manfaat kepada wanita hamil dalam pelbagai kebaikan! 

Tinggi dengan elekrolit, kalium, vitamin C, protin, natrium dan serat, air kelapa merupakan minuman terbaik bagi wanita yang bakal bergelar ibu ketika hamil. Ia dapat memulihkan dan menambah tenaga bagi wanita hamil sekaligus menjadikan bakal ibu lebih bertenaga.

Bagi wanita hamil, dengan mengamalkan minuman air kelapa ketika trimester pertama dapat mengatasi masalah ‘morning sickness’, sembelit dan pedih ulu hati. Ia dapat mengurangkan turun naik tekanan darah pada trimester terakhir kerana ia diperkaya dengan mikro mineral. Tambahan lagi, air kelapa bersifat sifar kalori, membuatkan ibu mengandung merasa cergas dan perkembangan bayi baik. Sesetengah ibu di Asia merasakn air kelapa bersifat ‘sejuk’ dan hanya boleh di ambil pada trimester terakhir sahaja.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my
Semasa trimester ketiga, kebanyakan wanita hamil di Asia percaya bahawa dengan minum air kelapa dapat ‘membersihkan’ bayi dalam kandungan, jadi jumlah ‘verniks kaseosa’ akan berkurangan semasa melahirkan. Kepercayaan tradisional atau saintifik, terbukti air kelapa sangat bermanfaat kepada ibu hamil!

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

1. Meningkatkan imuniti badan

Highlighted

Sumber: www.healthyinstanttips.com

Di antara manfaat terpenting sekali dalam pengambilan air kelapa adalah ia dapat meningkatkan imuniti badan. Memandangkan air kelapa kurang kandungan gula serta natrium serta kaya dengan kalium, kalsium dan klorida, ia dapat menghidrat dan menyegarkan badan.

Tambahan pula, oleh kerana kehadiran antioksidan, mineral dan vitamin, kelapa muda dapat meningkatkan ketahanan badan dalam melawan penyakit berbanding dengan kelapa tua.

Air kelapa muda ini dapat membantu melindungi ibu hamil dan bayi di dalam kandungan dari penyakit dan jangkitan. Ia juga dapat memperbaiki kesihatan ibu secara amnya.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

 

2. Melawan jangkitan

Sumber: www.google.com

Air kelapa terkenal dengan tahap asid laurik yang tinggi. Asid ini bertanggungjawab dalam dalam menjana asid lemak di dalam badan yang mampu melawan penyakit, dipanggil monolaurin. Ia bersifat antibakteria, antikulat dan antivirus.

Dengan bersifat steril seperti ini, air kelapa adalah minuman terbaik semasa hamil.

Ia juga menguatkan sistem imuniti badan dan membantu melawan penyakit seperti selsema.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

3. Melawan penyakit Jangkitan Salur Kencing ( Urinaty Tract Infection (UTI) )

Sumber: www.epsyclinic.com

Dengan mengamalkan minuman air kelapa dalam diet seharian, ia dapat mengekalkan saluran kencing yang sihat dan mengelak daripada terkena Jangkitan Salur Kencing (UTI). Secara saintifiknya, ia dapat membersihkan saluran dan pundi kencing.

Jadi jika anda mengalami masalah untuk pemberishan dalaman, amalkan minuma iar kelapa bagi kesan yang menakjubkan. Kebiasaannya, ibu hamil akan mengamalkan minuman air kelapa satu biji sehari, namun ia bergantung pada individu. Amalkan secara sederhana apabila ia berkitan tentang makanan dan minuman.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

4. Mengawal kandungan gula dan memperbaiki peredaran darah

Sumber: https://www.thestrengthagenda.com

Menarik tentang manfaat air kelapa selain menyegarkan dan membantu melawan penyakit, ia juga dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan memperbaiki aliran darah.

Dengan mengandungi vitamin C, protin, magnesium dan kalium, ia menjadikan air kelapa tinggi antioksida di mana ia meningkatkan lagi paras kolestrol baik di dalam badan. Ia juga dapat mengawal tekanan darah di mana ia boleh menyebabkan ‘preclampsia’ pada ibu hamil.

Air kelapa juga dapat memngurangkan risiko serangan strok dan ‘hypertension’ pada ibu hamil.

5. Memastikan badan tegap dan mengawal lemak

Sumber: www.parenting.com

Memandangkan air kelapa tidak mempunyai kalori dan mampu mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan, ia adalah merupakan minuman yang terbaik. Malah ramai atlet  yang mengaku tentang kesegaran yang diberikan oleh air kelapa kepada mereka. Ini adalah kerana air kelapa tidak mempunyai kandungan gula yang banyak berbanding air isotonik pemberi tenaga dan juga air berkarbonat.

Ia juga bersifat mengawal pembentukan lemak dan juga mengawal kolestrol dan mengurangkan lebihan lemak di dalam badan. Dengan ini membuktikan bahawa air kelapa merupakan pengganti terbaik bagi minuman isotonik pemberi tenaga kepada ahli sukan.

Ibu hamil juga disarankan untuk mengambil air kelapa kerana ia menghidrat semula air di dalam badan. Jika anda mahu meneruskan rutin harian senaman, kami sarankan untuk anda membawa sebotol air kelapa untuk mengganikan air suam.

6. Mencegah dehidrasi dan keletihan

Sumber: www.womenshealth.gov

Kandungan plasma dan elektrolit di dalam air kelapa adalah sama dengan apa yang terkandung di dalam sel darah manusia. Adakah ia satu kebaikan? Ya, ini adalah kerana air kelapa merupakan penawar terbaik untuk mengubati dehidrasi yang disebabkan oleh cirit-birit, penyakit taun dan sakit perut.

Oleh yang demikian, ia adalah pembekal tenaga terutamanya bagi wanita hamil. Jika anda bercadang untuk meneruskan senaman hingga ke tarikh akhir sebelum bersalin, a adalah terbaik jika anda menyediakan minuman penambah elektrolit di dalam badan seperti air kelapa. Jika anda kerap merasa keletihan lebih dari semasa anda hami, tingkatkan pengambilan air kelapa untuk mengatasi maslah ini.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

7.Merawat pedih ulu hati dan sembelit

Sumber: www.doctorakil.com

Wanita hamil kebiasaannya akan berhadapan dengan beberapa masalah berkaitan dengan perut termasuklah sembelit dan pedih ulu hati. Mengamalkan minuman air kelapa dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Ia memperbaiki sistem penghadaman, menghalang sembelit dan pedih ulu hati.

Ini adalah kerana air kelapa  membantu mengawal tahap pH di dalam badan. Ini dapat membantu menhalang pembentukan asid dan memperbaiki metabolisma badan. Ia juga dapat merawat rasa loya dan ketidakselesaan.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

8. Mempercepatkan perkembangan janin

Sumber: www.parents.com

Mungkin pada masa ini anda merasa minuman air kelapa seperti minuman ajaib bukan? Tunggu, kerana ada lagi manfaatnya. Air kelapa juga dipercayai dapat mempercepatkan perkembangan janin. Ya, betul!

Air kelapa muda membekalkan nutrien yabg diperlukan oleh kepada ibu hamil supaya ibu hamil dapat kekal bertenaga dan bebas jangkitan. Ini sekaligus dapat menjamin perkembangan janin yang sihat.

Oleh kerana air kelapa dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan mengawal tekanan darah pada ibu hamil, ini memberi kesan positif kepada perkembangan bayi dan membentuk janin yang sihat dan perkembangan yang seimbang.

9. Diuretik semulajadi

Sumber: www.makeup.beauty.com

Di antara manfaat air kelapa yang kurang diketahui ialah air kelapa merupakan diuretik (pengeluaran urin) semulajadi. Ini bermaksud air kelapa dapat mengawal tahap asid urik di dalam badan seseorang. Terutamanya pada ibu hamil.

Dengan dapat mengawal asid urik dalam sesuatu tahap yang sesuai, ia dapat meningkatkan pengeluaran pengaliran urin di mana ia dapat membantu salur kencing kekal bersih dan terhindar daripada jangkitan.

Dengan ini, ia sekaligus dapat membuat  ibu hamil terhindar darpada terkena Jangkitan Salur Kencing dan juga kegatalan. Minuman yang menyegarkan ini dapat membantu kesihatan buah pinggang dengan baik dan membantu mengelak dari terjadinya sakit buah pinggang dan jangkitan hati.

Jadi jika anda hanya merasakan amnfaat air kelapa sekadar menyegarkan, fikir sekali lagi. Air kelapa merupakan minuman terbaik bagi wanita hamil dan tumbesaran anak. Jadi tunggu apa lagi? Ambil segelas air kelapa dan jadikan amalan.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Artikel ini dipertik daripada The Asian Parent.