Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ini Sebab Doktor Sarankan Bancuh Susu Bayi Dengan Air Panas Yang Dimasak, Bukan Air Panas Dari Penapis Air

Kini, penapis air panas dan sejuk sudah menjadi keperluan di setiap rumah untuk kita memastikan mendapat bekalan air bersih.

Namun, tahukah anda bahawa air panas dari penapis tidak sesuai digunakan untuk membancuh susu bayi dan diberikan kepada bayi terutama kepada bayi yang prematur.

Doktor juga mengatakan bahawa air panas yang terbaik adalah air yang dimasak menggunakan cerek.

Terdapat satu perkongsian yang telah dibuat oleh seorang Doktor di satu platform media sosial miliknya, tentang faktor yang menyebabkan air penapis dan air mineral tidak sesuai untuk bayi.

Kenapa tidak boleh berikan air yang dah ditapis atau air mineral kepada bayi? Mari ikuti artikel ini Min akan kongsikan dengan lebih terperinci.

Apakah perbezaan air panas yang dimasak dan penapis air panas?

Highlighted


Air yang di masak sepenuhnya

  • Kuman mati
  • Bertindak sebagai air steril
  • Mengurangkan risiko bahan kimia tersumbat
  • Zat yang mencukupi

Penapis air panas 

  • Air panas tidak mendidih bermaksud bukan air steril
  • Meskipun ditapis, kuman atau bahan kimia dari saluran/sumber air masih ada

Oleh itu, Mommy harus lebih alert dan berhati-hati ketika membancuh air susu anak supaya dapat mengelakkan dari timbul segala permasalahan dan penyakit lain kepada si manja anda.

Digestive System Bayi Belum Matang 

Tahukah Mommy bahawa bayi punya digestive system masih belum matang seperti orang dewasa atau budak yang lebih tua.

Apabila air yang diberikan kepada bayi bukan air steril dan masih mempunyai kuman, ia akan menyebabkan bayi Mommy mengalami pelbagai tindak balas yang tidak baik.

Antara simptom-simptom yang bayi akan mengalami adalah seperti penyakit acute gastroenteritis (AGE):

  • Cirit birit
  • Muntah
  • Demam
  • Meragam
  • Tak boleh baring
  • Asyik nak kedepankan badan

Selain itu, apabila bayi kerap mengalami cirit dan muntah, ia akan menyebabkan pendarahan, dehidrasi, dan bayi Mommy akan nampak semakin lemah.

Ini terjadi disebabkan oleh gangguan flora dalam perut dan sebagainya yang juga boleh mengakibatkan jangkitan kuman berbahaya, kuman baik dalam perut berkurang, dan larutan garam yang tinggi.

Rawatan yang Diperlukan Oleh Bayi 

Setelah bayi dijangkiti, rawatan yang akan diberikan bergantung kepada keadaan si manja Mommy.

Jika bayi perlu mengambil ujian darah biasa, ia akan melihat kepada darah putih tinggi atau rendah, dan darah jangkitan kuman (CRP).

Kalau ia tidak menjurus kepada mana-mana, ia akan dinilai sebagai penyakit acute gastroenteritis (AGE). Tetapi jika menjurus kepada salah satu seperti di atas, kemungkinan adalah berpunca daripada bakteria.

Ubat yang akan diberikan adalah antibiotik, ubat demam, air garam atau probiotik.

Semua pesakit kanak kanak dikira sebagai pesakit yang berisiko tinggi! Jadi, Mommy Daddy sila dapatkan rawatan segera jika bayi anda mengalami masalah penghadaman yang berlarutan.

Tips Membancuh Susu Formula Dengan Betul 

Kredit gambar: kelabmama.com

Susu ibu sememangnya makanan terbaik untuk si kecil namun tidak semua wanita berpeluang untuk memberikan susu badan kepada bayi mereka.

Oleh itu, langkah lain adalah ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si manja dapat khasiat secukupnya untuk membesar dengan sihat.

Jangan gunakan air yang terlalu panas untuk bancuh susu bayi. Air panas dengan suhu lebih 70°C jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut.

Ini adalah langkah-langkah yang betul untuk bancuh susu anak agar si manja mendapat zat dan nutrisinya susu yang secukupnya:

  1. Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
  2. Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan: 4oz air masak, 1oz air panas untuk susu 5oz.
  3. Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
  4. Tutup botol dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
  5. Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam pastikan air sudah menjadi suhu yang suam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberikan ilmu yang baharu kepada Mommy Daddy.


Dapatkan lebih banyak artikel yang bermanfaat tentang penjagaan bayi di SINI.