Ibu, Bayi & Kanak Kanak

AskMeDoctor! Musim ke-7: Memasuki Alam 30’an: Adakah Anda Bakal Menghadapi Sarcopenia?

AskMeDoctor! MARIGOLD HL SuperMilk Motherhood.com.my Sarcopenia

Tahukah Mommy bahawa 1 daripada 3 rakyat Malaysia mengalami Sarcopenia? Namun, ini juga mungkin pertama kali Mommy ‘dengar’ mengenai Sarcopenia bukan?

Jangan risau. Dalam episod terbaharu AskMeDoctor! kali ini, Motherhood.com.my akan membimbing anda untuk memahami Sarcopenia dengan lebih mendalam bersama Assoc. Prof. Dr. Nor Izzati Saedon, seorang pakar geriatrik dari UM Specialist Centre.

S1: Apakah sebenarnya Sarcopenia?

Sarcopenia adalah kehilangan jisim otot dan kekuatan yang berkaitan dengan usia. Seiring usia kita meningkat, otot kita secara semula jadi mula mengecil, dan ini boleh mengakibatkan penurunan fungsi fizikal.

Ini menjadikan tugas harian seperti menaiki tangga, mengangkat barang runcit, buka penutup balang, atau bahkan bangun dari kerusi lebih mencabar.

Highlighted


Seiring usia, Sarcopenia boleh memberi kesan besar terhadap kualiti hidup kita. Ia bukan hanya tentang kehilangan otot; ia juga mengenai akibatnya.

Kita bercakap tentang peningkatan kerapuhan, risiko jatuh, patah tulang, dan bahkan kehilangan kebebasan. Dalam kes yang lebih teruk, seseorang mungkin memerlukan penjagaan jangka panjang kerana tidak lagi dapat melakukan tugas asas secara sendiri.

S2: Adakah seseorang individu mungkin mula mengalami Sarcopenia seawal usia 30-an?

Selepas usia 30 tahun, kita mula kehilangan jisim otot secara semula jadi, tetapi kadar kehilangan boleh berbeza bergantung kepada beberapa faktor.

Perubahan hormon, terutama penurunan estrogen dan testosteron, memainkan peranan besar. Tetapi gaya hidup yang tidak aktif, seperti duduk untuk tempoh yang lama, tidak melakukan aktiviti fizikal secara berkala, boleh mempercepatkan kehilangan otot.

Itulah sebabnya penting untuk mula memberi perhatian kepada kesihatan otot anda sejak awal, tanpa mengira jantina.

S3: Bagaimana Sarcopenia berkait rapat dengan kesihatan tulang?

Sarcopenia dan osteoporosis sering berlaku bersama. Apabila anda kehilangan jisim otot, tulang anda kehilangan sokongan yang diperlukan untuk kekal kuat. Ini menjadikannya lebih rapuh dan meningkatkan risiko patah tulang.

Otot yang lemah bermakna kurang kestabilan, yang boleh menyebabkan lebih banyak jatuh, satu lagi risiko besar seiring usia. Secara keseluruhannya, Sarcopenia boleh mengurangkan mobiliti dan kebebasan anda, menjadikannya faktor utama dalam kerapuhan.

S4: Apakah cara untuk kita mengesan Sarcopenia dengan lebih awal?

Terdapat beberapa tanda awal dan ia termasuklah badan rasa lebih lemah, menghadapi masalah mengangkat barang yang dahulu mudah, atau menyedari keseimbangan anda tidak seperti sebelumnya. 

Jika anda mengalami gejala-gejala ini, adalah baik untuk anda berbincang dengan pakar kesihatan. Mereka boleh menilai jisim otot dan kekuatan anda untuk melihat jika anda berisiko.

S5: Bagaimana kita boleh mencegah badan kita daripada Sarcopenia?

Diet yang kaya dengan protein berkualiti tinggi boleh membantu melambatkan kehilangan otot. Dan salah satu cara paling mudah untuk mendapatkan protein itu adalah melalui susu diperkaya.

Susu juga kaya dengan kalsium dan vitamin D, yang penting untuk kesihatan tulang. Susu adalah sumber protein yang hebat, tetapi susu yang diperkaya atau ‘fortified milk’ mengandungi nutrien yang lebih bagus!

Susu biasa mungkin tidak mempunyai nutrien yang mencukupi, terutamanya protein dan kalsium, untuk memastikan otot anda kuat. Jadi, mengambil susu diperkaya dalam rutin harian anda adalah cara yang mudah tetapi berkesan untuk melawan Sarcopenia.

S7: Jadi, sesuatu yang mudah seperti mengambil segelas susu diperkaya semasa sarapan boleh membantu?

Betul. Ia adalah perubahan kecil yang boleh memberi impak besar dari masa ke masa.

Bersama dengan makanan kaya protein lain seperti daging tanpa lemak, ikan, kekacang dan tofu, susu diperkaya menyediakan nutrien yang diperlukan oleh otot dan tulang anda untuk kekal kuat.

S8: Tips dan nasihat untuk para ibu mengenai Sarcopenia.

Sarcopenia bukanlah sebahagian daripada proses penuaan yang tidak dapat dielakkan.

Dengan pendekatan yang betul, bermula dengan latihan kekuatan dan diet kaya protein, anda boleh mengekalkan jisim otot dan menikmati kehidupan yang lebih sihat dan aktif seiring usia anda. Tidak pernah terlalu awal untuk mula menjaga otot anda!

Mulakan Hari Ini! Cegah Kehilangan Otot dengan Marigold HL SuperMilk®

Kredit gambar: marigold.com.my/hl-low-fat-milk/

Sarcopenia, atau kehilangan otot, adalah keadaan di mana anda kehilangan jisim otot secara beransur-ansur disebabkan kekurangan penggunaan dan pemakanan yang tidak sihat.

Untuk pengetahuan Mama, jisim otot kita berkurangan sebanyak 3-8% setiap dekad selepas usia 30. Untuk mengelakkan daripada tubuh badan kita mengalami masalah ini, Mommy boleh mengamalkan susu MARIGOLD HL SuperMilk®. 

MARIGOLD HL SuperMilk® diperkaya dengan 31% lebih protein, 38% lebih kalsium dan mengandungi 9 jenis vitamin penting berbanding susu biasa, menjadikannya pilihan yang hebat untuk membantu melawan kehilangan otot.

Ia sama berkesan seperti susu diperkaya dalam bentuk serbuk tetapi pada harga yang lebih mampu milik, lebih mudah, dan lazat untuk menyokong kesihatan otot Mommy. 

Dapatkan MARIGOLD HL SuperMilk® di pasaraya berdekatan hari ini! 

Ikuti pelbagai episod AskMeDoctor! terkini di Story Motherhood.com.my hari ini.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai info menarik untuk kesihatan anda di SINI.