Kajian berpendapat bahawa akupuntur dapat membantu pasang-pasangan menjalani kesuburan in vitro (IVF), tetapi keputusannya masih samar samaada ia dapat membantu kesuburan secara amnya. Walaupun kejadian kecil menunjukkan keputusan yang baik, banyak kajian lain yang diperlukan sebelum kita boleh memastikan terapi ini boleh membantu untuk hamil.
Akupuntur adalah berdasarkan teori tentang tenaga vital (atau “qi” disebut sebagai “chi”) mengalir pada badan melalui sesetengah tempat. Pakar akupuntur cuba untuk mengimbangi tenaga ini dan menyalurknnya pada tempat yang spesifik dengan menggunakan jarum kecil. Walaupun ia sudah menjadi perubatan di China untuk 5,000 tahun, akupuntur baru diterima baik oleh komuniti perubatan Amerika beberapa dekad yang lalu.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Pada tahun 2002, pasukan penyelidik German telah menemui bahawa akupuntur dapat meningkatkan kebarangkalian untuk hamil pada sekumpulan 160 wanita yang menjalani rawatan IVF. 42 peratus dari wanita tersebut yang menerima akupuntur sudah disahkan hamil, berbanding dengan 26 peratus yang tidak menerima rawatan tersebut. Pakar mengandaikan bahawa akupuntur membantu meningkatkan perjalanan darah ke uterus dan menenangkan tisu otot, memberi embrio peluang yang baik untuk implantasi.
Kajian lain mencadangkan bahawa akupuntur juga sangat efektif untuk mengurangkan tekanan. Semenjak tekanan disahkan boleh menggangu kehamilan, mengurangkan tekanan melalui akupuntur secara teorinya dapat meningkatkan kebarangkalian untuk hamil. Sesetengah wanita berpendapat bahawa akupuntur dapat membantu menangani tekanan mereka tentang percubaan untuk hamil.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Akupuntur juga membantu kesuburan lelaki. Beberapa kajian menunjukkan rawatan biasa dapat meningkatkan bilangan sperma dan motility. (keupayaan untuk sperma berenang).
Untuk lebih efektif, rawatan akupuntur yang diperlukan untuk meningkatkan bilangan sperma memerlukan konsepsi — minima 10 hingga 12 sperma yang bergerak melalui satu pancutan. Dan pada kajian ini lelaki tidak sampai ke tahap itu.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Walaubagaimanapun, kajian baru menunjukkan bahawa akupuntur dapat meningkatkan kualiti dan kesihatan sperma. Satu kajian yang dicetak tentang Fertility and Sterility pada tahun 2005, pakar menganalisis sample sperma daripada lelaki yang tidak diketahui tahap kesuburannya sebelum dan selepas rawatan akupuntur. Mereka mendapati bahawa akupuntur adalah berkait dengan kecacatan yang sedikit pada sperma dan peningkatan bilangan pada sperma biasa.
Ramai pakar percaya bahawa kita memerlukan kajian yang lebih baik dan lebih besar, secara rawak dan tidak mengetahui, penggunaan jarum palsu untuk sesetengah pesakit dan jarum yang betul untuk sesetengahnya lagi, untuk mengetahui samaada ia berhasil. Beberapa kajian diatas, pesakit dan pakar kesihatan mengetahui keberhasilan akupuntur, dan kajian itu bukanlah “tidak berpandu” dan kejayaan rawatan tersebut adalah hasil dari kesan plasebo. Mungkin ia merupakan kepercayaan pesakit untuk rawatan akupuntur — lebih dari akupuntur itu sendiri — yang membuahkan kejayaan tersebut.
Walaubagaimanapun, pada akhirnya tidak kira kejayaan rawatan tersebut adalah kesan placebo ataupun tidak. Ia ternyata bahawa akupuntur selamat, dan jika ia membantu kesuburan — walaupun ia kerana pemikiran anda begitu — ia mungkin berbaloi.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Langkah terbaik untuk merawat masalah kesuburan adalah dengan menghubungi pakar. Jika anda inginkan mencuba akupuntur, cari pakar akupuntur yang diiktiraf, ramai dikalangannya adalah doktor. National Institutes of Health menyediakan panduan untuk mencari pakar akupuntur yang berlesen.
The American Academy of Medical Acupuncture mempunyai mempunyai pangkalan data tentang pakar akupuntur yang berlesen.
Artikel ini dipetik dari CanAcupuntureBoostMyFertility