Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Anak derhaka! Keluarga sendiri ditatang, ibu yang melahirkan dibuang.

anak derhaka

Mana hilangnya kasih sayang dan rasa hormat sebagai seorang anak terhadap ibubapa sendiri? Viral pula kisah seorang ibu tua yang dah berumur 80 tahun dihalau oleh anak sendiri dengan alasan RUMAH TAK CUKUP RUANG, SEMPIT.

Highlighted


Amboi satu kampung ke tinggal dalam rumah sampai ibu sendiri sanggup nak halau?

Lebih menyedihkan lagi kejadian ni dah berlaku sejak setahun yang lalu. Dah la halau mak sendiri keluar dari rumah, lepastu biar je mak ‘tinggal’ dekat hentian bas. Tergamaknya. Best ke kalau dilabel anak derhaka? Kalau ye pun taknak mak tinggal serumah, mungkin boleh carikan tempat tinggal yang lain untuk mak.

BACA: Cara mengajar anak-anak menjadi lebih beradab.

Kes viral setelah laporan dibuat orang awam.

Sumber: Google

Orang awam yang sering berada di hentian bas di Serdang itu membuat laporan kepada dermawan terkenal, Kuan Chee Heng. Kuan Chee Heng kemudian terus pergi ke tempat yang diberitahu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa sebenarnya yang terjadi.

Ibu tua itu sebenarnya mempunyai 2 orang anak – seorang lelaki dan seorang perempuan. Sebelum ni dia tinggal dengan anak lelakinya yang berumur 50-an. Lebih kurang setahun yang lepas dia dihalau dari rumah anaknya dan memilih hentian bas sebagai tempat untuk berteduh.

Anak masih datang melawat dan memberi makan.

Kuan memberitahu yang anak yang menghalau ibunya itu masih datang melawat dan membawa makanan untuk ibunya. TAPI seperti tak ambil kisah ibunya berteduh di mana. Anak jenis apa ni? Sanggup biarkan mak sendiri macam tu.

Sumber: Google

Kenapa nak masuk campur hal keluarga saya?

ujar anak tak kenang budi itu apabila ditanya mengenai apa yang berlaku.

Angkuh dan pentingkan diri sendiri! Kuan Chee Heng sendiri terkejut dengan reaksi yang diberi apabila beliau berjaya menghubungi anak tersebut.

Dia dikatakan tidak rasa bersalah atas perbuatan yang dilakukan, malah makin marah apabila ada yang masuk campur hal keluarganya.

Orang ramai yang mengetahui cerita ini meluahkan rasa marah mereka terhadap anak-anak ibu tua itu. Ini lah yang dikatakan seorang ibu boleh jaga 10 orang anak, namun 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang ibu. Sedih 🙁

Terima kasih kepada Kuan Chee Heng, ibu malang itu kini berada dalam jagaan rumah kebajikan di Ulu Yam.

Sumber: Google

Lelaki kongsi kisah teman baik derhaka ibu sendiri

Di laman sosial Twitter juga trending tentang hubungan seorang lelaki dengan ibunya yang diceritakan kawannya, @luqman_kaka.

Sumber: Twitter

Kalau kau tahu betapa seksanya melahirkan anak, kenapa kau tak hormat orang yang melahirkan kau?

Anak-anak, tak kira apa pun yang berlaku, jangan sesekali derhaka dengan ibubapa sendiri. Sentiasa hormat mereka dan cuba untuk membalas jasa dan kasih sayang mereka. Banyak berkat yang bakal anda dapat nanti.

Dapatkan barangan bayi yang best disini!