Kadang-kadang, haruslah lari sekejap daripada kesibukan bekerja dan rutin harian kan? Orang cakap, sweet escape gitu.
Apa kata kali ini, Mommy bersama keluarga, buat trip ke air terjun? Sambil-sambil berkelah, bolehlah mandi manda dan bergambar.
12 Lokasi Air Terjun Di Johor
Banyak tau air terjun di Johor ni, mana-mana yang berdekatan dan sesuai, bolehlah rancang terus untuk pergi nanti.
1. Air Terjun Gunung Pelepah
Ini antara air terjun yang ada di Kota Tinggi tau Mommy.
Alamat: Air Terjun Gunung Pelepah, Gunung Panti Recreational Forest, 81900 Kota Tinggi, Johor
Tel: 019-603 3909
2. Air Terjun Taman Negara Gunung Ledang
Antara air terjun tercantik di Malaysia, memang rugi kalau lepaskan peluang ke sini.
Alamat: Taman Negara Gunung Ledang, 26 Batu, Jalan Segamat, Sagil, 84020, Johor
Tel: 019-777 2057
3. Air Terjun Hutan Lipur Gunung Pulai
Nak ke sini, kena trekking sikit lah ya.
Alamat: Air Terjun Hutan Lipur Gunung Pulai, 81000 Kulai, Johor
Tel: 011-1756 6284
4. Air Terjun Kota Tinggi
Ini merupakan antara air terjun di Kota Tinggi, Johor yang memang terkena dalam kalangan penduduk tempatan. Ia sentiasa menjadi pilihan rakyat Johor untuk berkelah dan mandi manda.
Alamat: Air Terjun Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 8.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 07-8831004
Harga tiket:
Dewasa – RM5
Kanak-kanak berumur 6 hingga 11 Tahun – RM3
Kanak-kanak berumur 3 hingga 5 Tahun – RM2
Warga emas berumur 60 Tahun ke atas – RM3
OKU – Percuma
5. Air Terjun Sg. Bantang
Kalau Mommy berada di Pekan Bekok, Mommy sekeluarga boleh singgah di air terjun Sungai Bantang.
Alamat: Air Terjun Sg. Bantang, Jln Sungai Bantang, 85400, Johor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9.00 pg – 5.30 ptg
Tel: 07-931 2141
6. Air Terjun Taka Melor Amenity Forest
Alamat: Air Terjun Taka Melor Amenity Forest, 85300 Labis, Johor
Waktu operasi: Setiap hari, 7.00 pg – 6.00 ptg
Tel: 607-9312 141
7. Air Terjun Buaya Sangkut
Air Terjun Buaya Sangkut ni adalah antara yang terbesar di Johor dan juga sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan.
Alamat: Mini RTC Sungai Rambai Barat, Jalan Parit Putat, Kampung Pengkalan Leban, 77400 Sungai Rambai, Johor
8. Air Terjun Hutan Lipur Gunung Belumut
Alamat: Air Terjun Hutan Lipur Gunung Belumut, 86000, Johor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 8.30 pg – 4.00 ptg
Tel: 07-772 5944
9. Air Terjun Takah Pengkoi Bekok
Satu lagi air terjun di Bekok, tetapi harga tiket kemasukkannya agak mahal. Walaupun begitu, kebersihan dan kecantikan di sini membuatkan ia berbaloi.
Alamat: Air Terjun Takah Pengkoi Bekok, Bekok, Johor
Tel: 019-659 9316
Harga tiket: RM15 untuk dewasa, kanak-kanak kemasukan percuma
10. Air Terjun Sungai Tengkil
Air terjun yang ketiga di Kota Tinggi ialah, Air Terjun Tengkil di Gunung Muntahak.
Alamat: Air Terjun Tengkil, Gunung Muntahak, Kota Tinggi, Johor
11. Air Terjun Jeram Tinggi Jementah
Alamat: Air Terjun Jeram Tinggi, Ulu Jementah, 85200 Jementah, Segamat, Johor
Tel: 018-785 9345
12. Air Terjun Hutan Lipur Bukit Perdana
Alamat: Hutan Lipur Bukit Perdana, Taman Bukit Perdana, 83000 Batu Pahat, Johor
Lokasi Air Terjun Di Johor
Dalam menikmati keindahan alam dan bersuka ria bersama keluarga, jangan lupa untuk jaga keselamatan dan berhati-hati ya?
Semoga menjadi kenangan terindah buat Mommy!
Lihat pelbagai tempat menarik di seluruh Malaysia DI SINI!