Membesarkan anak sering dikaitkan dengan pelbagai stereotaip—ada yang kata si manja belum faham perasan, atau terlalu muda untuk menunjukkan empati. Lebih-lebih lagi untuk anak lelaki yang sering dikaitkan dengan sifat lasak, dan sukar menunjukkan emosi.
Namun, hakikatnya, sejak usia yang sangat awal lagi, anak-anak sebenarnya sudah mampu menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan dengan cara mereka tersendiri.
Sebagai Mommy, kita kadang-kadang terlepas pandang momen kecil yang penuh makna seperti pelukan spontan, usapan lembut di pipi, atau kata-kata seperti “I love you” yang hadir pada saat paling tidak disangka.
Kata-kata itu bukan sekadar hafalan, tetapi hadir dengan rasa dan kesedaran yang menunjukkan mereka tahu bila dan bagaimana untuk meluahkannya.
Itu bukan semata-mata kerana si manja diajar untuk mengulangi ayat itu, tetapi kerana dia benar-benar merasainya dan tahu bila masa terbaik untuk mengungkapkannya.
Daripada situ, Mommy mula faham bahawa tumbesaran anak bukan hanya melibatkan perkembangan fizikal, tetapi, apabila minda dan hati mereka berkembang seiring, ia mencerminkan kebijaksanaan yang sedang terbentuk dalam diri mereka.
1. Bila Minda Mula Belajar, Hati Mula Menyayangi
Perubahan ketara yang Mommy akan lihat apabila si manja mula melakukan sesuatu tanpa disuruh. Mula mengemas katil sendiri, simpan mainan semula, malah menyediakan sarapan, semuanya atas insiatif sendiri.
Tidak ada sesiapa yang menyuruh. Dia hanya belajar melalui pemerhatian dan mula memahami bahawa setiap ahli keluarga mempunyai peranan.
Tindakan-tindakan ini mungkin tampak ringkas, tetapi sebenarnya menunjukkan perkembangan kognitif yang semakin matang tentang keupayaan membuat keputusan, rasa tanggungjawab, dan kebolehan untuk berfikir secara kendiri.
Menurut kajian dari Harvard University Pusat Perkembangan Kanak-Kanak1, perkembangan fungsi eksekutif dalam otak seperti ingatan kerja, kawalan diri dan fleksibiliti kognitif bermula sejak awal usia kanak-kanak dan memainkan peranan penting dalam pembentukan sikap berdikari serta empati.
Dan perkembangan ini amat bergantung pada rangsangan yang betul dan nutrisi harian yang mencukupi, terutamanya dalam tempoh critical window awal kanak-kanak.
2. Kelembutan Si Manja, Tanda Hati yang Sedang Berkembang
Apabila si manja mula meluahkan kasih sayang secara spontan seperti memeluk, mengucapkan “I love you“, atau menunjukkan empati kepada orang lain, ini adalah tanda perkembangan emosi dan sosialnya sedang berkembang.
Kelembutan seperti ini bukan sekadar kebetulan. Ia hadir apabila si manja mula memahami konsep kasih sayang, perasaan orang lain, dan cara menzahirkan emosi dengan positif. Semua ini berlaku serentak dengan pertumbuhan mental satu proses perkembangan yang saling melengkapi.
3. Kecerdasan Emosi Berkembang Seiring Dengan Kecerdasan Minda
Emosi dan kognitif adalah dua komponen yang bergerak seiring. Si manja yang sihat dari segi fizikal dan mental akan lebih mudah menyerap ilmu, berinteraksi secara positif, dan menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi.
Untuk itu, tubuh dan otaknya memerlukan sokongan nutrien penting setiap hari.
Apabila nutrien diserap dengan baik, ia membantu menyokong pertumbuhan si manja secara menyeluruh — terutamanya perkembangan otak yang sangat penting pada tahun-tahun awal kehidupan. Ketika inilah anak mula belajar, memerhati dan membentuk asas kepada tingkah laku serta amalan yang baik dalam kehidupannya kelak.
Nutrien seperti DHA, Omega-3 & 6, kolina dan vitamin sangat penting dalam menyokong perkembangan otak serta sistem saraf, yang secara langsung mempengaruhi keupayaan belajar dan pengurusan emosi mereka.
Pengambilan DHA2 dalam jumlah mencukupi sejak usia awal dikaitkan dengan peningkatan fungsi kognitif dan perkembangan sosial-emosi kanak-kanak.
Dengan pemberian susu yang sesuai secara rutin seperti Similac® Intelli-Pro®, saya tahu saya sedang menyokong tumbesaran anak saya dengan nutrisi optimum, dari luar dan dalam.
Susu Similac® Intelli-Pro® diformulasikan dengan DHA dan 7 nutrien penting, serta diperkaya dengan bahan UVOB (Unique Vegetable Oil Blend) yang membantu penyerapan nutrien dengan lebih optimum3. Ia bukan sekadar memberi tenaga, tetapi turut menyokong perkembangan minda, fizikal dan emosi.
Dari situlah datangnya kekuatan untuk berdikari, keupayaan menyayangi, dan kemahuan membantu. Nutrisi yang lengkap adalah antara faktor utama yang meletakkan asas perkembangan yang kukuh.
Setiap anak lalui perjalanan tumbesaran yang berbeza antara satu sama lain. Namun apabila kita melihat si manja mula menunjukkan kasih sayang, memahami emosi orang sekeliling, dan mengambil tanggungjawab kecil tanpa diberitahu, itu menunjukkan bahawa mereka sedang berkembang secara menyeluruh; dari minda turun ke hati.
Dan tumbesaran tersebut tidak berlaku hanya dalam sehari. Ia terbina melalui rutin yang konsisten, contoh teladan yang baik, dan nutrisi optimum yang bagus untuk perkembangan otak, tubuh, dan emosi anak-anak.
Dengan Similac® Intelli-Pro®, hati rasa lebih tenang kerana saya tahu anak saya mendapat nutrisi lengkap yang dia perlukan untuk membesar dengan sihat dan penuh kasih sayang.
Mommy kini boleh mendapatkan Similac® Intelli-Pro® secara dalam talian di kedai rasminya di Shopee hari ini.
Rujukan:
-
Harvard University Center on the Developing Child. (n.d.). InBrief: Executive Function: Skills for Life and Learning. https://developingchild.harvard.edu/resources/inbrief-executive-function-skills-for-life-and-learning/
-
Weiser, M. J., Butt, C. M., & Mohajeri, M. H. (2016). Docosahexaenoic acid and cognition throughout the lifespan. Nutrients, 8(2), 99. https://doi.org/10.3390/nu8020099
-
Nelson et. al. (1998), Leite et. al. (2013) & De Souza et. al. (2017)
MAL.2025.65618.SIM
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Mommy boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan panduan yang lain di SINI!