Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita yang sangat menyayat hati, iaitu kanak-kanak dan adik-beradik telah lemas akibat banjir dan juga terkena renjatan elektrik. Pentingnya kita tidak mengambil remeh tentang banjir dan bahaya yang datang bersamanya serta tidak membiarkan anak kita bermain di dalam air banjir sesuka hati tanpa pemantauan.
Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai penyakit yang datang apabila banjir ini. Kesihatan anak-anak dan kita juga terkesan.
Ikuti perkongsian daripada Dr Samhan tentang langkah-langkah berjaga-jaga yang sewajarnya kita ambil apabila insiden seperti ini berlaku.
Jom kita baca dengan teliti.
Apa Perlu Buat Jika Anak Lemas?
Highlighted
1. Baringkan anak di atas permukaan keras. Minta seseorang segera memanggil 999 bagi bantuan ambulans.
2. Jika anak tidak bernafas, satukan kedua-dua tangan dengan meletakkan satu tangan di atas tangan yang satu lagi, lalu letakkan di tengah-tengah tulang dada.
3. Teruskan membuat tekanan dengan kedalaman kira-kira sepertiga setiap tekanan.
4. Pastikan tekanan dibuat dengan kadar tidak kurang dari 100 kali seminit (Jika 1 tekanan bagi 1 saat ini bererti 60 kali seminit. Jadi pastikan lebih laju dari itu)
5. Jika tidak terlatih untuk membuat CPR yang melibatkan pemberian pernafasan pada kadar 30 tekanan dan 2 pernafasan, adalah memadai meneruskan tekanan tanpa pernafasan. Ini masih berkesan kerana oksigen masih akan masuk apabila tekanan dada diangkat dan paru-paru mengembang (recoil) semula semasa tekanan diberi berulangkali
6. Teruskan membuat tekanan dada hingga pesakit bernafas semula atau ambulans tiba.
7. Gilirkan dengan orang lain setiap 2 minit supaya tidak keletihan membuat tekanan dada.
Perkara seperti ini memang tak dapat nak jangka. Oleh itu, kita perlu bersedia dengan lebih awal jika kecemasan seperti ini berlaku. Daftarkan diri ke kelas pengurusan keselamatan untuk lebih arif tentang keselamatan dan perlindungan kita. Terima kasih Dr Samhan atas perkongsian yang bermakna ni.
Betul tu! Ilmu dapat menyelamatkan nyawa. Oleh itu dengan perkongsian ringkas daripada Dr Samhan ni, harap-harap Mommy faham macam mana kita sebagai ibu bapa boleh tolong anak lemas atau sesiapa sahaja yang berada dalam bahaya sebelum pasukan penyelamat atau ambulans datang.
Selamat mencuba~
Kredit: Dr Ahmad Samhan
Kecemasan anak berlaku? Apa nak buat? Dapatkan tips keselamatan kanak-kanak di SINI!