Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Adakah Strawberi dan Blueberi Baik untuk Bayi?

Strawberries in a bowl

Apabila bayi anda berusia sekurang-kurangnya 6 bulan dan sudah bersedia untuk makan makanan pejal, bayi boleh makan kebanyakan makanan, termasuklah strawberri dan blueberi, asalkan berri ini segar. Bayi kecil perlukan buahnya di puree, bayi yang berusia 8 bulan boleh makan buah yang dipotong kecil.

Nutrisi

½ cawan hidangan potongan strawberi memberi 48 milligram vitamin C, atau 98 peratus pengambilan mencukupi (AI) untuk bayi berusia antara  6 ke 12 bulan; 20 microgram folat, atau 25 peratus AI; 11 milligram magnesium, atau 15 peratus AI; 0.04 milligram vitamin B-6, atau 13 peratus AI; 0.02 milligram riboflavin, atau 5 peratus AI; dan 0.3 milligram zat besi, atau 3 peratus elaun diet yang disyorkan. Saiz hidangan yang sama untuk blueberi memberi 7 milligram vitamin C, atau 14 peratus AI; 0.03 milligram thiamine, atau 9 peratus AI; dan 0.03 milligram riboflavin, atau 7.5 peratus AI. Setiap hidangan berri memberi 2 gram serat diet.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Penggunaan yang Disyorkan

Bayi berusia di antara 6 ke 12 bulan patut makan ¼ cawan ke ½ cawan buah setiap hari. Menggalakkan si kecil anda untuk menyukai buah boleh memberi manfaat kepada kesihatan mereka. Dengan memakan jumlah buah dan sayuran yang disyorkan membantu untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung. Jangan biarkan si kecil anda makan lebih daripada jumlah buah yang disyorkan, kerana ia mungkin menggantikan makanan nutrisi lain seperti sayuran, makanan tenusu dan makanan yang kaya dengan protein.

Isu-Isu yang Berpotensi

Berri bukanlah makanan yang selalunya memberi alahan, namun tidak mustahil untuk bayi anda mendapat alahan daripada berri. Tunggu selama 3 hari selepas memperkenalkan strawberri dan blueberri kepada si kecil anda, untuk memastikan si kecil anda tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda alahan, seperti ruam dan pembengkakan. Jika sejarah keluarga anda mempunyai alahan, doktor bayi anda mungkin akan mengesyorkan untuk anda perkenalkan strawberi kepada si kecil anda semasa dia berumur 1 tahun. Blueberi dan strawberi adalah antara buah yang mengandungi sisa racun perosak yang banyak, jadi berri organik adalah pilihan yang paling bijak untuk mengelakkan anak anda daripada terdedah kepada sisa ini.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Pertimbangan

Bayi berusia kurang daripada 1 tahun masuh perlu mendapatkan bahagian nutrisi daripada susu ibu atau susu formula. Mereka patut makan pelbagai jenis makanan, walaupun strawberi dan blueberi baik untuk mereka, mereka tidak patut hanya makan buah ini.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Artikel ini dipetik daripada Healthy Eating.