Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Anak Jatuh Katil, Jangan Ambil Ringan! Ibu Kongsi Merasa Gagal Apabila Mengetahui Keadaan Anaknya Selepas 4 Hari

Insiden jatuh katil bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan oleh ibu ayah. Meskipun banyak kesan dari jatuh hanya menyebabkan lebam dan luka ringan pada si kecil tetapi sesetengahnya boleh menjadi serius dan memerlukan rawatan yang segera.

Ibu ayah  perlu risau dan pantau keadaan anak selepas jatuh dari katil. Ini kerana bayi dan kanak-kanak mempunyai tubuh badan yang masih lembut dan jika terhentak sesuatu padanya boleh mendatangkan kesan yang lain.

Mari ikuti perkongsian tentang si ibu yang kecewa dan menganggap dirinya ‘such a loser’ apabila merasa gagal dalam memahami keadaan anaknya.

Sangat terkejut apabila mereka sendiri tidak sangka kecederaan yang dialami anaknya begitu serius.

WAJIB DIPANDANG SERIUS ANAK YANG JATUH KATIL 

Pada 15/5/2023 sekitar pukul 2.30 am, Amani jatuh dari katil dan menangis dengan agak teruk tetapi saya dan suami hanya menganggap yang amani hanya terseliuh biasa kesan dari jatuh itu.

Pada 16/5/2023, pagi itu saya dan suami bawa Amani pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan dan doktor hanya mengatakan bahawa muscle bengkak dekat bahagian bahu dan tidak perlu x-ray sebab Amani masih boleh angkat tangan lagi. Amani masih aktif seperti biasa tetapi dia terhadkan penggunaan tangan belah kiri. 

Pada 17/5/2023, Saya mula perasan yang Amani berjalan senget kan badan ke kiri dan nampak pelik. Tapi saya masih tak bawa Amani ke hospital sebab masih nak pantau lagi kerana Amani kadang-kadang je jalan dalam keadaan macam tu.

Pada 18/5/2023, Saya dah malas nak main rasa-rasa kerana tidak sedap hati melihat keadaan Amani. Terus bawa Amani pergi check up dan doktor minta buat x-ray untuk meihat keadaan tangan Amani. Selepas result x-ray keluar, doktor sahkan tulang leher (bahagian depan) Amani patah. Setelah mendapat tahu semua ini saya merasa ‘superb big loser’ kerana lambat perasan semua ni kerana selama 4 hari Amani telah menahan sakit. 

Amani kena pakai arm slig untuk elakkan banyak pergerakan dekat tangan kiri dia. Sakit pun, Amani masih boleh gelak dan senyum.

Ibu mana yang tidak risau dan sedih melihat anaknya sakit. Daripada perkongsian Puan Ashikin Zainal, dapat memberikan pengajaran kepada semua Mommy supaya lebih peka pada perubahan anak setelah mengalami sebarang kecedaraan.

Jika anak terjatuh adalah lebih baik melakukan pemeriksaan doktor untuk mengetahui keadaan dalaman anak dengan lebih jelas agar tidak membawa kepada kemudaratan.

Semoga dengan perkongsian beliau dapat memberi pengetahuan baru kepada Mommy serta lebih peka pada keadaan anak terutama apabila jatuh dari katil. Lepas ni, Mommy jangan ambil mudah ye meskipun tiada kecederaan luar pada tubuh badan anak.

Kredit: Instagran Ashknznl 

Apa Perlu Buat Jika Anak Jatuh Katil ?

Highlighted


#1. Sekiranya Mengalami Kecederaan Biasa

  • Tenangkan anak dan periksa sebarang kecederaan di tubuhnya.
  • Letakkan ais pada jika ada benjolan atau lebam.
  • Berikan ubat untuk mengurangkan kesakitan jika anak sedarkan diri.
  • Biarkan anak anda berehat secukupnya untuk beberapa jam.
  • Pada 24 jam seterusnya, perhatikan anak anda dengan teliti jika mempunyai sebarang gejala atau tingkah laku yang luar biasa.

#2. Sekiranya Mengalami Kecederaan Serius

Segera dapatkan rawatan ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk rawatan lanjut untuk mengenal pasti keadaan mereka.

  • Kepala, leher, belakang, tulang pinggul atau paha cedera dengan teruk.
  • Tidak sedarkan diri.
  • Mengalami masalah bernafas.
  • Tidak bernafas (mulakan CPR jika anda tahu cara melakukannya).
  • Kena sawan.
  • Muntah lebih daripada sekali.
  • Mengadu sakit kepala, leher atau sakit belakang.
  • Mengadu kesakitan yang semakin meningkat di mana-mana.
  • Tidak berjalan seperti biasa.
  • Mata mereka tidak fokus seperti biasa.
  • Mempunyai sebarang tingkah laku atau gejala yang membimbangkan anda.

Semoga tips ini dapat membantu Mommy untuk mengambil langkah yang sepatutnya apabila berhadapan dengan situasi tersebut!


Dapatkan lebih banyak artikel tentang penjagaan kanak-kanak di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.