Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Anak Boleh Bercakap Tapi Tiada Komunikasi? Ibu Kongsi Tips Komunikasi Dengan Anak

Tidak dinafikan, memang teruja apabila si manja sudah pandai bunyi-bunyi dan bercakap. Tetapi adakah percakapan mereka bermaksud mereka sebenarnya sedang berkomunikasi dengan kita? Ataupun bunyi kosong semata-mata?

Disebabkan mereka kerap tengok TV dan video-video di YouTube, mereka sering mengulangi perkataan yang sama dan apabila kita bercakap dengan si manja pun, jawapannya sama.

Ikuti perkongsian tips daripada Puan Wan Nur Syakira, seorang Penulis dan ibu yang sering kongsikan ilmu keibubapaan, tentang kenapa jika perkara ini dibiar berlarutan, anak Mommy sebenarnya tiada kemahiran komunikasi.

Jom baca dengan lebih lanjut.

Kenapa Bahaya Jika Anak Tak Reti Berkomunikasi 

Highlighted


Bahaya sebenarnya kalau anak boleh cakap, tapi tak boleh komunikasi! Apa maksudnya ?
  • Boleh cakap dialog kartun yang dia tengok, tapi bila kita ulang dialog yang sama, anak tak faham dan jawab.
  • Boleh sebut dengan fasih atau pelat ABC, 123, car, aeroplane, tapi tak pernah panggil “ibu, ayah”.
  • Boleh sebut dan cakap benda atau kartun yang suka minat seperti “cocomelon”, “upin ipin”, “ejen ali” tapi dia tak pernah jawab dan respon bila ditanya apa-apa soalan.
  • Boleh nyanyi lagu yang dia hafal dan suka, tapi bila dia nak minta sesuatu, masih tarik-tarik tangan ibu ayah.
  • Boleh sebut gambar haiwan giraffe, cat, chicken, snake, tapi tak tahu nak cakap “nak makan ” atau “nak susu” sehinggakan dia mampu menangis saja.

Perhatian Buat Mommy!

Ini red alert untuk komunikasi anak! Nampak macam okay, tapi sebenarnya tak. Anak perlu tahu bercakap dua hala untuk membesar dengan normal dan baik. Sepatutnya: 
→Umur 2-3 tahun
  • Dah boleh berborak tentang perkara yang tiada di bilik.
  • Tahu gunakan kata hubung seperti atas, dalam, bawah.
  • Dah boleh tanya sesuatu guna 2 atau 3 patah perkataan.
→Umur 3-4 tahun
  • Boleh jawab soalan mudah seperti siapa, apa, di mana.
  • Boleh cerita dalam 4 patah perkataan, walaupun ada kesalahan dalam bina ayat.
  • Boleh guna kata ganti nama seperti saya, awak, kami.
→Umur 4-5 tahun
  • Boleh respon kepada “Apa kamu tanya tadi”.
  • Boleh faham perkataan berkaitan masa ” hari ini”, semalam dan “esok”.
  • Boleh ikut arahan panjang seperti pakai baju, ambil buku.
  • Boleh cerita sesuatu dengan ringkas.
Ini adalah perkembangan normal milestone sosial dan komunikasi kanak-kanak. Kalau perkembangan tidak normal, ia boleh ganggu:
  • Kemahiran anak nak urus diri(makan, toilet training, dan banyak lagi).
  • Kemahiran nak urus emosi (tak boleh ekspresikan apa yang mereka rasa dalam perkataan).
  • Kemahiran kognitif/ berfikir anak (bila anak boleh bercakap, dia akan banyak bertanya , apa yang ibu ayah cakap, mereka ada kemampuan untuk faham).
  • Kemahiran sosial dan komunikasi (susah nak berinteraksi dengan orang lain atau keluarga sendiri).

Apa yang perlu dibuat? Antaranya,
  1. Lakukan aktiviti ransangan bercakap di rumah.
  2. Banyakkan bermain sambil bercakap dengan anak.
  3. Fokus pada sebut apa yang anak pegang dan lakukan.
  4. Terus dapatkan assessment dari terapis perkembangan kanak-kanak . Jangan bertangguh.
Penting sangat kita peka tentang bercakap ni. Kemahiran sosial dan bercakap banyak mempengaruhi kemahiran anak menguruskan kehidupan sehariannya.
Jika Mommy nak baca dengan lebih lanjut tentang ini, boleh klik pada link ini.
Banyak tips daripada Puan Syakira yang Mommy boleh ambil ikhtibar dan masukkan dalam aktiviti seharian. Mujur ada petua-petua ini untuk Mommy fahamkan lagi situasi percakapan anak Mommy.
Yang penting Mommy harus ajarkan mereka satu per satu, dan jangan tangguh ok! Mereka perlu konsisten agar kemahiran komunikasi mereka untuk berkembang.
Kredit: Facebook Wan Nur Syakira