Ibu, Bayi & Kanak Kanak

5 Perubahan Yang Akan Terjadi kepada Miss V Selepas Bersalin

Miss V-Selepas-Bersalin

credit: Healthline

Untuk para wanita dekat luar sana tu memang akan tertanya-tanya dan risau apa yang akan jadi dekat faraj atau miss V anda selepas bersalin kan?

Bagi pasangan berkahwin, Miss V adalah aset yang sangat penting untuk suami. Tetapi suami kena faham yang proses melahirkan anak ni memerlukan pengorbanan. Badan isteri anda takkan jadi macam dulu, semua akan berubah. Termasuklah Miss V ni. Jangan nak buat-buat terkejut la.

Selepas bersalin secara semulajadi, para ibu akan berasa sakit dan tidak selesa di sekeliling Miss V kerana bahagian tersebut diregangkan dan cedera semasa bersalin.

5 Perubahan Yang akan Terjadi kepada miss V anda.

1. Perubahan Warna

Miss V anak dara mestilah berbeza dengan Miss V wanita yang dah bersalin. Selepas bersalin, bahagian vulva dan labia akan berubah kehitaman.

Highlighted

credit: Giphy

2. Lebih Lebar dan Longgar

Untuk para suami, tak perlu nak rasa pelik dan pertikaikan kenapa faraj isteri anda tak macam mula-mula kahwin dulu, sebab dia dah melahirkan anak. Proses bersalin ni boleh diibaratkan macam patah 20 tulang serentak kalau para suami nak tahu.

Jadi bila dah keluarkan bayi, mestilah otot-otot di bahagian tu akan jadi longgar dan mengembang. Tapi jangan risau sebab Miss V anda akan kembali pulih macam dulu selepas setahun dan jika anda buat senaman Kegel.

3. Terasa Ngilu

Semasa bersama, ramai wanita akan terasa ngilu dekat bahagian tu. Ini benda biasa. Anda akan berasa ngilu sebab kesan luka episiotomi iaitu potongan yang dilakukan di kawasan perinium untuk bukaan lebih luas dan memudahkan bayi untuk keluar. Ini sebab pantang tu perlu untuk menyembuhkan dan elakkan dari berasa ngilu semasa bersama suami.

Ditambah dengan faraj yang kering, sakit menjadi berganda. Saranan termasuk penggunaan pelincir dan berehat dari melakukan hubungan seks untuk sementara waktu atau sehingga anda benar-benar sudah bersedia.

4. Terkencing Semasa Batuk

Anda juga mungkin sukar mengawal air kencing disebabkan pangkal pundi kencing yang lebam dan luka semasa bersalin. Jangan risau kerana selalunya ia akan beransur pulih selepas 2 hingga 3 minggu tetapi anda boleh mempercepatkan proses pemulihan dengan mengamalkan senaman Kegel setiap hari.

5. Kekeringan Faraj

Ini terjadi kerana tahap oestrogen yang rendah dan menyebabkan kesakitan semasa bersama. Jika anda mempunyai sebarang masalah, seperti atau ketidakselesaan semasa hubungan seks, janganlah menderita dalam diam. Minta nasihat dari doktor anda.

credit: CGTN Africa

Kalau badan anda lambat nak turun berat lepas bersalin, lepas tu Miss V anda rasa sakit dan tak selesa janganlah rasa “down” sangat sebab memang normal. Tunggu habis pantang pastu exercise sikit-sikit insyaAllah boleh kembali ke bentuk asal.

Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!