Anda pasti tertanya-tanya, berapa banyak air patut si kecil anda minum. Sampai sekarang, anda mungkin asyik terfikir jika si kecil anda minum susu yang mencukupi. Jika itu anda, jumlah lampin basah yang banyak adalah tanda yang sesuai.
BILA PATUT SAYA MULA BERIKAN BAYI SAYA AIR DAN MINUMAN LAIN?
Sebagai bayi yang baru lahir, bayi mendapat cecair yang mereka perlukan daripada susu ibu atau susu formula. Namun, selera mereka terhadap susu akan mula berkurangan setelah anda memperkenalkan makanan pejal kepada mereka.Pada tahap ini, anda mungkin patut pertimbangkan sumber hidrasi yang lain, terutamanya jika tahap aktiviti mereka meningkat.
Bayi anda tidak perlu minum minuman lain selain daripada susu ibu atau susu formula, sehingga mereka berusia 6 bulan.
Apabila mereka berusia 6 bulan, dan anda memperkenalkan makanan kepada mereka, anda boleh beri mereka sedikit air semasa makan. Mereka tidak perlukan jumlah air yang banyak, namun beberapa hirupan sudah mencukupi untuk membiasakan rasa air kepada mereka, dan juga mengajar mereka untuk minum daripada cawan. Jika mahu, anda boleh berikan jus buah (1 bahagian jus, 10 bahagian air) tetapi jauhi minuman berkarbonat dan minuman bergula.
Apabila mereka berumur 12 bulan, anda mungkin masih memberi susu badan, tetapi anda boleh perkenalkan susu lembu kepada si kecil anda.
APAKAH JENIS BOTOL YANG SESUAI DIGUNAKAN?Highlighted
Setiap bayi mempunyai kesukaan yang berlainan dan mereka akan kenal pasti yang mana yang mereka suka, dan yang mana yang mereka tidak suka. Namun, terdapat beberapa prinsip yang boleh membantu semasa memilih botol dan cawan untuk si kecil anda.
Untuk susu, botol bayi yang mempunyai tekstur puting yang menyerupai kelembutan payudara ibunya, adalah pilihan yang terbaik. Ini dapat membantu bayi anda beralih dari susu ibu kepada botol susu.
Apabila mereka sudah cukup usia untuk minum air dan cecair lain, selalunya dalam lingkungan 6 bulan, cuba gunakan cawan dengan pemegang (selalunya boleh dicabut) dan sama ada straw atau muncung yang lembut. Dengan menggunakan cawan yang muncungnya boleh dicabut, bayi anda boleh belajar minum daripada cawan biasa.
Apabila mereka berusia 12 bulan, ini adalah usia yang bagus untuk beralih daripada botol yang mempunyai puting kepada cawan biasa. Lambat laun, mereka pasti excited untuk minum daripada cawan biasa – penting untuk anda cari cara minum yang sesuai untuk anda dan si kecil anda.
Artikel dipetik daripada Tomme Tippee.
Gambar daripada Mouth Healthy dan Baby Center.