Rasulullah S.A.W. selalu jadikan zikir sebagai amalan sepanjang hidup Baginda dan terdapat banyak amalan zikir harian Rasulullah S.A.W. yang boleh diamalkan oleh seluruh umat Islam.
Zikir dalam Islam merujuk kepada tindakan mengingati dan menyebut nama Allah SWT. Ia melibatkan pengulangan kata-kata, frasa, atau doa-doa yang ditentukan, sebagai bentuk ibadah dan penghubungan dengan Allah.
Zikir merupakan salah satu cara bagi umat Islam untuk menguatkan hubungan dengan Allah S.W.T dan memperoleh ketenangan serta keberkahan.
Amalan berzikir boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, seperti melalui pengulangan kalimah tauhid (la ilaha illallah), tasbih (pengulangan Subhanallah), tahmid (pengulangan Alhamdulillah), takbir (pengulangan Allahu Akbar), dan lain-lain.
Ia boleh dilakukan secara lisan atau secara hati. Selain itu, zikir juga boleh dilakukan secara berjemaah atau secara individu.
7 Amalan Zikir Harian Rasulullah Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari
#1. Amalan Zikir Harian Rasulullah dengan Mengucap Laa Ilaaha Illallahu Muhammadur Rasulullah 100x
مَنْ قَالَ كُلَّ يَوْمٍ لا إلٰهَ إلاَّ الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله مَائَةَ مَرَّة جَاءَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالقَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ
Maksudnya:
“Barangsiapa setiap hari membaca Laa Ilaaha Illallahu Muhammadur Rasulullah (Tidak ada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad adalah utusan Allah) sebanyak 100 kali, maka ia datang pada hari kiamat mukanya bagaikan bulan purnama”.
(Kitab Lubabul Hadis)
#2. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍقَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ
Maksudnya:
“Barang siapa yang membaca Laa Ilaaha Illallahu Wahdahuu Laa Syarika Lahuu, Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Wa Huwa ‘Alaa Kulli Syai’in Qodir (Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Tunggal tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu) sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan sepuluh orang budak, ditetapkan baginya seratus hasanah (kebaikan) dan dijauhkan darinya seratus keburukan dan baginya ada perlindungan dari (godaan) setan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya dari orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat lebih banyak mengamalkan (membaca) zikir ini”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Ibnu Majah)
#3. Membaca Laa Ilaaha Illallaahul Malikul Haqqul Mubin 100x
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
من قال في يومه مائة مرة لا اله إلا الله الملك الحق المبين كان له أماناً من الفقر وأنساً من وحشة الق وفتحت له أبواب الجنة
Maksudnya:
“Barangsiapa membaca pada pagi hari 100 kali Laa Ilaaha Illallaahul Malikul Haqqul Mubin, maka akan merupakan jaminan aman dari kemiskinan, akan menjadi kesenangan dalam kuburnya dan terbuka baginya pintu-pintu syurga.”
(Hadis Riwayat Al Khatib, Abu Naimdan Ibn Abdul Bar)
#4. Dari Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda iaitu:
مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Maksudnya:
“Barangsiapa mengucapkan Subhaanallaahi Wa Bihamdihi (Maha suci Allah dan segala pujian hanya untuk-Nya) sehari seratus kali, maka kesalahan-kesalahannya (dosa) akan terampuni walaupun sebanyak buih di lautan.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, Ahmad, Ibnu majah dan Imam Malik)
#5. Mengucapkan Selawat antara Amalan Zikir Harian Rasulullah
Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
مَنْ صَلّى عَلَيَّ وَاحِدةً صَلّى الله عَلَيْه عَشْراً، وَمَنْ صَلّى عَلَيَّ عَشْراً صَلّى الله عَلَيْهِ مائَةً، وَمَنْ صَلّى عَلَيَّ مائَة كَتَبَ الله لَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ بَرَاءةً مِنَ النِّفَاقِ وَبَرَاءَةً مِنَ النَّارِ وَأَسْكَنَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ مَعَ الشّهَدَاءِ
Maksudnya:
“Barangsiapa yang membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat untuknya sepuluh kali, dan barangsiapa berselawat untukku sepuluh kali, maka Allah berselawat untuknya seratus kali, dan barangsiapa berselawat untukku seratus kali, maka Allah menulis diantara kedua matanya kebebasan dari nifak, dan kebebasan dari neraka dan ditempatkan pada hari kiamat bersama orang-orang yang mati syahid.”
(Hadis Riwayat. At-Tabrani)
#6. Dari Ibnu Umar dia berkata
إِنْ كُنَّا لَنَعُدُّ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَجْلِسِ يَقُولُ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ مِائَةَ مَرَّةٍ
Maksudnya:
“Apabila kami menghitung ucapan Rasulullah S.A.W. dalam suatu majlis, “Rabbighfirli Watub ‘Alayya Innaka Antat Tawwabur Rahim” (Ya Rabbku, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Maha penerima taubat dan maha penyayang) beliau mengucapkannya sebanyak seratus kali.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Abu Daud)
#7. Dari Ka’ab bin ‘Ujrah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:
مُعَقِّباتٌ لاَ يَخِيبُ قَائِلُهُنَّ أَوْ فَاعِلُهُنَّ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ: ثَلاثٌ وَثَلاثونَ تَسْبِيحَةً وَثَلاثٌ وثَلاَثونَ تَحْمِيدَةً، وَأرْبَعٌ وَثَلاَثونَ تَكْبِيرَةً
Maksudnya:
“Ada beberapa kalimah pengikut yang tidak akan merugikan orang yang mengucapkannya atau melakukannya di akhir setiap solat wajib iaitu, tiga puluh tiga kali tasbih (Subhanallah), tiga puluh tiga kali tahmid (Alhamdulillah), dan tiga puluh empat kali takbir (Allahu Akbar).”
(Hadis Riwayat Muslim)
Manfaat zikir dalam Islam adalah membantu memfokuskan fikiran, menenangkan jiwa, dan mengingatkan umat Islam tentang kehadiran Allah dalam setiap aspek kehidupan. Ia juga dianggap sebagai cara untuk membersihkan hati, meningkatkan kesedaran diri, dan memperoleh keampunan serta pahala dari Allah SWT.
Zikir merupakan amalan penting dalam agama Islam, dan umat Islam dianjurkan untuk melibatkan diri dalam zikir secara konsisten.
Ia dapat dilakukan dalam pelbagai situasi, seperti semasa solat, dalam perjalanan, atau ketika berada di rumah.
Zikir adalah salah satu cara untuk memperkuat hubungan spiritual dengan Allah dan meningkatkan kualiti kehidupan sebagai seorang Muslim.
Oleh itu, mulai sekarang, jadikan zikir sebagai amalan harian kita untuk jalani kehidupan dengan lebih tenang dan memperoleh keberkatan daripada Allah .S.W.T.
Dapatkan pelbagai lagi info dan panduan ibadah yang lain di SINI!