Apabila kita tengok si manja, mereka mungkin kurang gemar bila bermain bersama Mommy banding dengan Si Ayah. Pernah tak Mommy rasa,
“Apa kurangnya Mommy berbanding Daddy?”
Kalau Mommy nak tahu, sebenarnya banyak faktor yang dapat diambil kira.
Ikuti perkongsian daripada Encik Fhais Salim, selalu berkongsi tetang ilmu keibubapaan, Encik Fhais menyentuh topik tentang kenapa anak-anak lebih prefer bermain dengan bapa berbanding dengan ibu.
Jom kita baca!
Mommy VS Daddy
Highlighted
Patut la anak suka bermain dengan ayah berbanding ibu. Ini kerana cara ayah bermain yang sedikit kasar dan lasak dalam games fizikal buat anak rasa lebih puas dan lebih enjoy bermain.
Memang fitrah kanak-kanak lebih suka aktiviti fizikal berbanding aktiviti berfikir jika main dengan ibu. Rugi la jika ayah tak luangkan masa bermain dengan anak seawal usia 0-3 tahun.
Ada kajian yang di lakukan oleh universiti di cambridge dan kerjasama dengan Lego Foundation mendapati bahawa anak yang selalu dapat Kualiti Playtime dengan ayah pada usia ini akan membesar dengan sangat sihat emosi dan kelakuannya.
- dia kurang tantrum
- dia kurang ganas
- dia mahir kawal emosi
- dia kurang masalah kelakuan
- dia lebih penyayang
- akhlaknya lebih baik
Berbanding dengan anak yang tidak dapat langsung kualiti Playtime dengan ayah mereka.
Ada hujahnya!
Menurut Professor Paul Ramchandani dari University of Cambridge, games fizikal yang anak selalu main bersama ayahnya itu membantu perkembangan skil Self-Regulation. Ini la skil yang bantu anak kita kawal tenaga dia supaya tidak terlalu kasar, kawal emosi dia supaya tidak terlalu cepat melenting dan kawal dirinya supaya jadi cepat matang.
Fuh! Besar sungguh manfaat ayah bermain dengan anak ye. Bukan sahaja manfaat dari segi fizikal tapi dari segi perkembangan emosi juga.
Tapi jujur saya kata, anak anak tak fikir sangat pun pasal perkembangan tu semua.
Apa yang diorang fikir cuma satu!
Iaitu nak rasa gembira bermain bersama-sama ayahnya sahaja. Ayahkan sumber kebahagiaan setiap anak anak.
Macam tu rupanya! Anak-anak lebih suka bermain dengan bapa kerana agresif dan lasak, barulah puas bermain! Mommy pun boleh juga tapi kena main lasak la dengan mereka. Bila letih, senang la mereka tidur malam.
Dalam pada itu, bapa-bapa perlu ambil kesempatan ini untuk spend time lebih dengan mereka sebanyak yang mungkin! Anak-anak membesar dengan cepat dan mungkin masa bersama tidak lama seperti yang Mommy dan Daddy sangkakan. Hargai saat-saat itu dan nikmatilah masa bersama!
Selamat mencuba~
Kredit: Mohd Fhais Salim
Mommy perlukan lebih banyak tips keibubapaan? Boleh klik di SINI.