Semasa hamil salah satu prosedur atau ujian yang wajib dilalui dan antara perkara yang tidak disukai ialah perlu minum air gula ibu mengandung. Terdapat pelbagai perkara yang perlu wanita hamil lalui yang menjadikan kehamilan adalah satu fasa di mana kekuatan mental dan fizikal diperlukan oleh setiap wanita.
Bukan sahaja perlu melalui pelbagai prosedur atau ujian perubatan bagi memastikan bayi yang dikandung membesar dengan baik tetapi turut berlaku perubahan dari segi mental dan fizikal yang kadang-kala membuat wanita hamil menjadi hilang keyakinan diri.
Prosedur-prosedur perubatan yang perlu dilalui juga kadang-kala memenatkan tetapi tetap juga gagahi seperti minum air gula demi si kecil yang dikandung.
Tetapi apa sebenarnya air gula ni? Dan kenapa ibu mengandung perlu minum air gula?
Ketahui dengan lebih lanjut melalui perkongsian di bawah, jom lihat!
Apakah Itu Air Gula Ibu Mengandung
Prosedur atau ujian air gula untuk ibu mengandung ini dari segi perubatannya dikenali sebagai Modified
Glucose Tolerance Test (MGTT). Ramai yang tertanya-tanya bahkan terdapat ibu mengandung sendiri pun masih belum tahu mengapa perlunya ujian ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan setiap ibu mengandung wajib melalui ujian ini bagi mengesan samada ibu tersebut mempunyai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau dalam bahasa mudahnya kencing manis yang hanya berlaku semasa hamil.
Bagaimana Dengan Minum Air Gula Semasa Mengandung Boleh Mengesan GDM?
Secara ringkasnya, jika seseorang itu mempunyai diabetes, insulin (insulin resistant) di dalam badan kurang dihasilkan. Apabila ini berlaku paras gula dalam darah tidak dapat dikawal. Oleh itu, MGTT ini dilakukan untuk melihat samada insulin dalam badan ibu mengandung berfungsi atau tidak.
Jika berfungsi dengan baik maka selepas 2 jam pengambilan air gula ini bacaan gula dalam darah akan masih berada dalam paras yang normal.
Adakah Semua Ibu Mengandung Wajib Melalui Ujian Ini Atau Golongan Tertentu Sahaja?
Terdapat beberapa golongan ibu mengandung yang diwajibkan untuk menjalani ujian ini. Antara golongan tersebut ialah seperti berikut.
- Obesiti (BMI melebihi 30)
- Berumur 25 tahun dan ke atas
- Sejarah penyakit kencing manis pada kehamilan yang lalu
- Terdapat ahli keluarga yang menghidap kencing manis
- Sejarah kehamilan bersaiz besar
Ibu-ibu yang tergolong dalam salah satu golongan ini diwajibkan untuk menjalani MGTT ini bagi mengelakkan komplikasi kepada anak dan ibu itu sendiri.
KKM telah mengeluarkan memo supaya ibu mengandung yang tergolong dalam golongan seperti di atas perlu menjalani ujian ini sebanyak 2 kali iaitu di awal kehamilan dan di sekitar umur kandungan 24 minggu sehingga 28 minggu.
Berikut adalah proses MGTT dilakukan.
- Sebelum menjalani ujian ini, ibu-ibu dikehendaki berpuasa semalaman (hanya air kosong sahaja dibenarkan minum).
- Pada keesokan paginya ujian darah akan dilakukan terlebih dahulu (fasting blood sugar) sebelum anda perlu menghabiskan segelas air gula pekat (dibancuh dengan campuran glukosa 75gm dan 250ml air) yang telah disediakan. Namun, harus diingat anda masih perlu berpuasa sehingga ujian darah kali kedua dibuat dan hanya air kosong dibenarkan minum.
- Ujian darah kali kedua dibuat selepas 2 jam ibu mengandung minum air gula tersebut.
- Keputusan biasanya akan diberitahu pada temujanji akan datang. Sekiranya bacaan untuk ujian kali pertama adalah normal, MGTT ini akan diulang pada usia kandungan 24 minggu hingga 28 minggu.
Tips Elakkan Muntah Semasa Minum Air Gula
Ramai ibu mengandung yang mengalami masalah muntah selepas minum air gula ini. Perlu diingat bahawa jika ibu muntah ibu perlu ulang semula MGTT ini.
Oleh itu, kami bawakan beberapa tips untuk ibu mengandung bagi mengelakkan dari muntah selepas minum air gula tersebut. Antara tips tersebut adalah seperti berikut.
- Minum air gula semasa masih suam
- Untuk elakkan rasa loya sebaiknya minum dengan cepat. Jika boleh sekali teguk.
- Tarik nafas, jika perlu picit hidung atau nafas dan terus minum dengan cepat
- Berkumur selepas minum untuk membersihkan mulut dari rasa gula
- Jika masih rasa ingin muntah, banyakkan berehat atau pun anda boleh tidur sebentar.
Walaupun MGTT ini tidak disukai oleh ramai ibu mengandung namun ujian ini sangat penting untuk tumbesaran bayi dan mengelakkan dari sebarang komplikasi. Memang diakui ujian ini menyesakkan dada setiap kali teringatkannya tetapi akan menjadi salah satu perkara yang akan diingati oleh ibu mengandung sepanjang pregnancy journey mereka.
Untuk ibu-ibu mengandung di luar sana just enjoy this moment!
Anda bakal bergelar ibu tidak lama lagi?
Sertai program “New Mom Program“ yang menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya ialah Welcome gift dan cabutan bertuah bulanan untuk 31 pemenang yang menawarkan hadiah seperti sebuah Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat dan 30 set bayi ekslusif untuk dimenangi.
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood sekarang!