Ibu, Bayi & Kanak Kanak

14 Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam – Bentuk Anak Jadi Taat dan Berakhlak Mulia

amalan ibu mengandung

Kredit gambar: www.homage.com.my

Momen yang ditunggu-tunggu oleh ramai kaum wanita yang mendirikan rumah tangga adalah mengandung dan memandangkan anak adalah penyeri rumah tangga dan pengikat hubungan suami isteri, Mommy perlulah pastikan kehadirannya itu diisi dengan amalan ibu mengandung yang membuahkan kebaikan berpanjangan.

Tetapi apakah amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang hamil yang berupaya membentuk sahsiah anak-anak?

Bermula dari dalam rahim lagi Mommy perlu lakukan amalan-amalan kebaikan. Bahkan tempoh 9 bulan 10 hari ini juga sebenarnya akan menjadi satu tempoh yang sangat penting bukan sahaja dari sudut kesihatan fizikal Mommy dan bayi, tetapi lebih kepada kesihatan dari segi kerohanian yang perlu diberi perhatian.

Oleh itu, perkongsian kali ini kita akan mengupas berkenaan amalan ibu mengandung menurut pandangan Islam. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian di bawah ini mengenainya!

Panduan Beberapa Amalan Ibu Mengandung Sepanjang Kehamilan

Pastikan Mommy mengisi masa Mommy dengan amalan-amalan yang baik untuk kerohanian Mommy. Berikut merupakan beberapa amalan yang boleh Mommy cuba sepanjang tempoh kehamilan ini iaitu:

#1. Jadikan Membaca Al-Quran Sebagai Rutin Harian

Highlighted

Kredit gambar: yaqeeninstitute.org.my

Bacaan ayat suci Al-Quran ternyata bukan sahaja dapat memberikan ketenangan kepada si pembaca tetapi juga kepada si pendengar. Bayi sudah mula boleh mendengar pada trimester kedua.

Biasakan bayi Mommy dengan alquran sejak dari dalam kandungan lagi. Oleh itu, bacakan bayi Mommy Al-Quran pada setiap hari.

#2. Banyakkan Membaca Kisah Para Anbia’ dan Para Sahabat

Mengandung, melahirkan dan membesarkan anak adalah satu perjuangan. Dengan membanyakkan bacaan kisah perjuangan para nabi/rasul dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini dapat memberi motivasi kepada Mommy untuk berhadapan dengan perjuangan yang bakal ditempuh tidak lama lagi.

#3. Menjaga Adab dan Emosi Terhadap Suami

Tidak kiralah samada alahan, perubahan hormon atau kerana emosi yang tidak stabil, jangan sesekali Mommy hilang adab dan beremosi secara berlebihan kepada suami. Suami adalah lubuk pahala bagi isteri dan juga syurga seorang isteri. Redha dan doa seorang suami sangat penting untuk isteri apatah lagi dalam keadaan mengandung.

#4. Pastikan Makan Makanan Dari Sumber Yang Halal

Kredit gambar: ashamultispecialityhospital.com

Mommy perlu memastikan bahawa setiap makanan yang dimakan adalah dari sumber yang halal dan baik dimakan. Ini kerana, apa yangMommy makan turut sama dimakan oleh bayi Mommy. Takkan seorang ibu sanggup bayinya makan benda yang tidak baik dan dari sumber yang tidak halalkan?

#5. Jauhi Sifat Negatif Seperti Dendam dan Dengki

Kredit gambar: www.idntimes.com

Sifat dendam dan dengki ini dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandungan dari segi akhlaknya. Walaupun tiada kajian yang membuktikannya namun tidak mustahil ianya boleh terjadi.

Perkara negatif seperti ini bukan memberi kesan kepada bayi tetapi juga emosi mommy akan terkesan apabila sering memikirkan tentang dendam dan sakit hati dengan orang lain.

#6. Amalan Ibu Mengandung Dengan Banyakkan Senyum

Kredit gambar: wallpaperaccess.com

Senyumkan satu sedekah. Mana tahu terkenan dengan bayi yang dikandung. Pastinya bahagia bukan sekiranya dapat sentiasa melihat senyuman bayi anda kelakkan? Selain itu, senyum juga ialah satu terapi. Mommy yang suka senyum akan dapat satu aura yang positif dan membuatkan Mommy sentiasa ceria.

#7. Amalan Ibu Mengandung iaitu Berbual Dengan Anak Dalam Kandungan

Berbuallah dengan anak dalam kandungan Mommy. Kajian menunjukkan bahawa bayi dapat mengenali suara Mommy dan Daddy apabila sering bercakap dengan mereka sejak dari dalam perut lagi. Jadi banyakkan bercakap dengan bayi berkenaan dengan perkara yang baik-baik.

#8. Banyakkan Memanjatkan Doa Kepada Allah

Kredit gambar: jurnalmedan.pikiran-rakyat.com

Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan kekuatan sepanjang tempoh mengandung dan kemudahan semasa proses melahirkan kelak. Dengan izin Allah pasti dimakbulkan.

#9. Amalan Ibu Mengandung dengan Lakukan Kerja-kerja Ringan di Rumah

Mengandung bukan tiket untuk duduk tanpa melakukan sebarang pekerjaan di rumah. Mommy boleh lakukan kerja-kerja ringan di rumah bagi membantu memudahkan urusan bersalin kelak.

#10. Amalan Ibu Mengandung iaitu Jangan Terlalu Stress atau Tertekan

Sentiasa stress dan tertekan semasa tempoh mengandung dikhuatiri akan memberi kesan tidak baik kepada bayi yang dikandung.

#11. Banyakkan Bertaubat dan Beristighfar Kepada Allah S.W.T

Seperti yang disebut di atas, mengandung dan melahirkan adalah satu perjuangan. Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah agar dikurniakan pengampunan sebelum berjuang semasa proses kelak.

#12. Solat di Awal Waktu dan Banyakkan Solat Sunat

Umat islam dianjurkan untuk solat di awal waktu supaya dikurniakan keredhaan dan rahmat Allah kelak. Perbanyakkan juga solat sunat mohon petunjuk dan kemudahan semasa bersalin kelak.

#13. Jadikan Zikir Sebagai Rutin Harian

Zikir adalah salah satu cara untuk menenangkan diri. Jadikan amalan zikir sebagai rutin harian untuk mendapatkan ketenangan. Mommy boleh juga amalan zikir Nabi Yunus ketika peristiwa ditelan ikan. Zikir ini boleh dipraktikkan juga semasa berlakunya contraction.

#14. Banyakkan Menghadiri Majlis Ilmu

Majlis ilmu adalah taman syurga. Banyakkan menghadiri majlis ilmu bukan sahaja menambahkan ilmu tetapi juga sebagai terapi diri apabila dapat berjumpa dengan ramai orang. Ilmu dapat kawan pun dapat!

Bukan sahaja kesihatan dari segi kerohanian terjaga bahkan mendapat rahmat dan redha Allah S.W.T.


Jika Mommy ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan surah-surah yang baik untuk diamalkan semasa mengandung Mommy boleh rujuk SINI!