Ibu, Bayi & Kanak Kanak

8 Posisi Untuk Memegang Bayi

feeding

8 Posisi Selamat dan Kemas Untuk Memegang Bayi

Ingat pertama kali kamu memegang bayi anda. Saat dimana jururawat memberi bayi tersebut ke dakapan anda, anda pastinya menggeletar, jantung anda berhenti untuk berdegup, dan airmata pasti mengalir. Ia adalah satu magik.

Walaubagaimanapun, memegang bayi bukanlah mudah. Ianya adalah perasaan semulajadi untuk berasa gementar, dan berasa takut apabila si comel anda mungkin terlepas dari pegangan anda. Sementara perasaan tersebut boleh difahami, anda boleh cuba lakukan posisi ini untuk pegangan yang selamat dan selesa.

Kami membantu anda dengan posisi yang berlainan untuk memegang bayi nda.

Siap sedia dengan tugas anda.

Persediaan Memegang Bayi Anda:

  1. Tangan Yang Bersih: Basuh tangan anda sebelum memegang bayi. System imunisasinya masih belum kuat, dan tangan yang kotor boleh memberi jangkitan. Gunakan sabun dan air suam untuk membasuh tangan anda. Dan simpan sanitizer di rumah supaya pelawat boleh memakainya semasa melawat bayi.
  2. Selesakan Diri Anda: Ia bukan hanya keselesaan fizikal tetapi perlukan keyakian daripada pegangan anda. Anda mungkin akan berasa takut untuk pertama kali tetapi ia akan biasa buat lama kelamaan.
  3. Sokongan:. Bayi mempunyai kawalan otot leher yang lemah. Anda perlu menyokong kepala dan lehernya. Pastikan anda tidak menekan bahagian lembut dikepalanya (fontanelles). Sokongan menjadi kuat apabila bayi anda mencapai 3 bulan dan dia akan menghasilkan kawalan yang bagus di kepala dan otot lehernya.

Bagaimana Ingin Mengangkat Bayi?

Untuk memegang bayi, and perlu mengangkatnya dulu. Letakkan satu tangan dikepala dan sebelah lagi di bahagian bawahnya. Angkat bayi hingga ke bahagian dada anda. Anda boleh memegang bayi dengan posisi ini selama mana anda selesa dengan posisi tersebut.

Bayi anda mungkin suka dipegang dengan beberapa posisi ini.

Memilih Posisi Pegangannya:

Anda boleh cuba memegang dengan posisi yang berlainan yang sesuai dengannya.

 1. Pegangan Bahu:

Highlighted


Pegangan ini adalah paling neutral untuk bayi anda. Anda perlu lakukan ini:

  • Dengan badan bayi selaras dengan anda, angkat badannya bersamaan dengan ketinggian bahu anda.
  • Rehatkan kepalanya pada bayu anda supaya dia boleh melihat dibelakang anda.
  • Sokong kepala dan lehernya menggunakan satu tangan, dan sebelahnya lagi di bahagian bawah badannya.

Posisi ini membolehkan bayi anda mendengar degupan anda.

2. Buaian:

Pegangan ini ringkas dan pneutral. Anda boleh lakukannya untuk menidurkan bayi:

  • Badan bayi selaras dengan dada anda, letakkan tanggan anda di bahagian bawahnya dan sokong kepala dan leher menggunakan tangan yang sama.
  • Letakkan kepala bayi anda di pertengahan siku anda.
  • Alihkan tangan anda dari leher ke punggungnya.
  • Dekatkan bayi dengan anda, dan dodoikannya.

3. Pegangan Perut:

Bayi anda pasti menyukai pegangan ini. Cara bagaimana memegangnya:

  • Baringkan bayi anda dengan perutnya menghadap lengan anda dan kepalanya di siku.
  • Biarkan kakinya di bahagian sebelah tangan anda, dekat dengan lantai.
  • Sebelah tangan lagi menyilang di belakang bayi untuk membuatnya berasa selamat.
  • Posisi ini boleh membantu semasa menyendawakannya. Gosok belakangnya dengan perlahan untuk membuang gas tersebut.

4. Pegangan Di Pinggul:

Anda boleh memegang pinggul bayi anda apabila dia mampu mengawal kepala dan lehernya. Cuba posisi ini apabila umurnya mencecah 3 bulan. Anda boleh lakukan ini:

  • Hadapkan bayi anda kedepan dan buatkan dia duduk di tulang pinggul anda.
  • Peluknya menggunakan lengan anda di sekitar pinggangnya.
  • Bayi anda boleh melihat barang disekitarnya dengan selesa.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

5.    Pegangan Menghadap:

Pegangan ini membuatkan anda berinteraksi dengan bayi anda.

  • Sokong kepala dan lehernya dengan menggunakan satu tangan.
  • Sokong sehingga pinggulnya dengan tangan lain.
  • Pegang bayi anda di paras bawah dada menghadap anda.
  • Nikmati senyumannya dan berinteraksi dengannya.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

6. Pegangan Kerusi:

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Mempunyai bayi yang bijak? Pegangan ini akan membuatkannya melihat apa yang disekelilingnya. Dia akan duduk di tangan anda seperti dia duduk di kerusi.

  • Biarkan bayi anda menyandar di dada anda supaya kepala mempunyai sokongan yang kuat.
  • Letakkan satu tangan di dadanya untuk mengelakkan daripada jatuh.
  • Sebelah tangan lagi di bahagian bawahnya.
  • Berikan sokongan yang terbaik.

Jika anda ingin lakukan pegangan ini semasa duduk, tidak perlu menyokong bahagian bawahnya. Posisi ini tidak disyorkan pada bayi berumur bawah 3 bulan.

7. Pegangan Bola:

Pegangan ini sesuai semasa menyusu bayi anda, dan anda boleh gunakannya semasa berdiri atau duduk.

  • Sokong leher dan kepala bayi anda dengan tangan anda, dan belakangnya dengan lengan anda.
  • Selesakan kepala dan lehernya menggunakan sebelah tangan lagi.
  • Buatkan bayi anda berpaling pada badan anda, dengan kakinya di belakang.
  • Letakkan bayi anda dekat dengan dada anda.
  • Sokong kepalanya menggunakan tangan yang tidak digunakan atau untuk menyususkan bayinya.

8. Pegangan Pangku:

Pegangan ini juga boleh digunakan semasa menyusu, dan boleh digunakan semasa posisi duduk.

  • Letakkan kaki anda dengan selesa semasa duduk, dan pegang bayi di pangkuan anda.
  • Kepala bayi anda harus dekat dengan lutut anda
  • Letakkan kedua tangan anda untuk sokongan kepala, dan lengan anda sekitar badannya.
  • Kakinya berada di bahagian pinggan anda.

Bagaimana Memegang Bayi Semasa Menyusu?

Apabila menyusu bayi, pastikan kepalanya tinggi dari paha atau( pegangan bola atau pegangan pangku yang telah disebutkan). Selepas menyusu, pastikan  dia duduk tegak atau tepuk badannya sehingga kenyang. Jangan menggeletek atau bermain dengannya selepas menyusu. Ia akan membuatkan bayi anda muntah.

Tips Memegang Bayi Dengan Betul:

Ambil perhatian pada mood bayi anda semasa mendukungnya. Jika dia menangis atau tidak selesa dengan kedudukannya, ubah posisi untuk membuatnya selesa. Tips ini akan membantu anda mengelakkan ketidakselesaan bayi anda:

  1. Kepala bayi haru selalu bebas supaya dia boleh berpusing untuk bernafas.
  2. Pastikan anda membuat sentuhan dengannya. Ia akan membuatkannya selesa.
  3. Jika anda gementar mendukungnya, anda boleh cuba posisi duduk. Posisi ini sesuai jika anda tidak mempunyai kekuatan untuk mendukungnya.
  4. Jangan mendukung bayi semasa memasak atau memegang sesuatu yang panas. Juga elakkan memegang pisau atau bahan api kerana ia boleh membawa kepada kemalangan.
  5. Jika anda mendukung bayi anda untuk masa yang lama, cuba letakkan bantal bayi padanya. Ia membantu semasa menyusu.
  6. Jangan menunjukkan padanya emosi negative anda seperti kekecewaan kerana apabila anda memegangnya anda mungkin menakutkannya.
  7. Jika anda ingin mengejutnya dari tidur, pegang dadanya atau geletek kakinya perlahan.
  8. Gunakan kedua tangan semasa mendukung bayi semasa menaiki tangga untuk keselematan.

Pastikan tips ini sentiasa di ingatan anda dan anda akan memegangnya tanpa sebarang kerisauan. Ia amat menakutkan pada permulaan, tetapi jika dilatih anda akan pandai mendukungnya.

Bagaimana Mendukung Bayi Untuk Berhenti Menangis?

Teknik ini dikenali sebagai “The Hold”, didemonstrasi oleh Dr. Robert Hamilton, pelatih di Pacific Ocean Pediatrics di California. Dia menunjukkan demo dengan 4 langkah.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

  • Angkat bayi yang sedang menangis dan letakkan tangannya di dadanya.
  • Pegang tangannya untuk keselesaannya. Ia juga menyokong dagunya.
  • Sokong belakangnya dengan tangan anda. Gunakan tapak tangan anda untuk keselesaannya.
  • Dukung bayi anda pada sudut 45-degree dan gerakkannya perlahan. Anda boleh mengerakkannya keatas dan kebawah tetapi elakkan pergerakan yang menjengkelkannya.

Teknik ini sesuai untuk bayi 3 bulan kebawah. Selepas itu, berat mereka tidak boleh menampung posisi ini. Terdapat video cara demonstrasi untuk posisi tersebut.

Bagaimana Ingin Memegang Bayi Semasa Mandi?

Masa mandi adalah masa yang menyeronokkan buat bayi. Terdapat cara-cara untuk memegang bayi semasa mandi untuk mengelak kemalangan seperti lemas.

  • Semasa anda merendamnya di bathtub anda, pegang bayi anda menggunakan sebelah tangan di bawahnya.
  • Gunakan tangan sebelah lagi untuk menyokong belakang dan bahunya.
  • Apabila dia sudah selesai mandi, anda boleh menggunakan tangan yang menyokong bahagian bawah untuk membasuh badannya.
  • Dengan tangan yang sebelah lagi, pegangnya dengan kemas dan pastikan kepalanya melepasi paras air.

Anda boleh menggunakan alat sokongan. Buai mandian juga digunakan untuk menyokong semasa mandian. Jika bayi anda sudah boleh duduk, and boleh gunakan kerusi.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Memegang bayi anda menggunakan tangan anda membantu merapatkan hubungan. Ia memberi ketenangan yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata. Untuk meniikmati ketenangan ini, anda perlu mengetahui teknik untuk memegangnya.

Artikel ini dipetik dari 8SafeAndaGentlePosition