Air terjun menjadi tumpuan orang ramai ketika musim cuti persekolahan mahupun pada hujung minggu untuk aktiviti bermandi-manda atau berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Meluangkan masa dengan menikmati keindahan alam sekitar adalah satu hal yang sangat menyeronokkan untuk mereka yang berkunjung.
Sedang bercuti di negeri Pahang tapi masih tak tahu nak pergi mana? apa kata kali ini anda ambil peluang dengan menghabiskan masa hujung anda bersama keluarga atau rakan-rakan ke kawasan air terjun di kaki-kaki bukit sekitar Pahang.
Selain air terjun, terdapat juga pelbagai pilihan tempat menarik yang boleh anda sekeluarga kunjungi di sana.
13 Air Terjun Yang Menarik di Pahang
1. Berkelah Falls
Suasana yang tenang dan aman merupakan daya tarikan yang menarik pengunjung untuk datang ke air terjun Berkelah Falls.
Bukan sahaja boleh bermandi-manda di sungai dan air terjun tetpai pengujung juga boleh melakukan aktiviti hiking juga.
Berkelah Falls merupakan suatu air terjun bertingkat yang mempunyai 7 tier atau aras. Aras teratas dengan jatuhan air tertinggi ialah setinggi 50 meter.
Alamat: Sungai Berkelah, 26300 Gambang, Pahang
2. Air Terjun Sungai Pandan
Air terjun Sungai Pandan merupakan air terjun yang terkenal di kalangan penduduk Kuantan dan pengunjung dari luar.
Air terjun yang sejuk dan damai sangat sesuai kepada pengunjung yang ingin beriadah sambil menenangkan fikiran dan melakukan aktiviti berkelah atau perkhemahan.
Air terjun ini yang terletak di Felda Sungai Pancing Selatan Pahang. Jarak antara Air Terjun Sungai Pandan dengan bandar Kuantan kira-kira 25 kilometer ini pastinya akan memudahkan pengunjung untuk sampai ke lokasi ini.
3. Air Terjun Pelangi, Sg Lembing
Keindahan Air Terjun Pelangi yang sangat menarik dan unik umpama berada di satu dunia yang lain iaitu seperti anda berada di dunia fantasi.
Air terjun ini sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti selain bermandi-manda iaitu sesi fotografi ataupun hanya untuk merenung keindahan alam yang menakjubkan.
Alamat: Air Terjun Pelangi Sungai Lembing, Kuantan
4. Air Terjun Jerangkang, Maran
Air terjun jerangkang cukup tersohor dalam kalangan pemburu air terjun kerana suasana pemandangan air terjun bertingkat selain kolam biru kehijauan.
Namun begitu, untuk sampai ke sini, pengunjung perlu melalui trek sejauh lebih tiga kilometer menelan masa dua jam perjalanan sebelum sampai ke tapak khemah tingkat 20.
Alamat: Hutan Lipur Eco Rimba Jerangkang, Jalan Paya Rambutan, 26300 Kuantan, Pahang
5. Air Terjun Teladas, Maran
Suasana nyaman dan udara yang segar serta deruan air yang mengalir laju merupakan tarikan semulajadi yang mendorong pelancong datang ke sini.
Terletak di Maran, dan ia merupakan sebahagian daripada Hiutan Lipur Maran yang di jaga rapi oleh kerajaan.
Air Terjun Teladas terletak 2km sahaja dari bandar Maran dan jika anda melalui lebuh raya, ia terletak di sebelah kiri jalan.
Alamat: Air Terjun Teladas 7, Maran, Maran, Pahang 26500, Malaysia
6. Air Terjun Lata Bujang
Nikmati keindahan alam bersama keluarga di air terjun Lata Bujang Temerloh adalah satu keputusan yang tepat.
Air terjun ini terdiri daripada tujuh peringkat tetapi menurut data rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, sebenarnya Hutan Lipur Berkelah ini terdapat lebih daripada tujuh peringkat air terjun. Air terjun di peringkat ke 7 mempunyai ketinggian yang beranggaran 50 meter.
Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan.
Alamat: Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau, Pahang
7. Air Terjun Chamang, Bentong
Air Terjun Chamang terletak di penghujung Jalan Chamang, Bentong, di dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK). Terdapat juga jambatan gantung untuk pejalan kaki yang ingin merentasi sungai pergi ke seberang.
Alamat: Tapak Perkhemahan Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang
8. Air Terjun Lata Jarum, Raub
Air Terjun Lata Jarum ini juga berdekatan dengan taman rekreasi Pulau Chekas.
Kawasan ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan suasana alam semulajadi dan inginkan ketenangan. Selain keindahan dan kecantikan air terjun serta permandangan di sini, bunga rafflesia turut mendapat tumpuan yang utama di sini.
Alamat: Lata Jarum Forest Eco Park, Ulu Dong, 27600 Dong, Pahang
9. Air Terjun Pulau Chekas, Raub
Pusat rekreasi ini terletak dalam laluan yang sama menuju Air Terjun Lata Jarum. A
ir Terjun ini di namakan Pulau Chekas kerana kawasanya seperti pulau yang betul-betul berada di tengah-tengah sungai yang mengalir. Air Terjun Pulau Chekas ini berhampiran dengan Air Terjun Lata Jarum. Jaranya hanya 2 kilometer sahaja.
Alamat: Pusat Rekreasi Air Pulau Chekas, Kampung Peruas, 27600 Dong, Pahang
10. Air Terjun Lata Meraung, Jerantut
Air Terjun Lata Meraung ini merupakan salah satu tarikan orang ramai yang mencari ketenangan di hutan rimba yang indah ini. Kawasan rekreasi itu terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Jerantut dan hanya mengambil masa 20 minit untuk ke sana.
Air sungai di kawasan rekreasi juga menjadi bekalan sumber minuman kepada penduduk Kampung Baru, Lata Kasah, Sungai Badak, Perkampungan Orang Asli Sungai Kiol dan kampung berdekatan.
Alamat: Air terjun Lata Meraung di Kampung Sungai Kiol, Jerantut
11. Air Terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai, Bera
FELDA Kumai mempunyai satu tempat pelancongan iaitu Air Terjun Bukit Bertangga, di Hutan Lipur Bukit Bertangga.
Terdapat dua kawasan air terjun yang mempunyai ketinggian 30 meter dan 20 meter.
Kemudahan yang disediakan adalah seperti jalan masuk, pondok rehat, tong sampah, jambatan kayu dan tapak perkhemahan. Beberapa aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah dan berkhemah.
Alamat: Felda Kumai, Bera, 28000 Temerloh, Pahang.
12. Air Terjun Seri Mahkota
Pemandangan air terjun di sini sangat indah kerana air dari bukit ini terjun terus ke dalam kolam semula jadi. Kawasannya yang selesa dan luas, senang untuk anda berehat sambil menikmati keindahan alam yang begitu indah.
Namun, tempat ini agak tidak sesuai untuk anak kecil kerana anda perlu meredah laluan yang agak lama sbeelum sampai ke destinai yang dituju.
Alamat: Air Terjun Seri Mahkota, 26800 Kuala Rompin, Pahang
13. Air Terjun Panching
Air Terjun Panching di Kuantan juga popular dan sering menjadi tempat yang dikunjungi oleh pelancong. Salah satu air terjun yang menjadi air terjun tercantik di Malaysia.
Bayaran untuk tempat letak kereta berjumlah RM3 dan bayaran masuk bagi kanak-kanak dan dewasa sebanyak RM1 dan RM2.
Alamat: Air Terjun Panching, Jalan Sungai Pandan, 26250 Kuantan, Pahang
14. Hutan Lipur Air Terjun Lubuk Yu
Air terjun Lubuk Yu ini terletak berdekatan dengan Felda Ulu Jempol di daerah Maran, Pahang. Ia berdekatan dengan tanah rancangan Felda Wilayah Jengka.
Pengunjung terpaksa melalui kawasan kebun getah sejauh dua kilometer dari jalan utama. Walaubagaimanapun, jalan masuk ke hutan lipur yang menarik ini telah dinaiktaraf untuk kemudahan pelawat.
Alamat: Hutan Lipur Eco Rimba Jerangkang, 26430 Maran, Pahang
15. Lubuk Ujid
Lubuk Ujid ialah satu lagi kawasan pelancongan yang cantik dan menarik yang terletak berhampiran dengan Felda Ulu Jempol.
Lubuk ini menjadi pilihan penduduk setempat untuk beriadah pada hujung minggu. Kawasan ini sesuai dikunjungi oleh kanak-kanak dan keluarga untuk melakukan aktiviti berkelah bersama.
Alamat: 72, Jalan Jerantut – Benta Kampung Kuala Sentul 26430 Bandar Pusat Jengka, 64, Kampung Kuala Sentul, 26430 Bandar Tun Razak, Pahang
Itulah beberapa tempat air terjun yang menarik dan popular di Pahang yang boleh anda kunjungi. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati dan menerokai alam yang penuh dengan ketenangan serta keindahan ini.
Semoga perkongsian ini membantu anda membuat pilihan untuk mencari tempat yang sesuai dan menarik untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga.
Dapatkan lebih banyak info dan artikel tentang tempat yang menarik di SINI.