Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Air Ketuban Pecah? Ini 4 Perkara Doktor Pakar Sarankan Mommy Take Note

Alamak! Air ketuban dah pecah? Nak buat apa ni?

Tarikh due dah nak dekat ni! Mommy dah bersedia ke jika air ketuban pecah awal dan nak rush ke hospital? Untuk penjelasan yang ringkas, air ketuban atau nama lainnya cecair amniotik adalah cecair mengelilingi janin yang membesar di dalam rahim Mommy dan melindungi bayi daripada kecederaan dan perubahan suhu. Ia juga memberi kebebasan kepada pergerakan si kecil dan warna air tersebut juga pelbagai mengikut keadaan bayi Mommy.

Pada minggu-minggu awal kehamilan, cecair amniotik kebanyakannya adalah air yang datang dari badan Mommy sendiri. Kira-kira 20 minggu kehamilan, air kencing bayi Mommy membentuk sebahagian besar cecair tersebut. Air ketuban juga mengandungi nutrien, hormon (bahan kimia yang terhasil oleh badan) dan antibodi (sel dalam badan yang melawan jangkitan).

Apa akan jadi jika air ketuban ‘pecah’ awal? Macam mana nak bezakan air ketuban dengan kencing?

Mujurlah ada penjelasan daripada Dr Izzat tentang air ketuban ni. Memang tak dijangka ia akan pecah, tetapi Mommy seharusnya bersedia untuk apa jua situasi. Jom kita baca dengan lebih lanjut~

Air Ketuban Pecah, What’s Next? 

Highlighted


Air ketuban boleh pecah bebila masa. Baby dalam rahim dikelilingi oleh air ketuban dalam sejenis kantung. Air ini berfungsi menyerap hentakan and keep your baby protected dan dalam masa yang sama membolehkan baby bergerak bebas – berenang ke sana ke mari.

Bila ada lubang pada kantung ni – air ketuban boleh bocor. Kalau ada lubang kecil somewhere sepanjang kantung tu, air akan turun sedikit demi sedikit. This fluid will trickle down – mak-mak akan rasa macam…

Ehhh napa basah je seluar dalam ni? Eh, aku terkencing ke?

Remember, this fluid adalah jernih dan takda bau, so boleh bezakan dengan air kencing.

Bila lubang terjadi kat bahagian depan baby (kepala) – air ketuban boleh turun laju seolah-olah macam hujan lebat. The typical description is gush of warm fluid till wet your sarong/kain/panties. 

Keadaan ni a bit dramatic dan biasa nampak kat TV/drama. Small pocket of water yang terkumpul di kepala baby, so bila bocor, pressure dari kepala baby and sometimes pressure from uterine contraction boleh menolak more air ketuban keluar dan banjir laaa lantai dengan air ketuban.

Kekadang ada bunyi ‘pop’ followed by trickle of water, then tetiba air mengalir deras sehingga wet your panties/underwear.

So pesanan saya, bila pecah air ketuban;

  1. Tengok pukul berapa leaking – inform this time to your Dr
  2. Evaluate the colour – normal air ketuban colour jernih dan kekadang campur darah sikit memberikan colour pink (this is true once a woman in labour). Also note if colour air ketuban colour hijau atau brown – this one indicate baby dah berak kat dalam
  3. Pakai pad – monitor your leaking and colour. Kat pad juga boleh tengok colour air tu
  4. See your Dr. Jangan tanya saya kat fb/instagram/twitter nak buat apa

Some babies prefer nak keluar sejurus sahaja air ketuban pecah. Some not. So bila dah lebih 24 jam baby tak keluar lagi in a term pregnancy- Dr akan advice untuk induce untuk reduce risk of infection.

Sometimes Dr pecahkan air ketuban (Artificially rupture of membrane) as part of induction process ataupun untuk percepatkan proses bersalin.

Lepas ni, Mommy jangan kalut ya! Pastikan Mommy boleh pantau terlebih dahulu warna air ketuban dan juga dapatkan nasihat doktor segera tau!

Jangan lengahkan masa dan juga jangan panik ya. Semoga bermanfaat untuk Mommy.

Kredit: Dr Muhammad Izzat 


Dapatkan info kesihatan Mommy dan anak-anak lebih lanjut di SINI.