Ibu, Bayi & Kanak Kanak

5 Aktiviti Bersama Bayi Yang Boleh Membantu dalam Perkembangan Mereka

Semua ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak membesar dengan perkembangan yang baik dan sihat.

Ibu bapa perlu melakukan aktiviti ataupun bermain dengan bayi supaya hubungan antara sel saraf akan makin bertambah kerana ia dapat membantu dalam meningkatkan kecerdasan otak anak Mommy.

Masih amai ibu bapa yang masih tidak tahu bahawa ianya boleh dimulakan sejak anak anda masih bayi di antara usia 0 hingga 1 tahun.

Mari Min kongsikan beberapa aktiviti yang yang boleh ibu bapa lakukan di rumah bersama si kecil.

5 Aktiviti Menyeronokkan Yang Dapat Meransang Minda Bayi 

1. Bercakap dengan Bayi

Meskipun ia biasa dilakukan oleh ibu bapa tapi tahukah Mommy aktiviti ini dapat merangsang otak bayi.

Apabila Mommy berbual dengan si kecil, ia dapat menambah maklumat pada bahagian otak bayi yang berfungsi untuk pertuturan dan bahasa. Adalah digalakkan bagi ibu bapa untuk menggunakan kaedah parentese.

Parentese adalah satu kaedah bercakap dengan bayi di mana anda harus menggunakan nada atau vokal yang tinggi dan berbeza-beza apabila bercakap dengan mereka.

Highlighted


2. Kad Imbasan Hitam Putih & Bergambar

Apabila bayi sudah berumur 2 bulan dan ke atas, kemahiran penglihatannya mula berkembang dan sudah boleh melihat pelbagai warna.

Teknik flashcards untuk bayi baru lahir adalah:

  • mulakan dengan warna hitam dan putih secara beransur-ansur ke warna
  • tunjukkan flashcards dengan bercakap kuat dan jelas
  • ulangi latihan ini 5 kali sehari dengan flashcards yang sama sekurang-kurangnya seminggu

Cuba lakukan dengan persekitaran yang tenang dan cahaya terang.

Kelebihan flash card adalah dapat meningkatkan pengetahuan, kebolehan untuk memahami dan meningkatkan daya ingatan visual si kecil.

3. Permainan Deria

Permainan yang berkaitan dengan deria juga dapat membantu dalam merangsang otak bayi.

Antara contoh aktiviti yang berkaitan dengan deria ialah seperti bermain boneka atau plush toy, bermain dengan pasir, dan slime.

Permukaan dan tekstur yang pelbagai dapat merangsang deria bayi anda di samping mengasah kemahiran mereka dalam mengenal pasti dan berfikir.

Ia secara tidak langsung dapat juga membantu dalam mengasah kemahiran motor halus bayi Mommy.

4. Aktiviti Tummy Time

Tummy time sangat penting dan perlu meluangkan masa sebanyak mungkin kerana ia dapat menguatkan otot leher dan badan bayi.

Mommy boleh meletakkan mainan di hadapan mereka untuk menggalakkan si manja bergerak dan mengangkat kepala.

Gunakan pakaian tanpa lengan dan pendek supaya ia tidak mengganggu pergerakan mereka.

5. Mainan Gantung 

Mommy boleh menggantung mainan ini di atas katil bayi atau buai supaya boleh dilihat dengan mudah dan senang diraih oleh tangan.

Mainan yang berwarna terang dan mengeluarkan bunyi-bunyian mampu menarik perhatian si manja Mommy.

Mainan gantung seperti itu dapat merangsang fungsi penglihatan dan pendengaran bayi.

Mommy juga boleh cuba aktiviti lain yang menyeronokkan untuk merangsangkan lagi minda bayi sesuai mengikut kesukaan mereka.

Semoga artikel ini memberi manfaat dan membantu Mommy Daddy dalam membesarkan si manja !


Dapatkan lebih banyak artikel tentang perkembangan bayi di SINI.