Pernah tak anak Mommy senyap je selepas mereka balik je dari sekolah? Walaupun sebelum ni elok sahaja bercakap, bertegur sapa dan selalu menceritakan hari mereka, tiba-tiba ada hari mereka senyap sahaja dan tidak kongsikan apa-apa.
Mungkin ada yang tak kena? Buat Mommy pula, pernah tak Mommy sendiri yang tanyakan masalah mereka?
Menurut ‘Parenting Coach’ Fhais Salim yang aktif kongsikan tips di Facebook dan juga TikTok, dia menceritakan bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh mengenal pasti masalah anak-anak kita.
Jom kita baca dengan lebih lanjut~
Apa Nak Buat Bila Anak Terlebih ‘Senyap’?
Highlighted
Jangan acuh tak acuh dengan keadaan persekolahan anak kita.
Bagi kita sekolah ni alah, hal kecil je tapi bagi anak-anak sekolah itu satu DUNIA baru yang sangat besar bagi dia.
Jika anak tak pernah langsung nak bercerita keadaan dia di sekolah barangkali,
- dia stress belajar.
- dia tak pandai berkawan.
- dia rasa tertekan.
- dia kemurungan.
- dia ketakutan guru garang.
- dia mangsa buli.
- dia rasa dia loser.
- dia rasa tersisih (fear of left out).
Macam-macam boleh jadi kat sekolah.
Nampak anak selalukan tanya keadaan dia di sekolah jangan buat derk je.
Dekat sekolah tu dia tiada siapa-siapa, semua orang asing bagi dia.
Kasihan, patut la Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2019 mendapati bahawa 2.3 peratus remaja 16 tahun ke atas akan hidap masalah mental. Hmm..
Tolong ya ibu baoa.
Jangan biarkan anak kita lalui liku liku persekolahan sendirian, bahaya!
Jadi support system yang terbaik yang boleh anak anak bergantung harap setiap masa.
Anak kita bukan lembik, mereka cuma perlukan support dan restu ibu ayah untuk jadi lebih kental & lebih berjaya. InsyaAllah.
Panduan Untuk Menaikkan Mood Anak-Anak
Harap-harap perkongsian daripada Fhais Salim dapat membantu Mommy lebih faham akan anak-anak Mommy. Ada masa mereka terlalu senyap, dan kita sebagai ibu bapa pun akan risau dengan keadaan anak kita bukan?
Bukan Mommy sorang sahaja yang melalui pekara seperti ini. Nasib baik Fhais Salim memberitahu tanda-tandanya. Selalu ibu bapa akan sibuk menguruskan rumah tangga hingga tidak perasan dengan keadaan anak kita. Pastikan Mommy sentiasa bertegur sapa dan tanyakan khabar anak-anak dari masa ke semasa.
Semoga selepas ini Mommy dan juga Daddy lebih aware dengan perkembangan anak kita!
Kredit: Facebook Fhais Salim
Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!