Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Alahan Haiwan

alahan haiwan

gambar daripada fubiz.net

 

 

Apa Itu Alahan Terhadap Haiwan Peliharaan?

Alahan terhadap haiwan peliharaan ialah tindak balas imun terhadap haiwan yang berbulu (kulit mengelupas), air liur, air kencing, atau najis. (Bulu haiwan atau rambut haiwan tersebut tidak mempunyai banyak allergen, tetapi ia boleh perangkap debunga, debu, kulat, dan pelbagai allergen.) Apabila kanak-kanak yang alah terhadap haiwan peliharaan menyedut masuk bulu atau bersentuhan dengan air liur atau najis, sistem imun kanak-kanak tersebut bertindak dan melepaskan histamina dan lebih 40 jenis bahan kimia untuk melawan allergen tersebut.

Histamina tersebar ke hidung dan saluran udara, bahan kimia akan menyebabkan simptom alahan seperti berikut: hidung berair, mata berair, selsema, dan simptom asma, seperti batuk dan mengeluarkan bunyi semasa bernafas. Malah, kebanyakan asma terjadi di awal zaman kanak-kanak dan tercetus daripada haiwan. Jika allergen bersentuhan dengan kulit bayi anda, ruam dan gatal-gatal boleh berlaku.

Setiap jenis haiwan termasuk anjing, hamster, tikus belanda, dan terutama kucing, boleh menyebabkan tindak balas terhadap kanak-kanak yang mengalami alahan.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bagaimana Untuk Mengenal Pasti Bayi Saya Alah Kepada Haiwan Peliharaan?

Sepanjang tahun (berbanding dengan musim) simptom seperti gatal-gatal, mata berair, ruam, hidung berair, selsema, batuk, atau mengeluarkan bunyi semasa bernafas dalam rumah semua adalah tanda-tanda alahan kepada habuk hama, kulat, atau haiwan peliharaan. Simptom tersebut juga mungkin akan terjadi apabila bayi anda tidak bersentuh dengan haiwan, allergen juga boleh dijumpai melalui kawasan tertutup. Ia mungkin mengambil masa untuk mengenal pasti punca masalah sama ada haiwan peliharaan anda atau sesuatu yang lain.

Walaubagaimanapun, bayi anda mungkin akan mempunyai tindak balas terhadap haiwan peliharaan apabila dia tidak berada di rumah. “dengan pendedahan kronik, simptom, apabila dicetuskan boleh berlaku selama beberapa hari selepas pendedahan dikeluarkan,” kata pakar kulit James L. Sublett, naib pengerusi jawatankuasa allergen dalaman daripada American College of Allergy, Asthma, and Immunology (ACAAI). “yang lebih penting, kemungkinan allergen akan bergerak ke persekitaran baru pada baju dan barangan lain.

Mengeluarkan anjing atau kucing anda dari rumah untuk tempoh ujian tidak mungkin berhasil, kerana mungkin terdapat bulu haiwan di rumah anda untuk mencetuskan alahan bayi anda walaupun haiwan peliharaan anda tiada. Jadi ia mungkin mengambil masa yang panjang seperti keluar dari rumah untuk anda mengesan bahawa bayi anda lebih baik tanpa haiwan peliharaan.

Jika anda berasa haiwan peliharaan punca simptom, anda mungkin perlu mencari rumah baru untuk haiwan peliharaan anda. Jika anda masih tidak pasti, anda mungkin mahu membawa bayi anda ke pakar untuk mendapatkan bantuan dengan lebih lagi.

Artikel ini dipetik daripada www.babycenter.com