Anak-anak Perlu Lebih Kerap Balik Kampung Untuk Melihat Datuk dan Neneknya
Kita telah melihat ramai ibu bapa yang cuba menjauhkan anaknya daripada datuk dan nenek mereka, tidak semua tapi kebanyakan. Samada kerana jarak atau perpisahan emosi. Simpan di ingatan, walau betapa sukar hubungan anda dan ibu bapa anda, anak anda tidak patut dilibatkan. Adakah anda terlalu sibuk bekerja hingga tiada masa membawa anak-anak berjumpa datuk dan neneknya? Jadual yang sibuk ataupun perbalahan antara ibu bapa anda, anda perlu membawa anak-anak berjumpa mereka sekerap mungkin. Jika anda ada hubungan yang baik dengan datuk dan nenek anda, anak anda juga sepatutnya.
Datuk dan nenek bukan sekadar servis pengasuhan percuma. Mereka lebih dari itu. Hubungan generasi antara anak dan ibu bapa anda adalah berfaedah untuk anak-anak. Mereka tidak perlu tinggal selama tiga hari tiga malam di rumah datuk neneknya, mahupun satu malam. Yang diperlukan hanyalah masa (setengah hari) untuk diluangkan bersama datuk neneknya. Kenapa mereka perlu luangkan masa bersama datuk dan neneknya? Inilah sebabnya:
Mengajar mereka tentang kepentingan keluarga
Datuk dan nenek adalah contoh terbaik sebab kita perlu lebih menghargai keluarga. Jika anda kerap bawa anak-anak balik kampung, mereka akan tahu kepentingan keluarga. Mengajar mereka pada awal usia bahawa meletakkan keluarga lebih dari yang lain agak sukar kerana rumah datuk nenek tidak akan ada gajet dan permainan video. Oleh kerana sekarang ialah abad ke 21, datuk dan nenek akan berikhtiar menyediakan gajet tersebut untuk cucunya. Penting untuk anda menunjukkan nilai dan hubungan yang baik dengan ibu bapa atau datuk nenek anda (jika masih ada) supaya anak-anak tidak akan mengikut jejak yang salah. Anak-anak cenderung kepada benci untuk balik kepada anda setelah berkeluarga kerana layanan anda terhadap ibu bapa anda. Jadi ingat, apa yang anda beri, itu yang anda dapat.
Bawa anak anda ke perjumpaan keluarga. Bawa mereka ke barbeku keluarga di rumah ibu bapa anda. Hantar mereka berkhemah dengan datuk dan nenek mereka. Makan ais krim dan ke salon bersama-sama. Apa-apa sahaja yang membuat mereka meluangkan masa dan berseronok bersama ibu bapa anda sebelum terlambat.
Meningkatkan kebijaksanaan emosi
Sekarang, agak ganjil untuk kerap membawa anak-anak balik kampung, tetapi ia adalah fakta. Membawa mereka balik ke kampung halaman anda untuk berjumpa datuk nenek mereka akan meningkatkan kepandaian emosi, mereka akan mengubah tindak balas emosi pada situasi yang berbeza. Oleh kerana ibu bapa anda semakin tua, tingkah laku dan perasaan mereka berubah sedikit demi sedikit. Anak anda akan belajar untuk faham jika datuk neneknya terlalu penat untuk bermain. Adakah mereka akan mengamuk atau mereka akan faham? Jika nenek merka membuat biskut dan suruh dia tunggu kerana panas. Adakah dia akan marah dan ambil sahaja atau mereka akan ikut arahan? Jika mereka bermain permainan dan datuk mereka kalah, tetapi dia tidak kisah. Mereka akan belajar situasi seperti yang dilakukan datuk mereka.
Perkara remeh ini adalah penting dalam perkembangan setiap anak. Apa yang dilihat setiap hari, mereka akan ikut. Sementara perkara teknikal seperti menyuruh mereka duduk dan belajar kepentingan sesuatu, perkara ini penting. Kanak-kanak tidak seperti orang dewasa. Orang dewasa lebih senang mengikut arahan (kebanyakannya) tetapi kanak-kanak belajar melalui pemerhatiannya setiap hari.
Menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu seperti rumah datuk nenek
Jika anda tidak tinggal bersama ibu bapa, ini adalah langkah yang bagus untuk mengajar anak anak menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu. Normal untuk ibu bapa untuk melindungi anak mereka dengan tinggal di rumah, terutamanya ibu bapa baru. Walaubagaimanapun, penting juga untuk kanak-kanak menyesuaikan diri dengan persekitaran baru seperti taman atau pusat asuhan. Jika anda risau mereka bermain di tempat awam seperti itu, bawalah mereka ke rumah ibu bapa anda. Ibu bapa telah membesarkan anda; mereka tahu mengendali kanak-kanak. Jika anda ingin membesarkan anak anda dengan cara yang berbeza, bincang dengan ibu bapa atau mentua anda tentang cara anda menjaga mereka. Anda berhak berkata demikian.
Sangat disarankan untuk membawa anak-anak balik kampung jika anak anda takut untuk berjumpa orang baru atau tempat baru walaupun mereka pernah pergi beberapa kali. Tempat ibu bapa anda adalah yang terbaik untuk mereka selaraskan dan menghadapi ketakutan tersebut.
Belajar perkara baru daripada datuk dan nenek
Pernahkah anda menonton Masterchef Junior? Jadi anda tahu maksud kami. Kebanyakan kanak-kanak itu mengatakan bahawa mereka belajar kemahiran memasak daripada nenek mereka (sangat comel!) Memang kebanyakan datuk dan nenek akan dan mahu mengajar cucu mereka perkara baru seperti memasak dan berkebun. Segelintir ibu bapa ragu-ragu untuk mengajar mereka memasak kerana terlalu berbahaya atau tidak berguna. Tetapi datuk dan nenek degil, walaupun sudah diberitahu jangan biarkan mereka bermain di dapur!