Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Aktiviti Indoor Untuk Kanak-kanak Yang Juga Sesuai Sebagai Bonding Time Bersama Ibu Bapa

aiktiviti indoor untuk kanak kanak

Kredit gambar: www.verywellfamily.com

Disebabkan Tahun 2023 adalah zaman di mana gajet menguasai dunia malah dengan keadaan cuaca yang tak menentu menyukarkan anak-anak melakukan aktiviti luar rumah dan penyelesaian yang kebanyakan orang fikir hanyalah permainan dalam talian.

Selain game online, ramai sebenarnya tertanya-tanya ada ke aktiviti indoor untuk kanak kanak yang best dan menarik? Nak tahu lebih, ikuti perkongsian kami kali ini!

Disebabkan ramai yang tidak tahu apakah aktiviti indoor yang boleh menarik minat anak, ramai ibu bapa pada hari ini mengambil jalan mudah dengan memberikan gajet terutamanya telefon bimbit atau Ipad kepada anak-anak mereka bagi membolehkan mereka melakukan rutin harian tanpa gangguan dari anak-anak.

Namun, seperti yang ramai tahu penggunaan telefon bimbit atau Ipad mempunyai kesan negatif kepada tumbesaran kanak-kanak.

Daripada memberikan anak-anak Mommy dan Daddy gajet yang mampu menjejaskan perkembangan mereka, lebih baik Mommy dan Daddy libatkan anak-anak dengan semua aktiviti indoor yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang kami kongsikan di bawah. Jom lihat!

10 Aktiviti Indoor Untuk Kanak-Kanak

Highlighted

Kredit gambar: www.parentmap.com

Berikut adalah 10 aktiviti indoor yang sesuai untuk dilakukan oleh kanak-kanak iaitu:

#1. Membaca dan Bercerita

Aktiviti membaca dan bercerita dapat membantu kanak-kanak menambah kosa kata mereka. Semasa membaca mereka akan berjumpa dengan pelbagai dan banyak perkataan yang mungkin mereka tidak gunakan dalam perbualan harian.

Selain itu, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai persediaan anak-anak sebelum melangkah ke alam persekolahan.

Mommy perlu membeli seberapa banyak buku untuk digunakan semasa aktiviti membaca dan bercerita. Belikan buku cerita yang mempunyai gambar dan warna yang menarik untuk menarik minat kanak-kanak.

#2. Melukis dan Mewarna

Selain itu, aktiviti indoor lain yang boleh dilakukan Mommy bersama anak-anak adalah melukis dan mewarna. Melalui aktivti ini, kanak-kanak dapat mengekspresikan idea kreatif mereka.

Bagi sesetengah kanak-kanak, mereka sangat sukakan aktiviti ini kerana mereka bebas untuk melukis dan mewarna mengikut idea mereka sendiri.

Aktiviti ini sangat sesuai bagi mengelakkan anak-anak Mommy menconteng dinding rumah.

#3. Puzzle

Di samping itu, aktiviti indoor yang sesuai bagi kanak-kanak ialah bermain puzzle. Bermain puzzle dapat membantu kanak-kanak untuk fokus.

Puzzle juga mengajar anak-anak Mommy cara untuk menyelesaikan masalah melalui puzzle yang diberikan. Terdapat banyak jenis puzzle di pasaran. Sebaiknya beli mengikut peringkat umur mereka.

#4. Memasak Bersama-sama juga Merupakan Aktiviti Indoor untuk Kanak Kanak

Bukan itu sahaja, malah memasak bersama juga boleh menjadi aktiviti indoor yang boleh dilakukan dengan anak-anak Mommy.

Memasak bersama bukan sahaja membuatkan anak Mommy lupakan gajet tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan Mommy dan si manja Mommy.

#5. Melakukan Aktiviti Seni Kreatif

Kredit gambar: kidactivitieswithalexa.com

Aktiviti seterusnya adalah melakukan aktiviti seni kreatif bersama. Di sini Mommy akan lihat kreativiti anak Mommy.

Mommy boleh menggunakan bahan terpakai yang ada di rumah untuk membuat sebarang binaan. Contohnya, buat origami dari kertas terpakai, gunakan surat khabar untuk buat pasu bunga kecil dan macam-macam lagi.

Aktiviti ini juga akan membantu perkembangan motor halus mereka.

#6. Board Game Merupakan Aktiviti Indoor untuk Kanak Kanak

Antara board game yang boleh Mommy main bersama ialah seperti Chess, Uno, Monopoli, Jutaria, Sahibba dan Karom.

Bukan sahaja anak Mommy yang seronok, Mommy dan Daddy juga boleh tumpang seronok. Jenis permainan seperti ini membantu anak-anak dalam perkembangan minda mereka.

#7. Indoor Sport

Anak Mommy seorang yang sukakan aktiviti sukan? Mommy juga boleh meluangkan masa untuk bermain bersama dengan anak-anak Mommy bermain indoor sport seperti pingpong, indoor soccer, mini basketball hoop, balance stepping stone, dan banyak lagi.

Bukan sahaja badan sihat tetapi boleh memberi kepuasan bermain kepada anak-anak Mommy.

#8. Kemas Rumah Bersama antara Aktiviti Indoor untuk Kanak Kanak

Siapa kata kemas rumah bersama dengan anak-anak tidak boleh menjadi satu aktiviti indoor. Kanak-kanak masih boleh bermain dan berseronok ketika mengemas rumah bersama dengan Mommy dan Daddy.

Bukan sahaja rumah kemas dan bersih, hubungan Mommy Daddy dengan anak-anak juga semakin akrab melalui aktiviti ini. Kanak-kanak dapat belajar untuk membantu Mommy Daddy membersihkan rumah.

#9. Sains dan Eksperimen

Selain itu, aktiviti sains dan eksperimen juga boleh menjadi salah satu aktivit indoor bagi kanak-kanak. Mommy boleh mencuba pelbagai eksperimen yang menarik dan menyeronokkan. Bermain sambil belajar.

#10. Berkelah dan Berkhemah

Kredit gambar: www.firstcry.com

Siapa kata berkelah dan berkhemah hanya boleh dilakukan di luar? Dalam dan sekitar kawasan rumah juga boleh berkelah dan berkhemah.

Mommy dan Daddy hanya perlu setkan tempat berkelah seperti di tepi pantai. Aktiviti ini boleh dilakukan di luar rumah, tetapi masih berada dalam kawasan rumah.

Kalau Mommy dan Daddy tak pasti inginkan ilmu berkhemah, boleh rujuk artikel ini. Boleh terapkan panduan ini untuk aktiviti berkhemah indoor juga.

Kesimpulannya, semasa menjalankan aktiviti indoor ini, pastikan Mommy dan Daddy mengawasi anak-anak Mommy Daddy dengan sebaiknya dan memilih aktiviti yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak.

Aktiviti dalaman ini tidak hanya memberikan keseronokan, tetapi juga membantu kanak-kanak mengembangkan pelbagai kemahiran penting mereka.

Selamat membaca dan selamat mencuba!

Adakah anda mencari pengalaman yang menyeronokkan yang akan membuat anak anda tersenyum? Mommy juga boleh daftarkan anak Mommy ke program “Super Kids“ oleh Motherhood.com.my yang menawarkan pelbagai bengkel dan aktiviti menarik.

Para peserta juga berpeluang untuk mendapatkan Super Kids Activity Box PERCUMA, akses tanpa had ke pelbagai bengkel dan juga antara yang pertama mendapatkan diskaun serta tawaran terkini daripada Motherhood.com.my.

Sertai Super Kids bersama Motherhood.com.my sekarang!


Mommy dan Daddy boleh dapatkan pelbagai lagi info dan panduan menarik yang lain di SINI!