Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Kebaikan Air Tebu Untuk Ibu Hamil – Lepas Ni Mommy Dah Boleh Minum Tanpa Rasa Ragu!

air tebu untuk ibu hamil, sugarcane for pregnant

Setiap kali hamil, Mommy pasti selalu dengar kan yang wanita hamil tidak dibenarkan minum air tebu kerana takut nanti keguguran. Tetapi benarkah dakwaan tersebut bahawa air tebu untuk ibu hamil boleh membawa kesan buruk ke atas janin? Atau ia hanya mitos dan kepercayaan orang-orang dahulu?

Jom ikuti perkongsian ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

Kebaikan Air Tebu Untuk Wanita Hamil

Highlighted


Air tebu merupakan cecair sirap manis yang diperoleh melalui tebu yang telah dikupas dan ditekan untuk mengeluarkan airnya. Rasanya akan lebih enak dan lazat jika dicampurkan dengan limau nipis.

Air tebu bukanlah gula tulen dan ia terdiri daripada kira-kira 70 hingga 75% air, dan kira-kira 10 hingga 15% serat, manakala 13 hingga 15% gula dalam bentuk sukrosa.

Malah, ia merupakan sumber utama kebanyakan gula meja di dunia serta merupakan sumber antioksidan dan nutrien lain,

Walaupun air tebu mempunyai khasiatnya tersendiri, masih lagi wujud persepsi negatif dan pelbagai dakwaan tanpa fakta yang menyatakan air tebu membahayakan wanita hamil dan kandungan.

Sebenarnya Mommy, air tebu adalah selamat diminum semasa anda hamil. Ia adalah disebabkan oleh indeks glisemiknya yang rendah dan tidak seperti jus lain, jus tebu bukanlah masalah besar semasa kehamilan.

Berikut merupakan antara kebaikan air tebu untuk ibu hamil iaitu:

#1. Air Tebu Untuk Ibu Hamil Mampu Melegakan Masalah Sembelit

Sewaktu kehamilan, Mommy pasti akan berdepan dengan masalah sukar untuk membuang air besar. Dengan pengambilan air tebu ini ia dapat membantu melegakan masalah sembelit serta pelbagai jangkitan lain dalam perut.

#2. Membantu Melawan Jangkitan

Air tebu yang mempunyai pelbagai nutrien penting serta mengandungi antioksidan juga berupaya untuk melawan jangkitan bakteria, kulat dan virus.

#3. Air Tebu Untuk Ibu Hamil Mampu Merawat Masalah Selesema dan Batuk

Ketika hamil, Mommy tidak dibenarkan mengambil apa-apa ubatan tanpa nasihat doktor. Salah satu alternatif untuk merawat masalah batuk dan selesema secara alami adalah dengan meminum air tebu. Ia dapat bertindak dan berfungsi untuk mengelakkan selesema dan batuk Mommy daripada berlarutan.

#4. Membantu Paras Bilirubin Kekal Seimbang

Mengekalkan jumlah tahap bilirubin sepanjang kehamilan merupakan sesuatu yang sangat penting dan bagi membantu mengekalkannya, Mommy boleh mengambil air tebu pada setiap hari.

#5. Membantu Meningkatkan Tahap Imuniti Badan

Ketika hamil, Mommy akan mengalami perubahan dalam bentuk fizikal serta hormon di dalam badan. Keadaan ini akan membuatkan Mommy cepat letih dan mudah jatuh sakit. Amalkan minum air tebu bagi membantu menguatkan sistem imun tubuh untuk anda kekal sihat sepanjang kehamilan.

#6. Air Tebu Untuk Ibu Hamil Mampu Membantu Mengawal Berat Badan

Wanita hamil juga tidak terlepas daripada mengalami masalah berat badan berlebihan. Pengambilan air tebu ini mampu membantu masalah berat badan kerana ia mengandungi polifon yang membantu dalam mempercepatkan metabolisme bagi mengekalkan berat badan anda.

#7. Kaya Dengan Sumber Protein

Tebu kaya dengan protein di mana ia adalah nutrien penting untuk bayi dan ibu sepanjang kehamilan.

#8. Air Tebu Untuk Ibu Hamil Mampu Mencegah Morning Sickness

Mommy boleh hilangkan morning sickness dengan mencampurkan air tebu bersama halia dan diminum pada setiap pagi.

#9. Jangkitan Saluran Kencing

Semasa hamil juga, ramai wanita yang mengalami masalah jangkitan saluran kencing. Oleh itu, bagi mengelakkan masalah ini daripada berlaku, pengambilan air tebu dapat membantu.

#10. Baik Untuk Kesihatan Kulit dan Rambut

Ia juga mengandungi kuantiti riboflavin yang mencukupi yang merupakan vitamin B di mana ia sangat baik untuk kesihatan kulit dan rambut memandangkan semasa mengandung, ibu hamil juga berdepan dengan masalah keguguran rambut dan kulit yang kusam.

Walau bagaimanapun, tetap juga harus diingat bahawa air tebu, jika diambil secara berlebihan ia boleh mendatangkan kesan kepada paras glukosa darah wanita yang menghidap diabetes semasa mengandung.

Dan disebabkan pengambilan tebu yang terkenal dengan kandungan gula tinggi iaitu 1 cawan gelas 240ml bersamaan dengan 50 gram gula iaitu kira-kira 12 sudu teh.

Oleh itu, bagi wanita hamil yang mempunyai masalah diabetes semasa mengandung, anda perlu mengehadkan pengambilan air tebu ini dan sekiranya anda benar-benar mengidam untuk meminumnya adalah lebih baik jika anda mendapatkan pandangan serta pendapat dari doktor terlebih dahulu.

Bagi Mommy yang tidak mempunyai masalah kesihatan, air tebu adalah sangat sihat dan selamat untuk diambil sepanjang kehamilan memandangkan tebu mengandungi pelbagai nutrien penting seperti Vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, dan Vitamin C.

Malah, ia juga merupakan sumber yang sangat kaya dengan kandungan serat, antioksidan, dan fitonutrien yang menjadikan tebu sebagai minuman berkhasiat.

Semoga dengan perkongsian ini, Mommy tidak lagi berasa was-was untuk minum air tebu.


Ketahui kebaikan buah salak dan banyak lagi tips-tips semasa kehamilan yang lain di SINI!