Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sex Education #7 – Siapakah Pedofilia?

pedofilia

Baca versi Inggeris di sini.

Saya percaya pedofilia bukan lagi satu perkataan asing dekat Malaysia ni. Melainkan, anda malas membaca atau tak ambil tahu kes-kes yang berkaitan dengan kanak-kanak. Sekarang ni dekat mana-mana pun bahaya. Tak kisah la di dunia realiti mahupun alam maya.

Highlighted


Kes terbaru, melibatkan 9 pelajar tahfiz yang dipercayai diliwat oleh pengetua sendiri di Kepong. Mereka ni baru berumur antara 11 hingga 16 tahun! Berdasarkan laporan, pelajar-pelajar malang ini dipaksa melakukan pelbagai aktiviti seksual selain diliwat sejak beberapa bulan lalu.

Mangsa lain mendakwa dipaksa melakukan onani , mandi bersama, diraba selain pelbagai perbuatan tidak masuk akal oleh suspek yang juga mudir pusat tahfiz itu,

Jijiknya! Apa salah pelajar-pelajar ni? Mereka dihantar ke pusat tahfiz ni untuk belajar tentang agama dengan lebih mendalam, lain pulak yang ‘diajar’ nya.

Bestnya barang baby dekat Motherhood.com.my ni!

Siapa Pedofilia ni?

Pedofilia adalah seseorang yang tertarik secara seksual terhadap kanak-kanak yang berumur 13 tahun atau kurang. ‘Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders‘ telah menyenaraikan pedofilia antara penyakit mental yang dikenali sebagai ‘Pedophilic Disorder’.

Antara ciri-ciri yang ada pada seorang Pedofilia ialah:

Seorang pedofilia sebenarnya tak kira jantina, samada lelaki mahupun perempuan. Tapi kebanyakkan dalam kes-kes yang berlaku, pemangsa adalah seorang lelaki.

  • Seorang ‘Groomers’ – pelaku yang sering mendekati kanak-kanak atas tujuan hubungan seksual
    • Mengajak kanak-kanak tengok bahan lucah, melakukan perbuatan seksual dsb.
  • Kebanyakkannya lelaki dewasa dan ada juga yang sudah berkahwin.
  • Lebih gemar bergaul dengan kanak-kanak berbanding orang dewasa.
  • Mengumpul gambar kanak-kanak – tak kira gambar biasa mahupun gambar mereka yang melampaui batas.
  • Bercakap tentang kanak-kanak sama seperti bercakap mengenai kekasih.
  • Lebih gemar mendekati kanak-kanak yang keseorangan, dahagakan perhatian keluarga, kurang kasih sayang, keluarga yang bermasalah dsb.

Berapa besar masalah ini?

Ramai je manusia bertopengkan binatang dekat luar sana tu. Jangan mudah terpengaruh dengan pemakaian mereka tau. Bukan setakat apa yang dipakai, kadang-kadang muka innocent je, tapi jangan terkejut kalau dia tu seorang pedofilia.

  1. Richard Huckle – seorang guru Bahasa Inggeris yang telah mencabul sehingga 200 kanak-kanak.
  2. Pelajar pintar Matematik yang memiliki dan menyebar gambar lucah kanak-kanak dan kini bebas.
  3. Wujud je group-group pedofilia di Telegram, Whatsapp dan WeChat yang sering berborak mengenai kanak-kanak!

Sekali lagi disarankan, ibu bapa perlu sentiasa tanyakan anak-anak anda bergaul dengan siapa – kawan-kawan mereka, dengan siapa mereka habiskan masa dan sebagainya. Ajar mereka bahagian-bahagian tubuh badan mereka YANG TAK BOLEH DISENTUH SESIAPA PUN!

Kalau ada anak-anak yang bercakap mengenai penderaan atau hal-hal berkaitan seksual, galakkan mereka untuk beritahu semuanya. Jika anda syak anak anda salah seorang mangsa, jangan takut untuk berdiam diri. Segera laporkan kepada polis dan bawa anak anda ke hospital untuk pemeriksaan.

Ikuti siri #SexEducation untuk dapatkan informasi menarik mengenai pendidikan seks yang harus anda tahu!

Bestnya barang baby dekat Motherhood.com.my ni!