Ibu, Bayi & Kanak Kanak

20 Tempat Dan Aktiviti Menarik Di Sungai Petani Yang Pasti Berbaloi Untuk Dikunjungi

Kali ini kita akan melihat senarai tempat menarik di Sungai Petani, Kedah! Adakah Mommy tahu bahawa Sungai Petani ialah bandar terbesar di Kedah? Ia juga terletak kira-kira 55 km ke selatan Alor Setar (ibu negeri Kedah) dan 33 km timur laut dari George Town, ibu kota negeri jiran Pulau Pinang.

Kalau Mommy berminat untuk ke sini, masa terbaik untuk melawat Sungai Petani adalah dari akhir Disember sehingga awal Mac. Haa, ambil cuti dan plan betul-betul tau Mommy!

Apa sebenarnya yang menarik di Sungai Petani ni? Ada tempat bersejarah ataupun alam semula jadi yang menghijau? Mari kita lihat senarai tempat menarik di Sungai Petani ini:

20 Tempat Yang Menarik Di Sungai Petani

#1 Dataran Zero Kilometer

Highlighted

Kredit gambar: Trip Advisor

Mahu melihat bandar Sungai Petani? Datanglah ke Dataran Zero Kilometer ini! Ianya hidup pada waktu malam kerana banyak lampu-lampu menyinari jalan-jalan di sini. Mahu bersiar-siar bersama keluarga, inilah tempatnya! Banyak lampu-lampu LED mewarnai bangunan di dataran ini.

Jangan risau kat sini ada sediakan tempat parking dengan harga RM1.50 sahaja. Boleh lah Mommy ambil gambar banyak-banyak simpan dalam kenangan yang tidak dapat dilupakan!

Alamat: 1, Jalan Ibrahim, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00am – 8.00 pm)

#2 Menara Jam Besar Sungai Petani

Kredit gambar: ceriasihat.com

Dah jalan dekat Dataran tu, Mommy boleh juga sampai ke sini! Menara jam Sungai Petani ini didirikan pada tahun 1934. Kalau Mommy nak tahu, jam antik ini masih berfungsi dan berbunyi.

Apabila matahari sudah tenggelam, jam ini akan disinari dengan cahaya lampu yang cantik untuk mengambil gambar. Untuk pengetahuan semua, jam ini merupakan hadiah daripada Lim Lean Teng kepada penduduk kawasan ini untuk meraikan sambutan Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

Alamat: 916, Jalan Ibrahim, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani

Waktu Operasi: Setiap hari

#3 Taman Rekreasi Bukit Bayan

Kredit gambar: Paramount property

Jika Mommy sudah berada di Sungai Petani, jangan lupa untuk singgah ke Taman Rekreasi Bukit Bayan untuk melihat pemandangan bandar ini dari atas. Confirm terpegun! Bukan sahaja view cantik, kawasan ini pun memang luar biasa.

Taman ini menyediakan taman permainan yang seronok untuk anak-anak, boleh berberbasikal, joging dan maze play. Tarikan utamanya mestilah dam haji dan chess yang bersaiz besar.

Mommy juga boleh menggunakan alatan yang disediakan untuk bersenam sambil berehat dan mengambil gambar.

Alamat: Bukit Banyan, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari

#4 Semeling Street Art

Kredit gambar: Adam Homestay

Street art merupakan tarikan utama sesebuah bandar dan pasti mana-mana bandar mesti ada satu street art. Di Sungai Petani, Mommy boleh ke Semeling Street Art yang terletak di belakang deretan kedai yang mempamerkan lukisan-lukisan mural menarik di dinding Semeling.

Sepanjang dinding ini, terdapat sekitar 95 buah mural termasuklah lukisan 3D. Antara lukisan menarik di sini adalah Elmo, Snoopy, Spongebob, Patrick, Doraemon, Avengers dan banyak lagi. Lebih menarik di sini juga terdapat mural yang menggambarkan kehidupan masyarakat Kedah.

Alamat: 17, Jalan Raya Semeling, Kampung Mata Hari Naik, 08100 Bedong

Waktu Operasi: Setiap hari

#5 The Carnivall Waterpark

Kredit gambar: The Star

Menarik juga ya kalau dapat pergi ke taman tema air pada musim panas-panas ini. Datanglah ke The Carnivall Waterpark! Ia terletak di Cinta Sayang Golf and Country Resort, dengan keluasan 7 hektar.

Terdapat pelbagai tarikan disini seperti 4 water coasters, wall climbing, kids play area dan lazy river. Mereka juga menawarkan locker untuk disewa.

Mesti anak-anak Mommy suka main air kan? Tetapi sentiasa berhati-hati supaya dapat enjoy di taman tema air ini! Selain itu, tempat ini juga menawarkan aktiviti menunggang kuda. Boleh lah Mommy cuba sekali!

Alamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000, Sungai Petani, Kedah

Harga Ticket:

  • Isnin – Khamis: Dewasa RM25, Kanak-kanak, warga emas, OKU RM19
  • Jumaat, Sabtu & Ahad: Dewasa RM30, Kanak-kanak, warga emas, OKU RM24

Waktu Operasi:

  • Isnin, Selasa, Khamis (11.00am -6.00pm)
  • Jumaat, Sabtu & Ahad (10.00am – 7.00pm)
  • Tutup ada Rabu

#6 Damai Park Resort

Kredit gambar: Agoda

Adakah Mommy dan sekeluarga tertarik dengan kampung yang dikelilingi pokok hijau. Boleh singgah ke Damai Park Resort. Selain tempat penginapan, di sini juga ada dusun buah durian!

Wah! Sangat menarik untuk penggemar durian. Boleh lah makan sepuas hati kan?

Chalet di sini mempunyai pelbagai reka bentuk dan tema. Tapi kalau Mommy berminat dengan tema kampung, boleh book Traditional Chalet. Ia sangat menarik kerana dikelilingi pokok-pokok yang menghijau. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mandi sungai serta berkelah di sini. Yang pasti, jaga lupa untuk menjaga kebersihan ya, Mommy?

Alamat: Damai Park Resort Sdn Bhd, Lot 588,Kg Bukit Acheh, Jalan Muzium Arkeologi Lembah Bujang, 08400 Merbok, Kedah Darul Aman

Harga: Dari RM116+ Semalaman

Waktu Operasi: Setiap hari (6.30 am – 10.00 pm)

#7 Masjid Sultan Muzaffar Shah

Kredit gambar: Flickr

Dengan reka bentuk yang sungguh menarik, Masjid Sultan Muzaffar Shah ini terletak di Jalan Sungai Layar. Lokasinya menarik kerana berada di dalam taman. Sebelah masjid ini adalah Taman Jubli Perak. Selepas solat ataupun sebelum solat, boleh lah Mommy singgah dan bermain di Taman Jubli Perak.

Ia terletak di pusat bandar Sungai Petani, senang untuk mereka pergi ke masjid dan menunaikan solat, tidak kira orang tempatan ataupun mereka yang hanya sekadar ingin membuat tempat persinggahan.

Alamat: Jalan Sungai Layar, Taman Jubli Perak, 08000 Sungai Petani

#8 Pantai Merdeka

Kredit gambar: mai singgah

Mahukan angin sepoi-sepoi bahasa sambil berjalan di pantai? Mai singgah ke Pantai Merdeka ni. Kat sini ada bot pelancong yang boleh membawa para pengunjung bersiar-siar melihat pemandangan sekitar pantai.

Dari Pantai Merdeka, Mommy juga boleh ke Tanjung Dawai dengan menaiki bot pelancong yang disediakan. Hanya 15 minit sahaja masa perjalanan di atas bot.

Ha, selalu dekat pantai kita berkelah kan? Tetapi kat sini ada pelbagai aktiviti seperti bermain layang-layang, berkayak, berkhemah, memancing dan lain-lain. Disini juga ada menyediakan pelbagai gerai menjual makanan seperti char kuew teow, cendol, ABC, laici kang, mee ketam, mee udang dan macam-macam lagi. Wow! Mesti kaw punya!

Alamat: 08500 Kota Kuala Muda, Kedah

Waktu operasi: Setiap hari

#9 Hussain Nasi Kandar

Kredit gambar: dapnyaTV

Teringin nasi kandar? Boleh singgah ke Hussain Nasi Kandar ini pula! Hussain Nasi Kandar adalah antara restoran nasi kandar yang terkenal di Kedah. Ia terletak di Taman Pekan Baru. Macam biasa, nasi kandar mempunyai pelbagai lauk seperti sambal telur sotong, nasi biryani, ikan keli sambal, puyuh goreng, daging kambing masak kurma, dan juga murtabak.

Alamat: 18-20 Jalan Pengkalan, 08000 Sungai Petani

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 am – 11.00 pm)

#10 Taman Jubli Perak

Kredit gambar: Trip advisor

Haa, inilah taman sebelah masjid tadi! Taman ini dinamakan Taman Jubli Perak yang dibina untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang merupakan Sultan Kedah yang ke-27.

Ia sungguh cantik dan lengkap dengan laluan pejalan kaki, dan terdapat juga sebuah tasik dan jambatan untuk merentasinya. Selain itu, mereka juga mempunyai burung-burung eksotik yang pasti menarik perhatian anak-anak Mommy! Taman permainan pun ada di sini tau!

Bukan itu sahaja, di Taman Jubli Perak ini juga mempunyai kemudahan seperti gimnasium rakyat, perpustakaan awam dan medan selera untuk para pengunjung.

Alamat: Taman Jubli Perak, 08000 Sungai Petani

Waktu Operasi: Setiap hari

#11 Gunung Jerai

Kredit gambar: Libur

Untuk Mommy yang berminat dengan mendaki dan aktiviti outdoor, boleh lah datang ke Gunung Jerai. Bukan sahaja mendaki gunung tetapi di puncak gunung ini terdapat kawasan air terjun! Syoknya!

Haa, Mommy tahu tak sebenarnya gunung ini adalah sebuah pulau iaitu Pulau Serai. Tetapi disebabkan aras laut turun dengan jumlah yang banyak, maka ia terbentuklah Gunung Jerai ini.

Ia terletak pada ketinggian lebih daripada 1170 meter dari paras laut, sesiapa yang mendaki gunung ini dapat melihat keindahan pemandangan sawah padi yang hijau dan menikmati udara segar.

Alamat: Gunung Jerai, Kuala Muda

#12 Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Kredit gambar: Harian Metro

Mommy juga boleh ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang mempamerkan Candi Bukit Batu Pahat yang menjadi tarikan utama muzium ini.

Untuk pengetahuan Mommy, muzium ini dibina pada 1978 yang terletak di Bukit Batu Pahat Merbok. Ia mempamerkan pelbagai artifak dan monumen bersejarah ketamadunan masyarakat Melayu lama sejak 1,900 tahun lalu.

Selain itu, kawasan ini juga menjadi tapak sebuah empayar kerajaan Srivijaya dan terdapat bukti Lembah Bujang dahulunya pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa di rantau ini.

Artifak lain yang turut dipamerkan adalah tembikar Cina, lembing keagamaan, ukiran batu, manik, seramik Parsi dan tanah liat.

Muzium ini juga berhampiran dengan tempat menarik di Sungai Petani yang lain seperti:

  • Pantai Merdeka
  • Peranginan Gunung Jerai
  • Taman Rekreasi Tupah
  • Produk Nelayan
  • Taman Rekreasi berlatar belakangkan Hutan Hujan Tropika
  • Kedai Cenderahati

Alamat: Taman Sejarah Negara Lembah Bujang, Merbok, Bedung 08400 Kedah.

Harga Ticket: Percuma

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 am – 5.00 pm)

#13 Tanjung Dawai

Kredit gambar: Kakitravel

Dengan keindahan laut yang biru ini, mesti Mommy tidak terlepas untuk berkunjung ke Tanjung Dawai ini kerana ia kaya dengan makanan laut yang lazat dan berkualiti.

Antara hasil makanan laut yang terkenal dengan orang tempatan di sini adalah ikan bilis, ikan masin, belacan dan macam-macam lagi. Keropok pun ada tau! Mereka mempunyai pelbagai perisa seperti ikan, sotong dan udang.

Harganya juga murah dan pilihannya juga segar. Mesti berbaloi! Kalau nak makan fresh dan dimasak di sini, boleh cuba di gerai-gerai yang ada di sini.

Alamat: Tanjung Dawai, Kuala Muda (Utara Muara Sg. Merbok Kedah)

#14 Chalet Terapung Segantang Garam

Kredit gambar: Tempat Menarik

Yang ni luar biasa sikit Mommy. Kalau mahu bercuti dan menginap di chalet terapung, Mommy boleh cuba di Chalet Terapung Segantung Garam ini! Mereka menawarkan tujuh buah chalet yang terapung di atas permukaan Sungai Merbok.

Chalet ini menyediakan dua buah chalet yang lengkap dengan penghawa dingin, chalet VIP, chalet berkembar dan bilik penginapan berasingan. Haa, banyak juga pilihannya. Boleh la Mommy pilih yang mana sesuai dengan keluarga.

Bukan setakat menginap sahaja, aktiviti lain juga ada seperti memancing di pelantar yang disediakan, melawat pulau-pulau berhampiran, melihat keindahan hutan paya bakau ataupun melihat muzium-muzium yang berhampiran. Seronok kan? Hati-hati apabila bawa si kecil ya, Mommy!

Alamat: Kuala Segantang Garam, Ban Kota Kuala Muda, Merbok, Kedah

#15 Tapak Arkeologi Sungai Batu

Kredit gambar: Mstar

Tapak Arkeologi Sungai Batu terletak hanya 10 km dari Sungai Petani. Di sini terdapat sebuah tapak yang bersejarah yang menunjukkan bukti kewujudan antara tamadun yang tertua di negeri Jelapang Padi ini.

Tapak ini dahulunya dikatakan sangat popular dengan aktiviti perdagangan kerana kedudukannya yang berhampiran dengan laut. Buat mereka yang gemarkan sejarah atau ingin refresh minda, Mommy bolehlah melawat ke tapak ini.

Alamat: Kampung Permatang Samak, 08100 Bedong, Kedah

Harga Ticket: Percuma

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 am – 12.00 pm) (2.00 pm – 4:30 pm)

#16 Hutan Lipur Rekreasi Tupah

Kredit gambar: Penang Travel Tips

Mahu sejukkan badan pada cuaca yang panas terik? Mari kita ke Hutan Lipur Rekreasi Tupah. Hutan Lipur ini terletak di dalam daerah Kuala Muda.

Berada pada ketinggian sekitar 100 ke 200 meter dari paras laut, sungainya mempunyai kepanjangan sehingga 2 km.

Di sini lengkap dengan pelbagai fasilti seperti surau, gerai makan dan tandas awam. Penduduk tempatan gemar ke sini untuk bermandi-manda dan berkelah pada waktu petang.

Untuk mengelak daripada kesesakan, datanglah pada hari biasa ya Mommy dan jangan lupa untuk menjaga kebersihan!

Alamat: Hutan Lipur Rekreasi Tupah, Merbok

#17 Jeti Sungai Semeling

Kredit gambar: Trip Advisor

Mahu menikmati dan melihat keindahan alam? Boleh datang ke Jeti Sungai Semeling. Di sini, terdapat laluan pejalan kaki yang panjangnya 1 km dan pemandangannya adalah hutan bakau. Luar biasa kan?

Mereka juga menawarkan pakej river cruise yang dapat dinaiki oleh para pengunjung dan menikmati suasan indah di sini. Mommy boleh bawa seisi keluarga untuk melihat keindahan paya bakau yang tidak mudah untuk dijumpai di kesesakan bandar terutamanya dalam zaman serba moden sekarang.

Alamat: K167, Kg.Nakhoda Busu Sungai Layar Ujong, 08000 Sungai Petani, Kedah

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00am – 7.00pm)

#18 Air Terjun Tupah

Kredit gambar: Adam Homestay

Tadi kita sudah lihat hutan lipur, adakah Mommy tahu di sini juga ada air terjun? Kawasan ini tidak jauh daripada Pekan Semeling, dan sering dikunjungi ramai orang tempatan terutamanya pada hujung minggu.

Anak-anak mesti enjoy bila datang ke sini kerana mereka dapat bermain air. Boleh berkelah, mengambil gambar alam sekeliling, dan meluangkan masa bersama keluarga.

Alamat: Air Terjun Tupah, Hutan Lipur Tupah, Kedah

#19 Sungai Merbok

Kredit gambar: Harian Metro

Kemudian, Sungai Petani ini juga mempunyai Sungai Merbok. Terletak di utara bandar Sungai Petani, Sungai Merbok mempunyai kelebaran sekitar 1 km.

Sungai ini adalah laluan yang sempurna untuk kapal-kapal besar lalu ke kawasan hulu. Sungai Merbok ini juga penuh dengan sejarah seperti Kota Istana Pulau Tiga, peninggalan kubu tentera British, tapak peninggalan ‘Gok’ pembakar kayu yang pernah suatu ketika dahulu digunakan sebagai tempat membuat batu-bata dan arang.

Alamat: Sungai Merbok

#20 Muzium Paya Bakau

Kredit gambar: IzzudinJanaton

Muzium ini dipanggil sebagai Muzium Paya Bakau yang terkenal di Semeling. Di sini, Mommy dapat melihat kawasan paya bakau, tempat membakar arang, dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan ekosistem paya bakau dan arkeologi di Semeling.

Di sini juga terdapat beberapa fasiliti seperti kaunter penerangan, kedai cenderahati, dan dewan serbaguna untuk kemudahan para pengunjung.

Alamat: Jalan Batu 8, Kampung Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00am – 6.00pm)

Rugi Kalau Tak pi!

Banyak rupanya tempat menarik di Sungai Petani yang boleh dinikmati bersama keluarga tercinta. Tunggu apa lagi, Mommy? Sediakan itinerary ke Sungai Petani hari ini, book tempat penginapan dan enjoy!

Selepas bercuti di Sungai Petani, Mommy boleh singgah pula di Alor Setar atau Langkawi! Selamat bercuti dan jaga diri!