Ibu, Bayi & Kanak Kanak

9 Tips Efektif Untuk Mengurangkan Kekejangan Selepas Bersalin

ibu bapa dan anak anak

9 Tips Efektif Untuk Mngurangkan Kekejangan Selepas Bersalin

Adakah anda memfokuskan kekejangan akibat kelahiran daripada menyambut kelahiran anak anda? Adakah anda lebih menahan sakit daripada berseronok dengan tugas keibuaan?

Kekejangan atau kesakitan selepas bersalin adalah kesan sampingan proses pengecutan di uterus untuk kembali normal. Semua ibu merasainya. Ketahui lebih lanjut tentang kekejangan ini, mengapa ia terjadi dan bagaimana untuk tanganinya.

Kekejangan di kaki:

Kekejangan pada kaki adalah biasa di kalangan ibu-ibu baru.

  • Otot di kaki letih akibat membawa berat yang lebih untuk 9 bulan. Anda perlu dapatkan rehat yang cukup.
  • Kekurangan potassium boleh menyebabkan kekejangan.
  • Apabila menyusu, anda akan kehilangan elektrolit yang menyebabkan kekejangan.

 

Kekejangan di Perut:

Badan wanita mengalami perubahan semasa hamil. Perubahan juga berlaku selepas bersalin kerana badan ingin berubah ke bentuk asal. Kekejangan di perut adalah kesan sampingan selepas bersalin. Ia kerana pendarahan yang teruk pada bahagian vagina dan pengecutan uterus selepas bersalin.

Kesakitan Disebabkan Lochia:

Pengecutan uterus membuang tisu dan darah selepas bersalin. Baca senarai dibawah:

  • Lochia atau pengaliran vagina berterusan selama 2-6 minggu selepas bersalin.
  • Anda mungkin mengalamipendarahan teruk pada hari-hari pertama, dan warna darah tersebut mungkin kelihatan pekat.
  • Darah beku akan terjadi. Ia akan berbentuk tangerine. Ia adalah normal dan anda tidak perlu risaukannya.
  • Pendarahan akan berkurangan selepas beberapa minggu. Darah juga akan bertukar warn dari pekat kepada kekuningan dan lebih cair.
  • Anda mungkin akan berbau tetapi ia bukan untuk jangka masa yang lama.
  • Anda akan mula mengeluarkan darah dan darah beku. Anda perlu rehat yang cukup dan ambil mudah untuk perkara ini.
  • Pastikan anda berbincang dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.

Kesakitan akibat pengecutan:

Kekejangan diperut biasanya selepas 2 hari selepas bersalin. Kesakitan tersebut berkurang bermula hari ketiga kerasa saiz rahim anda mula kembali normal. Jika anda baru pertama kali bersalin, otot uterine adalah sangat baik. Ia membantu rahim anda mengecut dengan baik. Oleh itu, kesakitan selepas bersalin tidak bertahan lama. Ia hanyalah sementara. Kekejangan berlaku beberapa selepas kelahiran kedua dan teruk selepas kehamilan seterusnya.

Terdapat beberapa perubahan rahim yang anda akan alami:

  • Apabila kesakitan dirasai di sekitar pusat, ia mungkin tengah menengang.
  • Pendarahan mengalir di uterine pada sudut plasenta ke dinding rahim.
  • Rahim mengecut untuk memastikan tiada darah beku dan pendarahan. Pengecutan ini membantu mengurangkan kehilangan darah.
  • Rahim akan terus berterusan berkurang dari segi saiz dan kembali normal selepas 6 minggu selepas bersalin.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Apa yang perlu dilakukan ketika kekejangan:

Senarai tips yang membantu kekejangan anda:

  1. Anda boleh kerap membuang air kecil jika anda tidak tergesa. Pundi kencing yang penuh menyukarkan pengecutan pada rahim.

2.. Anda boleh baring menghadap bantal pada perut anda.

  1. Anda boleh berbincang dengan doktor dan mengambil ibuprofen, ubat tahan sakit.
  2. Boleh meningkatkan pengambilan oren dn jus oren. Ianya kaya dengan potassium dan boleh mengurangkan kekejangan kerana kekurangan mineral.
  3. Pad panas-sejuk boleh membantu mengurangkan kekejangan. Anda boleh meletakkan pad panas selepas meletakkan pad sejuk di tempat yang sakit.
  4. Boleh mengambil tea yang dicampur halia. Ia berkesan kerana ianya minuman anti-radang.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Anda boleh meminta pasangan anda mengurut dibahagian perut selepas bersalin. Anda boleh meminta mereka mengurut di sekitar pusat dan bergerak dalam gerakan bulat. Ia akan menyebabkan pengecutan dan rahim anda menjadi tegang.

  1. Jika anda sedang menyusu, badan anda akan mengeluarkan hormon yang menyebabkan rahim anda mengecut dan mengurangkan kehilangan darah.
  2. Meditasi membantu anda mengecutkan rahim dan mengelakkan anda dari terkena kekejangan. Berlatihlah selepas beberapa hari selepas bersalin.

Jika kesakitan anda berterusan dan semakin teruk, anda mesti beritahu doktor. Doktor akan memeriksa jika terdapat apa-apa masalah kesihatan lain.

Perlu diingatkan bahawa anda perlu menjaga badan anda dengan baik. Berikan masa untuk diri sendiri membantu badan anda pulih selepas bersalin. Bagaimanapun, anda boleh membuat aktiviti lain yang tidak menghalang proses semulajadi dari berlaku.

Artikel ini dipetik dari 9EffectiveTips