Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doktor Jelas Kenapa Nafas Laju Anak-anak Bahaya & Warning Signs Untuk Mak Ayah

Kredit: Physiopedia

Kesihatan adalah perkara utama untuk anak terus kekal membesar dengan sihat. Oleh itu, kesihatan amat penting untuk si manja Mommy terus aktif melawan penyakit. Selalunya memang antibodi anak-anak kita kuat. Tetapi ibu bapa mana yang tak cemas tengok anak sakit dengan nafas yang tiba-tiba laju bukan?

Nasib baik Dr Redza Zainol, Pegawai Perubatan Pediatrik berkongsi tentang bagaimana ibu bapa boleh kenal pasti jika anak mempunyai asthma ataupun jangkitan paru-paru sekiranya nafas anak tiba-tiba laju.

Nafas Laju Hingga Lekuk, Kena Pergi Hospital? 

“I don’t feel well papa.”

Jarang dia mengadu tak sihat. Selalunya anak bongsu saya ni yang paling ‘kebal’. Jarang sakit dan sangat aktif. Saya baringkan dia, baru tersedar yang dadanya berombak. Nafasnya laju sampai ada lekuk pada dada. Terus saya panggil isteri,

“Kita pergi hospital sekarang.”

Saya angkat Anas masuk ke kereta dan terus memecut laju. Sampai di Jabatan Kecemasan, oksigen dalam badan cuma 90%. Bagi nebuliser 2 kali, bagi oksigen. Lepas doktor ambil darah, pergi buat xray dada pula.

Highlighted


Selalu rawat anak orang lain, tapi hari ni giliran anak sendiri jadi pesakit. Rasa luluh hati bila tengok keadaan dia terbaring lemah. Saya niatkan lepas anak dah elok sikit, saya nak kongsikan “WARNING SIGNS” yang wajib diketahui oleh semua ibu bapa.

Ini ialah tanda-tanda masalah dengan pernafasan bayi dan kanak kanak. Tanda ni boleh terjadi pada budak yang ada penyakit asthma dan jangkitan paru-paru.

5 ‘Warning Signs’ Mommy Perlu Tahu

Tanda-tanda berikut menunjukkan anak anda sedang bernafas dengan laju dan perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor dengan segera,

1. Tachypnea (Kadar pernafasan laju)

  • Untuk bayi < 2 bulan – Tachypnea dianggap sebagai kadar pernafasan > 60 kali pernafasan dalam seminit.
  • Untuk bayi 2 bulan – 1 tahun, > 50 kali pernafasan dalam seminit.
  • Untuk kanak kanak 1-5 tahun, > 40 kali pernafasan dalam seminit.

2. Nasal Flaring

Lubang hidung kembang lebih besar apabila bernafas.

3. Recession (Lekuk di dada)

Seperti dalam video. Maknanya dia terpaksa guna otot luaran dada untuk bantu ketika bernafas.

4. Head Bobbing

Ini berlaku apabila bayi menggunakan otot sekeliling leher untuk bantu diri dia bernafas. Nampak kepala bayi naik ke atas dan turun ke bawah. Ini tanda bayi dah lama bernafas laju dan mula berasa letih.

5. Grunting (bunyi seperti mengerang ketika bernafas)

Kalau ada tanda seperti di atas, terus saja ke klinik atau hospital terdekat. Jangan tunggu.

Tolong kongsikan ilmu ni pada mak ayah yang lain.

Tak sangka dalam masa yang suntuk, pernafasan anak yang laju boleh menyebabkan oksigen menjadi semakin rendah dan berada di paras yang bahaya.

Terima kasih atas perkongsian Dr Redza yang turut kongsikan pengalaman beliau sebagai seorang ayah dan juga doktor pakar.

Min perasan ramai lagi mak ayah yang tidak tahu atau tidak ambil peduli akan hal ini. Pada mereka, ia mungkin masalah biasa atau sekejap sahaja nafas anak berombak laju.

Sekarang, Mommy pun dah tahu lima tanda amaran penyakit asthma dan jangkitan paru-paru yang mungkin berlaku pada si manja Mommy bukan? Jadi, jangan hiraukan lagi lepas ni kalau nafas anak laju semacam. 

Terus bawa si manja tersayang ke klinik berhampiran untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini.

Kredit: Dr Redza Zainol 


Mommy nak dapatkan lebih banyak info tentang kesihatan? Klik SINI!